Mengapa VALENTINE DAY HARAM???

Mengapa VALENTINE DAY HARAM??

Author : Natasia Maiza 

Mengenai Hari Kekasih / Hari Valentine ni dah seringkali di kupas dan seringkali juga kita ungkapkan kenapa ianya HARAM bagi umat muslimin dan muslimat.

Sebenarnya kita ingin sekali menyeru kepada semua manusia terutama sekali kepada umat muslimin yag beragama islam, kita janganlah mencontohi atau sesuka hati meniru sesuatu perkara itu membuat tuli, jangan mengikut sahaja tanpa mengkaji fakta-fakta sejarah dan asal usul kejadian sesuatu peristiwa ya.

Yang pertama sekali ialah, generasi muda kita especially ya, Kerana selalunya yang muda inilah yang selalu merayakan dan tergolong dalam golongan yang mudah terpengaruh … Nah… Sebelum itu, perlu tahu sejarah valentine day.

valentine day - loveiscinta

Oleh sebab ia ada banyak sebab atau versi, saya ingin menyentuh beberapa versi. Diantara sebab- sebabnya adalah :-

  • Pertama, Valentine Day ini mengaitkan dengan pesta sambutan kaum Rom Kuno sebelum kedatangan agama Kristian. Berdasarkan tradisi paganisme (dewa-dewi) Romawi kuno periode pertengahan Januari dan pertengahan Februari dikenal sebagai Bulan Gamelion yang dipersembahkan pada pernikahan suci dewa Zeus dan Hera. Dan pesta ini namanya Lupercalia. Pesta ini mereka buat dan rayakan  pada 13 Feb hingga 18 Feb.  Disana mereka  menyembah dewi cinta.  Dewi cinta mana boleh kita sembah ya dak!!?? Mereka sembah dewi cinta (Queen of Feverish Love) yang bernama Juno Februata, hah! itu yang bulan Februari tu.. Pesta ini dipersembahkan untuk Dewa Lupercus, laki-laki setengah telanjang yang berpakaian kulit kambing, yang disebut sebagai sang dewa kesuburan. Pada malam pesta inilah nama gadis-gadis rom akan ditulis dalam sehelai kertas, dimasukkan ke dalam sebuah bekas dan pemuda-pemuda rom yang ada ketika itu akan select kertas yang ada dalam bekas tersebut dan nama gadis mana yang terpilih / naik , gadis itulah yang akan mereka gunakan sebagai teman untuk memuaskan serta melempiaskan nafsu mereka selama setahun. Nah!! ini yang generasi muda zaman sekarang perlu tahu mengapa HARAM??! Ada juga yang mengatakan bahawa Pesta Lupercalia ini puncaknya terjadi pada 15 Februari iaitu Hari Raya Lupercalia. Pada tanggal 15 ini mereka ke kuil untuk meminta perlindungan daripada Dewa Lupercalia dari serigala. Para lelaki muda meyebat/membantai tubuh gadis-gadis yang bakal disetubuhi mereka dengan kulit binatang. Para gadis akan berebutan dan menganggap semakin banyak sebatan tersebut maka mereka semakin bertambah cantik dan subur. Gila apa?! Mau cantik, mau subur pakai disebat dengan kulit binatang segala! Dah hilang akal apa??!!… 
  • Ok… Yang kedua, Valentine ini mereka sambut untuk mengingati kematian paderi St. Valentine (Santo Valentinus) yang dibunuh oleh Raja Romawi ketika itu kerana St Valentine ini dia menyebarkan ajaran Kristian sedangkan raja romawi ketika itu mereka menyembah dewa-dewi. Jadi St Valentine dihukum bunuh, disiksa dalam penjara, dan ketika St. Valentine ini berada dalam penjara, dia sampai sanggup menolong banduan-banduan melarikan diri dari penjara tersebut dan dia sebarkan ajaran kristian ini dalam penjara. Jadi, orang menganggap bahawa, ”Wah! Hebat St valentine ni, why not kita raikan kematian dia?” Dan sebelum dia meninggal dunia, dia telah menulis satu pucuk surat cinta kepada gadis yang dicintainya, yang merupakan salah seorang anak daripada pegawai penjara itu, dan dia tandatangan surat cinta ini , from YOUR VALENTINE!! Apa nak kata ye tak? Sekarang adik-adik kita dok belinya kad valentine… Boleh tidak? Jawabannya, MANA BOLEH!!! Agama kita tidak mengajarkan kita untuk memperingati St. Valentine. Hari Valentine dok ungat semua… coba kalau sat kita tanya Hari Maulidur Rasul?? Ingat dak ya…??   
  • Yang ketiga… St Valentine ini juga merupakan icon kasih sayang yang mengahwinkan ramai tentera-tentera muda ketika itu. Raja Rom tidak mengizinkan tentera yang muda ni berkahwin awal. Kenapa?? Kalau dah semua pakat kahwin muda, siapa nak keluar pergi berjuang. Bila nak suruh berjuang semua dok pada kahwin, kahwin, minggu depan aku kahwin… Oleh kerana itu, St Valentine dijatuhkan hukum bunuh oleh Raja Rom pada 14 February 269M. Ini dia ni… kerana mengenangkan jasanya yang merupakan icon kasih sayang tadi, maka mereka mengiktiraf 14 February sebagai Hari Kekasih atau Valentine Day! Nah… adik – adik kita dok ghairah mahu sambut hari valentine… Dok beriya-iya spend half gaji semata-mata nak beli present buat sang kekasih untuk menunjukkan rasa sayang, cinta sangat kepada si jantung hati… Salah!!! Ini harus di rubah ni. Icon kasih sayang kita udah ada dah… Cuba teka siapa… Hah!!! Itu dia, