:: Rahsia BULAN HIJRIAH :: MUHARRAM

Biamillahirahmanirrahim

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam yang sentiasa memberikan taufiq dan hidayah-Nya kepada hamba-hamba yang menginginkan petunjuk dari-Nya. Selawat serta salam untuk Rasul junjungan umat Nabi Muhammad SAW yang telah bersusah payah untuk membawa manusia keluar dari jalan yang penuh dengan kesesatan kepada jalan iman demi menuju kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

1252974302_5e1cca252c

Sesuai janji yang telah saya patrikan, hari ini sekali lagi artikel saya berjudul “RAHSIA BULAN HIJRAH” terbit di sini. Besar harapan saya agar artikel ini bisa memberikan manfaat kepada semua pembaca. Begitu juga kepada kaum muslimin yang ingin mengetahui bulan mahupun hari yang diistimewakan oleh agama, sehingga bagi sesiapa yang beribadah pada hari mahupun bulan yang diistimewakan itu akan mendapat pahala yang berlipat ganda. Tetapi saya berpendapat bahawa tujuan sebenarnya kita bukan untuk mendapatkan pahala, tetapi bulatkanlah tujuan kita hanya kerana Allah SWT…

Kita memang dianjurkan supaya setiap hari beribadah kepada Allah SWT, namun alangkah baiknya jika kita mengetahui bahawa di antara hari dan bulan itu ada yang diistimewakan oleh Allah, maka pada waktu itu kita tingkatkan lagi ibadah kita kepada-Nya supaya keutamaan yang kita perolehi akan lebih sempurna.

Mari kita sama-sama menimba ilmu dan menambah pengetahuan yang ada…

MUHARRAM

Pengertian Muharram

Muharram ertinya ”yang diharamkan” atau yang ”dipantangkan.” dinamakan Muharram kerana pada bulan ini dilarang berperang atau menumpahkan darah. Larangan ini berlansung teru sampai pada masa permulaan Islam.

Penetapan satu Muharram sebagai Tahun Baru Hijrah

Sebelum Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, tahun dihitung mulai baginda diangkat menjadi Rasul, umpamanya disebut tahun ke-5 atau tahun ke 6 kerasulan.

Kerana paada waktu itu umat islam masih belum mempunyai tahun yang pasti, maka tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW disebut Tahun Gajah.

Sebab dinamakan Tahun Gajah, kerana tentera Abrahah dari Ethiopia menyerang kota Makkah dengan maksud untuk meruntuhkan Kaabah. Abrahah dan pasukannya datang ke Makkah dengan mengenderai gajah. Akan tetapi usahanya itu gagal kerana dihancurkan Allah dengan mengirim burung Ababil yang menjatuhkan batu-batu berapi, sehingga tubuh mereka menjadi hancur seperti kayu yang dimakan ulat.

Untuk menentukan hitungan dan nama tahun yang pasti didalam islam, maka khalifah Umar bin Al-Khattab berpendapat dan menilai bahawa peristiwa hijrah Rasulullah SAW adalah merupakan peristiwa sangat penting untuk dijadikan hitungan permulaan tahun dalam Islam.

Khalifah Umar bin Al-Khattab beralasan, bahawa dengan berhijrahnya Rasulullah, telah membuatkan baginda terhindar dari ancaman maut, selamat dari penganiayaan kaum Musyrikin makkah dan di tempat baru, lebih terbuka kesempatan untuk menyebarluaskan ajaran Islam ke tengah masyarakat. Di samping itu hijrah merupakan peristiwa bersejarah yang memisahkan antara Makkah dengan Madinah.

Usulan khalifah Umar bin Al-Khattab diterima oleh para sahabat pada waktu itu, maka ditetapkanlah satu Muharram sebagai permulaan tahun baru dalam Islam atau disebut dengan permulaan tahun Hijrah.


Peristiwa Yang Terjadi Pada Sepuluh Muharram.

1. Taubat Nabi Adam as. Diterima Oleh Allah SWT.
Ketika Nabi Adam as. Memakan buah larangan di dalam syurga kerana mengikut rayuan iblis, maka ketika itu pula terlepas semua perhiasan syurga yang dipakainya dan sedikitpun tidak ada pakaian di badannya, kecuali pada bahagian mahkotanya.

Nabi Adam tidak dapat menutupi dirinya dengan daun-daun kayu yang ada di syurga. Setiap kali ia berusaha untuk menutupinya, maka daun-daun tersebut dengan sendirinya terlepas dari badannya. Dalam keadaan menangis Nabi Adam as. Menoleh kepada Siti Hawa serta berkata: ”Siapkanlah dirimu untuk keluar dari sisi Allah.” inilah awal bermulanya perbuatan maksiat itu.

Selepas itu Allah SWT memberikan wahyu kepada dua malaikat :
”Keluarkanlah Adam dn Hawa dari sisi-Ku, kerana mereka berdua telah menderhakai-Ku.”

Maka Jibril menanggalkan mahkota yang berada di atas kepala Nabi adam, sedangkan Mikail menanggalkan mahkota yanga da di keningnya.
Setelah Nabi Adam as. Diturunkan dari suatu tempat yang suci ke tempat yang penuh dengan kelaparan, maka Nabi Adam as. Pun menangisi akan kesalahannya selama seratus tahun. Dia selalu meletakkan kepalanya di atas kedua lututnya, sehingga air matanya yang mengalir itu membasahi bumi dengan menumbuhkan rumput-rumput dan pepohonan kayu, serta mengisi lekuk-lekuk batu.

Wahab bin Munabbih meriwayatkan, bahawa Nabi adam berada dalam kemurkaan Allah selama tujuh hari, pada hari yang ke tujuh Allah SWT berfirman kepadanya : ”Wahai Adam, kesedihan apakah yang menimpamu hari ini? Bencana apakah yang sedang engkau alami sehingga membuatmu jadi begini?”

Maka Nabi Adam as. Menjawab : ”Sungguh sangat besar musibah yang telah menimpa terhadap diriku wahan Tuhanku, aku telah dikelilingi oleh kesalahanku sendiri dan aku telah dikeluarkan dari syurga-Mu, sehingga pada saat ini aku berada di tempat kehinaan, sedangkan sebelumnya aku berada di tempat yang penuh kemuliaan. Aku berada di tempat celaka, sedangkan sebelum ini aku berada pada tempat kebahagiaan, aku berada pada tempat yang penuh dengan kesusahan, sedangkan sebelum ini aku berada pada tempat yang penih dengan kemewahan dan kemakmuran.

Tuhanku, sudah tentu aku menangisi akan kesalahanku itu. Aku juga meratapi diriku sendiri. Atau tidak mungkin aku dapat lari dari musibah ini wahai Tuhanku?”

Maka Allah SWT berfirman : “Wahai Adam, bukankah Aku telah memilih dirimu untuk diri-Ku? Aku telah menghalalkan rumah-Ku untuk dirimu, Aku telah memilih dirimu dari semua makhluk-Ku. Aku telah mencurahkan kecintaan-Ku kepada dirimu dan Aku telah memberikan peringatan kepadamu akan kemurkaan-Ku?

Bukankah Aku telah menciptakan kamu pada mulanya sendirian, Aku telah meniupkan nyawa ke dalam tubuhmu, Aku telah memerintahkan malaikat supaya sujud kepadamu? Bukankah Aku telah menjadikan kamu sebagai pendamping-Ku di syurga-Ku. Kamu telah menggunakan apa yang ada menurut kehendakmu sendiri, sehingga akhirnya kamu menderhakai perintah-Ku, kamu telah lupa akan janjimu kepada-Ku dan kamu telah mensia-siakan wasiat-Ku?

Bagaimana sekarang kamu akan mengingkari akan seksaan-Ku? Demi kemuliaan dan keagungan-Ku, sekiranya di muka bumi ini penuh dengan orang-orang seperti dirimu selalu bertasbih malam dan siang tidak ada henti-hentinya, akan tetapi kemudian mereka menderhakai Aku, maka Aku akan memberikan kepada mereka tempat sebagaimana tempatnya orang-orang yang derhaka!

Sesungguhnya Aku belas terhadap kelemahanmu, mengangkatmu dari tempat jatuhmu, menerima taubatmu, mendengar permohonanmu yang penuh dengan keikhlasan dan Aku telah mengampuni dosamu dan sekarang ucapkanlah : ”Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha suci Engkau ya Allah dengan segala pujian, aku telah menganiaya diriku sendiri dan aku telah melakukan kejahatan, maka terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.”

Maka Nabi Adam pun ikut serta membacanya.
Allah SWT kembali berfirma : ”Ucapkanlah bahawa tiada Tuhan selain Allah, Maha Suci Engkau wahai Tuhanku dan dengan segala pujian aku telah menganiaya diriku sendiri dan aku telah melakukan kejahatan maka ampunilah aku, kerana sesungguhnya Engkau adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” Maka Nabi Adam pun ikut serta membacanya :

Firman-Nya lagi :

”Ucapkanlah bahawa tiada Tuhan selain Allah, Maha Suci Engkau wahai Tuhanku dan dengan segala pujian aku telah menganiaya diriku sendiri dan aku telah melakukan kejahatan maka ampunilah aku, kerana sesungguhnya Engkau adalah Maha Pengasih di antara yang pengasih.”

Demikianlah kisah taubat Nabi Adam as. Kerana keikhlasan hatinya dan benar-benar menyesali dosa yang telah dilakukannya, maka taubatnya itu diterima oleh Allah SWT. Menurut keterangan, bahawa Allah mengampuni dosa Nabi Adam as. Itu pada hari ke sepuluh bulan Muharram bertepatan hari Jumaat.

2. Nabi Idris as. Diangkat ke Syurga
Nabi Idris as. Adalah orang yang sangat rajin dan tekun beribadah. Ia berpuasa terus-menerus. Setiap malam mengerjakan qiyamullail, sehingga catatan amal ibadahnya sangat banyak dan ini pulalah yang membuatkan malaikat maut sangat tertarik untuk berkenalan dengannya.
Pada suatu hari malaikat maut bermohon kepada Allah SWT supaya ia dapat menemui Nabi Idris as. Dan Allah memperkenankan permohonan malaikat maut itu.

Dengan menyamar sebagai pemuda, malaikat maut mendatangi Nabi Idris as. ketika waktu berbuka puasa sebagai tamu. Ia melihat malaikat yang lainnya datang membawa makanan dari syurga untuk Nabi Idris. Sekalian, Nabi Idris as. mempersilakan tamunya itu supaya makan bersamanya, akan tetapi ia menolak.

Selesai makan, Nabi Idris as. Lansung beribadah sehinga matahari terbit, sedangkan tamunya itu hanya memperhatikan. Pagi esoknya, Nabi Idris as. mengajak tamunya itu pergi bejalan-jalan ke sebuah kebun. Nabi Idris as. juga memperhatikan kelakuan tamunya itu yang agak berbeza dari manusia biasa.

Tamunya itu berkata : ”Izinkanlah aku buah-buahan yang ada di kebun ini.”

”Subhanallah, malam tadi saudara menolak memakan makanan yang halal dan sekarang saudara ingin memakan makanan yang haram. Buah-buahan yang ada di kebun ini bukan kepunyaanku,” kata Nabi Idris as.

Setelah empat hari menjadi tamu, barulah Nabi Idris bertanya : ”Siapakah kamu ini sebenarnya?”

Tamu itu menjawab : ”Aku adalah malaikat maut.”

Mendengar keterangan itu Nabi Idris as. terperanjat dan serta merta tubuhnya menggigil.

”Apakah saudara yang selalu mencabut nyawa orang?” tanya Nabi Idris.

“Benar!” Jawabnya.

”Selama empat hari saudara bersamaku, apakah pada waktu itu juga saudara mencabut nyawa orang?” tanya Nabi Idris.

”Benar, aku mencabut nyawa orang sangat ramai. Mencabut nyawa itu bagiku seperti mengambil sesuatu makanan dalam hidangan di atas meja.”

“Hai malaikat Izrail, engkau datang ini untuk mencabut nyawaku atau untuk berziarah?”

Kata Malaikat Izrail, ”aku datang untuk berziarah dengan izin Allah.”

Kata Nabi Idris kepada Malaikat Izrail: “Hai Malaikat Izrail, aku ada keperluan dan kepentingan kepadamu”

Kata Malaikat Izrail “Kepentingan apa itu?”

Jawab Nabi Idris “Kepentingan denganmu iaitu supaya engkau mencabut nyawaku dan kemudian Allah menghidupkan kembali sehingga aku dapat beribadah kepada Allah setelah aku merasakan sakaratulmaut.”

Kata Malaikat Izrail, ”Sesungguhnya aku tidak akan mencabut nyawa seseorang melainkan mendapat izin Allah.”

Maka Allah memberi wahyu kepada Malaikat Izrail agar dia mencabut nyata Nabi Idris, maka seketika itu Malaikat Izrail mencabut nyawa Nabi Idris a.s. Dengan itu, Malaikat Izrail menangis atas kematian Nabi Idris sambil memohon kepada Allah agar Allah menghidupkan kembali Nabi Idris a.s. Kemudian Allah mengabulkan permohonan Malaikat Izrail, maka Nabi Idris hidup kembali.

Malaikat Izrail bertanya kepada Nabi Idris as. : “Hai saudaraku, bagaimanakah rasanya sakaratulmaut itu?

Kata Nabi Idris a.s : “Sesungguhnya rasa sakaratulmaut itu saya rasakan umpama binatang yang hidup itu dilapah kulitnya (dibuang kulitnya semasa hidup-hidup) dan begitulah rasanya sakaratulmaut bahkan lebih seribu kali rasa sakitnya.”

Kata Malaikat Maut : “Secara halus, lemah lembut dan berhati-hati aku mencabut nyawamu dan tidak pernah ada yang seperti itu aku perlakukan.”

