Apa itu TONGKAT ALI

Pokok bersaiz kecil atau shrub ini boleh mencapai ketinggian sehingga 2-3 m. Ranting muda dilitupi dengan rambut atau bulu yang agak jelas, berwarna keemasan. Daunnya ringkas, berwarna hijau, berbentuk bujur panjang (‘lanceolate’ atau ‘oblanceolate’) berukuran 30-35 cm panjang dan 10-12 cm lebar. Di bahagian atas permukaannya berkilat, mempuyai 25-40 pasang urat dan dibahagian hujungnya tajam (‘acute’). Tangkainyaberukuran 2-3 cm panjang. Bunganya berwarna krim (kelabu kemerahan) dengan 6 kelopak yang panjang.

tongkatali2

Khasiat dan Kegunaan

Tumbuhan ini digunakan secara tradisi untuk menguatkan tenaga batin lelaki. Air rebusan diminum sebagai tonik. Selain daripada itu, tumbuhan ini digunakan untuk menguatkan buah pinggang dengan meminum air rebusannya secara berterusan selama satu bulan. Tumbuhan ini juga digunakan untuk merawat darah tinggi dan kencing manis dengan menghancurkan bunga, akar dan daun sehingga menjadi serbuk lalu dimakan. Salah satu kaedah yang biasa diamalkan dalam penggunaanya bagi merawat masalah lemah tenaga batin ialah dengan meminum secara berterusan air rebusan akar P. bullata yang dicampur dengan akar dedawai (Smilax myosotiflora), itah tembaga (Smilax calophylla), mentimun tikus (Cyclea laxiflora) serta akar secancang (Lasianthus cyanocarpus).

Jom Komen...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s