WANITA ~ Ibu Kaum Muslimin vi

WANITA YANG DIMURKAI ALLAH SWT

Kemurkaan Allah SWT pada hari kiamat amat dahsyat sehinggakan nabi-nabi pun sangat takut. Bahkan Nabi Ibrahim pun lupa bahawa dia mempunyai anak yang bernama Nabi Ismail kerana ketakutan yang amat sangat. Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

“Seorang WANITA yang berkata kepada suaminya, ‘semoga engkau mendapat kutukan Allah SWT’, maka dia dikutuk oleh Allah SWT dari atas langit ketujuh dan mengutuk pula segala sesuatu yang dicipta oleh Allah SWT kecuali dua jenis makhluk, iaitu manusia dan jin.”

Abdur Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermkasud:

“Seorang isteri yang menyebabkan kesusahan kepada suaminya dalam hal belanja atau membebani sesuatu yang suaminya tidak mampu lakukan, maka Allah SWT tidak akan menerima amalannya yang wajib dan sunatnya.”

Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

“Seandainya apa yang ada di bumi ini merupakan emas dan perak serta dibawa oleh seorang WANITA kerumah suaminya. Kemudian pada suatu hari dia terlontar kata-kata angkuh, ”engkau ini siapa? Semua harta ini milikku dan engkau tidak punya harta apapun.” Maka hapuslah semua amal kebaikannya walaupun banyak.

Nabi Muhammad SAW adalah seorang yang sangat kasih kepada umatnya. Baginda menghadapi segala rupa bentuk penderitaan, kesakitan, keletihan, dan tekanan. Begitu juga air mata dan darah baginda telah mengalir semata-mata kerana kasih sayang terhadap umatnya. Maka lebih-lebih lagi kita sendirilah yang wajar berusaha untuk menyelamatkan diri kita, keluarga kita dan seluruh umat baginda.

KEISTIMEWAAN WANITA

  1. Doa WANITA lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, baginda menjawab: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
  2. WANITA yang solehah (baik) itu lebih baik daripada seribu orang lelaki yang soleh.
  1. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takut akan Allah SWT, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
  2. Barangsiapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menggembirakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s. 
  1. WANITA yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
  2. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
  1. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”
  2. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
  1. Apabila ibu bapa memanggil kamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu. 
  1. WANITA yang taat berkhidmat kepada suaminya, akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab. 
  1. WANITA yang taat akan suaminya, semua ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan walinya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
  2. Aisyah r.a berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap WANITA?” Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.” 
  1. WANITA, apabila melakukan solat lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
  2. Setiap WANITA yang membantu suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
  1. Apabila seseorang WANITA mengandungkan janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan seribu kebaikan dan menghapuskan daripadanya seribu kejahatan.
  2. Apabila seseorang WANITA mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.
  1. Apabila seseorang WANITA melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  2. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
  1. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakanya 70 orang hamba dengan ikhlas demi membela agama Allah SWT.

 

Subhanallah... Demikian besarnya anugerah Allah SWT kepada para WANITA yang taat akan perintah Allah SWT, ajaran rasul-Nya, juga kepada suaminya.

WANITA… Nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? 

Kasih sayang dan kemesraan selalu tersimpan di dalam diri seorang WANITA. Perasaan ini memang secara fitrah telah dibekalkan Allah SWT untuknya. Namun begitu, kasih sayang dan kemesraan itu tidaklah cukup untuk menjadikan seorang WANITA itu berbudi luhur dan sebagai penghuni syurga jika tidak dihiasi dengan ajaran yang mulia.

WANITA solehah yang telah melengkapi dirinya dengan budi pekerti yang luhur dan keimanan yang murni merupakan bunga idaman yang menghiasi taman-taman syurga

WANITA solehah adalah WANITA yang mengisi kehidupan dengan fitrah kebenaran. Jika dia seorang anak, maka ia akan menjadi anak yang solehah. Jika dia seorang isteri, dia akan menjadi seorang isteri yang taat dan patuh terhadap suaminya. Jika dia seorang ibu, maka dia akan mencurahkan kasih sayangnya untuk anak-anak. Begitu juga sebagai hamba Allah, dia akan senantiasa tunduk dan menyerahkan diri sepenuhnya kepada Maha Pencipta. Selanjutnya WANITA solehah akan mempu menghargai dirinya sendiri dan mampu pula menjalinkan hubungan silaturrahmi sesama insan. Insy’Allah akan saya kupas tentangWANITA secara terperinci di episod lainnya.

 

Merajut Cinta Dalam Buaian Pena…
Merangkai Kasih Dalam Pautan Kata…
Menyemai Sayang Dalam Untaian Bahasa…

Author : Natasia Maiza
Sumber Rujukan : Bunga Idaman Mutiara Syurga ~ WANITA Solehah

 

Jom Komen...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s