:: HUKUM NIKAH :: Taklik Tambahan – Memelihara Hak Suami, Isteri

Poligami adalah satu kategori perkahwinan yang dibenarkan oleh Islam. Apabila timbul isu poligami Ayat pada Surah An-Nisa’ 4:2-3 sering dijadikan rujukan.

an nisa 2

“Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang sudah balig) harta mereka, jangan kamu menukar yang baik dengan yang buruk dan jangan kamu makan harta mereka bersama hartamu. Sesungguhnya tindakan-tindakan (menukar dan memakan) itu, adalah dosa yang besar.”

an nisa 3

“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil265, maka (kawinilah) seorang saja266, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.”

Kita juga perlu merujuk kepada surah yang sama pada ayat 129. Ayat tersebut menyatakan:

an nisa 129

‘Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya) oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau-lampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awang-awang) dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu) dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihi’.

Di Malaysia, perkahwinan poligami adalah dibenarkan oleh perundangan syariah dan disertakan dengan syarat-syarat semasa permohonan poligami di minta. Suami harus mengemukakan bukti bahawa dia mampu memenuhi syarat-syarat tersebut. Pembaca dan teman teman boleh merujuk Undang-Undang Syariah bagi syarat tersebut.

Selain daripada syarat yang diperuntukkan dari segi perundangan terdapat syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh suami dari segi syariah. Dia kini menjadi bapa dan suami kepada dua keluarga yang memerlukan bukan sahaja peruntukan kewangan malah kasih sayang.

Poligami merupakan satu tanggungjawab yang berat yang harus dipikul. Suami tidak sepatutnya dengan sewenang-wenang berkahwin lebih dari satu kerana ia bukan satu mainan.

Sekiranya poligami suami ingin berpoligami, isteri sedia ada tolonglah dikasi tahu. Malah kadangkala isteri sedia ada langsung tidak dimaklumkan. Bagaimanapun, adalah adil sekiranya beliau diberitahu. Ia bukan sahaja bertujuan untuk menjauhkan tohmahan tetapi juga bagi menyediakan diri beliau. Suami juga haruslah berterus-terang kerana ketulusan hati suami adalah satu perkara yang perlu bagi suami yang mahu berpoligami.

Bagaimana dia boleh menjadi suami yang adil sekiranya dia enggan memberitahu atau berterus-terang dengan isteri? Taklik perkahwinan bukanlah satu perkara yang asing di dalam masyarakat kita. Malah jika dilihat proses akad nikah, lafaz taklik akan dibaca oleh suami setelah akad dipersetujui. Taklik yang dibaca ini adalah taklik yang disediakan oleh pihak kerajaan.

baca-lafaz-taklik

Maka adalah baik sekiranya pasangan melakukan taklik tambahan kerana perkahwinan merupakan satu perkara peribadi dan mengikut keperluan pasangan. Setiap pasangan mempunyai keperluan yang berlainan, maka taklik boleh diolah mengikut kehendak pasangan tersebut.

Perjanjian tambahan ini adalah dibenarkan dalam Islam kerana ia bertujuan untuk menjamin hak dan kepentingan pihak suami dan isteri. Ia bukan hanya untuk menjamin hak isteri, malah suami juga boleh meletakkan syarat.

Dalam segelintir kes, pihak isteri boleh membuat perjanjian perkahwinan dengan perkara tertentu demi menjamin hak isteri dengan lebih terperinci. Akad taklik ini merupakan syarat-syarat tertentu yang diberikan oleh bakal isteri kepada pihak lelaki dan ia akan mengikat kedua belah pihak.

Sekiranya perjanjian atau syarat itu dimungkiri atau dilanggar, maka sebagai isteri boleh menuntut di Mahkamah Syariah. Talak tidak akan jatuh secara automatik.

Perjanjian ini juga boleh dikuatkuasakan di mahkamah kerana perjanjian itu mengikat di antara pihak-pihak yang bertikai. Perjanjian tersebut juga mestilah disaksikan oleh saksi-saksi yang adil dan boleh dipercayai.

Enakmen juga ada menyatakan bahawa pendaftar hendaklah mencatatkan taklik yang telah ditetapkan satu butir-butir taklik lain yang dikira sesuai dan munasabah olehnya bagi memelihara hak-hak beliau agar terpelihara dan terjamin dan penganiayaan terhadap mereka dapat dikurangkan dan beliau berhak mendapat cerai taklik jika ia dimungkiri.

Pihak bakal isteri boleh menyediakan perjanjian taklik tersebut dengan melihat kepada keperluan dirinya sendiri. Di sini kami senaraikan beberapa syarat yang telah dilakukan oleh wanita dan mungkin boleh menjadi panduan kepada semua pembaca wanita yang ingin menambah taklik mereka.

a) Hak ke atas harta yang dipunyai pihak perempuan kini – pihak perempuan boleh menyediakan senarai harta yang dipunyai oleh mereka kini dan harta ini tidak boleh dituntut oleh suami sekiranya berlaku perceraian.

b) Nafkah isteri – Sebagai isteri dia boleh menentukan nafkah minimum yang harus diberi oleh suami kepada dirinya pada setiap bulan. Nafkah ini adalah berlainan daripada nafkah ke atas keluarga. Ini adalah amat perlu terutamanya bagi suri rumah sepenuh masa. Nafkah ini boleh dianggap sebagai gaji ke atas kerja yang dilakukan di rumah. Suami sudah tentu boleh memberi nafkah yang lebih daripada jumlah minimum, dan sekiranya dia atas sebab tertentu tidak dapat memberi maka isteri boleh reda dan tidak merujuk ke mahkamah. Nafkah ini adalah bertujuan untuk menyedarkan suami terhadap tanggungjawabnya.

c) Poligami – sekiranya isteri berkahwin semula dengan bekas suami maka isteri itu akan berpoligami. Maka keperluan mengenai giliran, cuti, berhari raya dan lain-lain mungkin perlu disenaraikan.

d) Hadanah dan nafkah anak-anak – isteri boleh menetapkan hak-hak mengenai penjagaan anak-anak dan jumlah nafkah mereka.

e) Tebus talak atau khuluk – Seksyen 49 memberi peluang kepada isteri untuk menebus talak diri mereka sekiranya suami tidak mentalakkan mereka dengan rela. Oleh yang demikian, isteri boleh meletakkan perkara ini dalam perjanjian sebelum perkahwinan bahawa beliau boleh menebus diri mereka untuk bercerai sekiranya suami enggan menceraikan mereka. Sila nyatakan jumlah yang dipersetujui. Di Wilayah Persekutuan jumlah RM1 adalah dibolehkan.

Sebagai isteri, boleh meletakkan syarat-syarat lain yang mereka rasakan perlu. Taklik ini adalah bertujuan untuk menyelamatkan rumah tangga dan agar pasangan menyedari tanggungjawab masing-masing.

Jom Komen...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s