Yang Tersirat Di Sebalik Ramadhan

Berdasarkan ayat-ayat al-Quran dan hadis, puasa Ramadhan mempunyai banyak kelebihan, hikmat atau fadhilat. Antaranya ialah:

1. Pintu neraka ditutup: Apabila seseorang itu benar-benar berpuasa, zahir dan batin serta puasanya itu menyekat dirinya daripada melakukan maksiat dan kejahatan.

2. Pintu syurga dibuka: Peluang yang besar bagi seseorang melakukan amalan kebajikan yang boleh membawa kejayaan akhirat, menambah ketaqwaan kepada Allah dan setiap amalan kebajikan diberi ganjaran yang banyak.

3. Syaitan dikurung: Apabila seseorang berpuasa, syaitan dan iblis tidak mempunyai peluang untuk menggoda dan menghasut manusia melalui hawa nafsu kerana puasa merupakan perisai yang dapat menangkis sebarang hasutan dari syaitan.

4. Malam Lailatulqadar: Salah satu kelebihan yang Allah berikan untuk umat Islam dalam bulan Ramadhan ialah malam Lailatulqadar. Ini bererti sesiapa yang beribadat pada malam-malam tersebut digandakan pahala dan ganjaran yang amat tinggi di sisi Allah.

Sementara itu dalam kegembiraan menyambut Ramadhan, fahamilah sejelas-jelasnya akan hakikat dan falsafah puasa yang tersirat. Kefahaman ini bukan sahaja membantu kita menjalani ibadah tetapi dapat menunaikan puasa dengan sempurna. Antaranya ialah:

1. Menjadikan seseorang muslim itu lebih bertaqwa kepada Allah berdasarkan firman Allah dalam Surah al-Baqarah, ayat 183 :

al-baqara 183

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,”

dan melalui ayat 13, Surah al-Hujarat :

al-hujurat 13

“Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang-orang yang bertaqwa.”

2. Melatih manusia supaya bersabar menghadapi kesusahan atau bencana, penderitaan dan juga cabaran-cabaran hidup. Kehidupan manusia memang sentiasa dirundung cabaran dan ujian-ujian Allah. Menegaskan mengenai cabaran di dunia, Allah s.w.t menegaskan di dalam ayat 155, Surah al-Baqarah:

al-baqarah 155

Maksudnya, “Demi sesungguhnya kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan, kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.”

## Melahirkan muslim yang amanah yang merupakan sifat yang tinggi nilainya. Puasa melatih manusia dengan sifat-sifat amanah kerana tanpanya puasa akan menjadi batal atau tidak sempurna. Jika begitu, sia-sia sahaja seseorang itu berpuasa dan tiada faedahnya menahan lapar dan dahaga.

## Melahirkan perasaan insaf dan belas kasihan serta bertimbang rasa. Hanya orang yang berpuasa sahaja dapat memahami atau mengetahui kesengsaraan orang-orang miskin yang lapar dan dahaga. Melalui keinsafan, diharapkan seseorang Muslim itu tidak keberatan untuk memberi bantuan, sedekah atau sumbangan kepada golongan yang tidak berada. Amal jariah sememangnya dituntut di dalam Islam.

## Sebagai senjata menahan manusia daripada melakukan maksiat dan kemungkaran. Tiada ertinya seseorang itu berpuasa tetapi pada masa yang sama melakukan perkara-perkara keji dan mungkar walaupun hanya melalui kata-kata. Sebab itu Rasulullah s.a.w berpesan: “Puasa itu sebagai perisai dan apabila seseorang itu berpuasa maka janganlah ia bercakap kotor, jangan menjerit-jerit serta jangan berlaku bodoh…”

Kesimpulannya, terdapat pelbagai falsafah yang tersirat di sebalik bulan Ramadhan yang hadirnya sekali setahun. Justeru itu, hayatilah pesanan Rasulullah s.a.w melalui sebuah hadisnya yang bermaksud:

“Ramai di kalangan umatku yang berpuasa tetapi tiada mendapat apa-apa kecuali lapar dan dahaga.”

Disesuaikan daripada Suara Masjid Negara Bil. 48/1997
oleh: Mejar Burhanuddin Abdul Jalil

Jom Komen...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s