WANITA ~ Ibu Kaum Muslimin ii

WANITA YANG MULIA DI SISI ALLAH SWT

 Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: 

“Sebaik-baik WANITA adalah apabila engkau pandang dia maka dia menggembirakan, apabila engkau perintah dia taat, apabila engkau tiada dia menjaga hartamu dan menjaga pula kehormatan dirinya.”

Terdapat sebuah riwayat, bahawa pada zaman Nabi Muhammad SAW, ada seorang lelaki yang bakal berangkat untuk berperang di jalan Allah SWT. Dia berpesan kepada isterinya, “Wahai isteriku, janganlah sekali-kali engkau meninggalkan rumah ini sehingga aku kembali.” Secara kebetulan ayahnya menderita sakit, maka WANITA tersebut mengutus seorang lelaki menemui Rasulullah SAW.

Baginda bersabda kepada utusan itu, yang bermaksud: “Supaya dia taati suaminya.” WANITA itu mengutus utusannya bukan hanya sekali sehingga akhirnya dia benar-benar mentaati suaminya dan tidak berani keluar dari rumah. Maka ayahnya meninggal dunia, tetapi dia tetap tidak pergi melihat atau menziarahi jenazah ayahnya. Dia tetap sabar sehingga suaminya pulang. Maka Allah SWT menurunkan wahyu kepada Nabi SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah SWT telah mengampuni WANITA tersebut disebabkan ketaatannya kepada suaminya.”

Dalam riwayat yang lain mengatakan bahawa Allah SWT turut mengampuni dosa ayahnya disebabkan ketaatan anaknya itu. Inilah sebenarnya perkara yang menyebabkan WANITA diredhai oleh Allah SWT, bukan hanya dalam persamaan hak yang seperti dituntut golongan yang jahil agama.

Sedangkan dalam peristiwa Israk Mikraj, Nabi SAW telah melihat di dalam syurga bahawa Allah SWT memasukkan WANITA ke dalam syurga 500 tahun lebih awal daripada suami mereka dan apabila melihat ke dalam neraka, Nabi SAW dapati dua pertiga daripada penghuninya adalah WANITA. Subhanallah…

Merajut Cinta Dalam Buaian Pena…

Merangkai Kasih Dalam Pautan Kata…

Menyemai Sayang Dalam Untaian Bahasa…

 

Author : Natasia Maiza

Sumber Rujukan : Bunga Idaman Mutiara Syurga ~ WANITA Solehah

 

Jom Komen...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s