KEKALKAN SERI PERKAHWINAN

cintapertamakd1PERINGKAT awal perkahwinan adalah sebuah kehidupan yang penuh dengan keindahan bagi suami isteri. Misalnya si isteri selalu mengeluarkan tutur bicara dengan nada lembut dan senyuman manis kepada suaminya.

Begitu juga, dengan suami yang memanggil isteri dengan sayang atau darling bagi membuktikan dia kasih dan cinta kepada pasangannya.

Meja makan sentiasa dihias cantik, piring disediakan dan sapu tangan dilipat cantik. Tetapi, saat yang indah itu tidak dapat dikecap berterusan apabila usia perkahwinan menjangkau agak lama.

Apabila usia perkahwinan agak lama, kebanyakan isteri menganggap tugas mereka melayan suami tidak penting lagi. Jika dahulu selalu makan bersama, kini masing-masing mencari kedai makan sendiri.

Jika dahulu selalu ingatkan suami atau isteri ketika makan, kini tidak mengendahkan lagi malah sama ada suami makan atau tidak sudah tidak penting.

Mungkin tanggungjawab kerja atau anak bagi kebanyakan isteri lebih penting. Jika ini yang berlaku, ini membuktikan perkahwinan suami isteri berkenaan sudah hilang seri dan kemanisannya.

Senyuman, panggilan mesra dan kata-kata lunak sudah pudar. Jika sebelum ini meja dihias cantik dan menyenangkan, kini semuanya tiada lagi.

Keindahan dan kemanisan hidup berumahtangga sepatutnya diteruskan sampai bila-bila kerana kehidupan yang indah itu memiliki kelebihan tersendiri.

Sekalipun hidup ini sederhana tetapi jika isteri mampu memelihara keindahan (terutama melayan suami), tentu kehidupan rumah tangga menjadi lebih menyenang dan membahagiakan.

Di negara maju, adat tradisi untuk menjaga keindahan hidup berumah tangga sentiasa diambil berat seperti makan malam bersama dan meja makan sentiasa dihias dengan bunga-bungaan.

Dalam memelihara keindahan berumahtangga, pihak isteri yang perlu mengambil berat. Jika selama ini isteri tidak mengambil berat, maka cepatlah mengubah kehidupan yang semakin pudar.

Sebaliknya jika isteri mempersia-siakan semua itu, kehidupan mereka tidak ada indahnya dan kemesraan dulu akan terus lenyap.

Mengapa isteri perlu menititikberatkan hal ini? Sebabnya isteri yang selalu mengurus segala hal berkaitan dengan masalah rumah tangga. Jika di rumah tiada pembantu, isteri harus bijak memainkan peranan menentukan suasana rumah tangga.

Jangan salah faham, keindahan hidup berumahtangga bukan semata-mata terletak kepada kemewahan. Ini bererti kita boleh mencipta kebahagiaan tanpa mengejar kemewahan. Misalnya, kita selalu menjaga dan menghias meja makan walaupun dibeli dengan harga yang murah.

Kita boleh mencipta keindahan hidup rumah tangga dengan memanfaatkan penampilan atau keadaan persekitaran. Dan, kita tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang banyak.

Perlu difahamkan bahawa keindahan hidup dalam rumah tangga bukan hanya perkara yang kelihatan di mata seperti menghias meja. Ada juga perkara yang tidak kelihatan seperti cara kita melayan suami dan keperluan seks.

Wanita adalah ratu dalam rumah tangga. Jika kita selalu tampil dengan penuh keindahan, seperti selalu berpakaian cantik, memberi senyuman manis, tutur bicara yang lembut dan manja serta layanan seks secara ikhlas dan sepenuh hati, maka suasana rumah tangga sentiasa dalam keindahan dan kebahagiaan.

Dalam hal ini, keindahan itu bukan hanya dirasakan suami dan anak malah diri sendiri. Paling penting jika kita sebagai isteri selalu mencipta dan memelihara keindahan hidup dalam keluarga, maka suami dan anak-anak akan turut memelihara keindahan itu.

Malah, suami dan anak akan turut menunjukkan penampilan yang baik seperti berpakaian kemas, berwajah manis dan lemah lembut kata-kata.

Apabila semua penghuni rumah tangga menyedari betapa penting keindahan hidup dalam satu keluarga, maka suasana rumah tangga akan aman dan tenteram.

Selain itu, jika ada perselisihan faham akan segera diselesaikan dengan penuh bijaksana tanpa mengucapkan perkataan yang kasar sehingga merosakkan keindahan yang dicipta itu.

Sama sama kita renungkan kelalaian dan kelemahan kita supaya bisa muhasabah diri. : )

Salam manis dari saya,
Sanggar Bakung… Natasia

Jom Komen...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s