Kemudian Nabi Idris a.s berkata lagi pada Malaikat Maut: “Hai Malaikat Maut, saya ada keinginan lagi dengan mu, iaitu saya ingin melihat Neraka Jahanam sehingga saya boleh beribadah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh setelah melihat belenggu, rantai-rantai dan kala jengking yang menyengat orang-orang yang ada di Neraka Jahanam.”

Kata Malaikat Maut “Bagaimana saya boleh pergi ke Neraka Jahanam tanpa izin Allah.”

Maka Allah memberi wahyu kepada Malaikat Maut dengan firman: “Pergilah engkau ke Neraka Jahanam bersama-sama Nabi Idris a.s”.

Malaikat Maut pun pergi ke Neraka Jahanam bersama-sama Nabi Idris kemudian Idris melihat segala macam seksaan yang diciptakan Allah untuk musuh-musuhNya yang berupa belenggu, ratai-rantai daripada neraka dan kala jengking serta ular dengan api-api yang menyala dan kayu zakum dan air yang sangat panas untuk diminum oleh ahli neraka tersebut. Setelah kembali Nabi Idris berkata lagi kepada Malaikat Maut.

“Hai Malaikat Maut, saya ada keinginan lagi denganmu iaitu saya ingin melihat syurga sehingga saya boleh tambah meningkatkan amal ibadah,”

Maka Malaikat Maut berkata “Bagaimana boleh saya bersamamu ke dalam syurga tanpa izin Allah.”

Maka Allah memberi izin pada Malaikat Maut untuk pergi berdua dan berhenti didekat pintu syurga. Maka Nabi Idris melihat di dalamnya, terlihatlah olehnya bermacam-macam nikmat dan istana besar lagi indah dan beberapa anugerah yang berharga, juga tumbuh-tumbuhan serta buah-buahan yang beraneka warna dan rasanya berbeza-beza.

Nabi Idris berkata “Hai saudaraku, saya telah merasakan sakitnya sakaratulmaut, saya telah melihat Neraka Jahanam yang didalamnya bermacam-macam rupa seksaan dan azab neraka maka mohonlah engkau kepada Allah agar Allah mengizinkan saya untuk masuk syurga dan minum airnya agar hilang rasa sakitnya sakaratulmaut di tenggkorakku ini dan juga terhindar daripada seksaan Neraka Jahanam.

Maka Malaikat Izrail minta izin kepada Allah lalu mengizinkannya, kemudian masuklah meraka berdua ke dalam syurga. Nabi Idris masuk meletakkan sepatunya di bawah pokok kayu di dalam syurga Setelah waktu mengunjungi syurga habis, maka malaikat maut mengajak Nabi Idris a.s keluar.

Setelah berada diluar, Nabi Idris a.s berkata kepada Malaikat Izrail, “Wahai Saudaraku, sepatuku ketinggalan di dalam syurga di bawah pokok kayu, maka kembalikanlah saya kedalam syurga,”

“Tidak mungkin, kerana waktu yang diizinkan untuk melihat syurga telah habis.”

Dengan izin Allah SWT, Nabi Idris diizinkan memasuki syurga kembali. Tetapi setelah masuk ke dalam syurga, Nabi Idris malah tidak mahu keluar lagi.

Maka berteriaklah Malaikat Izrail dari pintu syurga seraya memanggil Nabi Idris agar keluar dari syurga. “Hai Idris, keluarlah engkau dari syurga.”

Nabi Idris pun berkata, “Bukankah Allah SWT telah berfirman “Tiap-tiap orang pasti merasakan sakaratul maut, sedang saya sudah merasakan sakaratulmaut. Dan Allah SWT berfirman lagi maksudnya: “Tidak ada diantara kamu sekalian kecuali mereka itu memasuki (neraka/syurga) sedang aku pernah memasuki neraka dan menyaksikan segala macam seksaan disana dan Allah pun juga berfirman lagi maksudnya: “Dan tidaklah mereka itu dikeluarkannya”. (keluar daripada syurga).
“Siapakah yang akan mengeluarkan saya dari syurga?”

Ketika itu Allah berfirman kepada malaikat Maut. “Tinggalkanlah dia (Nabi Idris) sesungguhnya Aku telah memutuskan dia di zaman azali dahulu bahawa sesungguhnya dia (Nabi Idris) tergolong ahli dan penghuni syurga.”

Semenjak dari hari itu, Nabi Idris as. menetap di dalam syurga untuk selamanya. Nabi Idris as. Diangkat ke syurga pada tanggal 10 Muharram.
Dan Allah telah berfirman kepada rasul-rasulNya tentang kisah Nabi Idris dalam firmanNya yang bermaksud. “Dan ingatlah olehmu cerita-cerita dalam kitab Nabi Idris a.s dan seterusnya.”

…… bersambung ke Episod selanjutnya…

Jom Komen...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s