WANITA ~ Ibu Kaum Muslimin v

KEMULIAAN ISTERI DI DALAM ISLAM  

  1. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri melayan dengan baik, maka dia memperoleh pahala jihad
  2. WANITA yang menyebabkan suami keluar ke jalan Allah SWT dan menjaga adab rumah tangga akan masuk syurga 500 tahun lebih dulu daripada suaminya. Dia akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari. Dan WANITA itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggang dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada permata yaqut.
  3. WANITA yang menjaga solatnya, puasa, dan taat kepada suami, Allah SWT izinkan dia memasuki syurga dari mana-mana pintu yang ia sukai.
  4. Kalau isteri melayan suami tanpa khianat, dia mendapat pahala 12 tahun solat.
  5. WANITA yang meninggal dengan keredaan suaminya akan masuk syurga.
  6. Jika suami mengajar isterinya satu masalah agama, akan dapat pahala 80 tahun ibadat.
  7. Isteri yang memandang suami dengan kasih sayang dan suami yang memandang isteri, juga dengan kasih sayang, maka Allah SWT memandang dengan penuh rahmat.
  8. Jika suami mendatangi isterinya dengan kemarahan, tetapi isteri melayan dengan baik, maka mendapat separuh pahala jihad.

 

KEMULIAAN IBU DI DALAM ISLAM 

  1. Dua rakaat solat WANITA yang hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat WANITA yang tidak hamil.
  2. WANITA yang hamil mendapat pahala puasa pada siang hari dan pahala ibadat pada malam hari.
  3. WANITA yang bersalin mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah SWT menganugerahkannya satu pahala haji.
  1. Sekiranya WANITA meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia dikira sebagai mati syahid.
  2. WANITA yang memberi minum susu badannya kepada anaknya, akan dapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.
  3. WANITA yang memberi minum susu badannya kepada anaknya yang menangis, maka Allah SWT beri pahala satu tahun pahala solat dan puasa.
  4. Kalau WANITA menyusui anaknya hingga cukup tempoh dua setengah tahun, maka malaikat di langit mengkhabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  1. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit, akan memperoleh pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
  2. WANITA yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit, akan diampunkan oleh Allah SWT akan seluruh dosanya dan apabila dia menghiburkan hati anaknya, Allah SWT mengurniakan 12 tahun pahala beribadat.

 

Merajut Cinta Dalam Buaian Pena…
Merangkai Kasih Dalam Pautan Kata…
Menyemai Sayang Dalam Untaian Bahasa…

 

Author : Natasia Maiza
Sumber Rujukan : Bunga Idaman Mutiara Syurga ~ WANITA Solehah

 

 

Jom Komen...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s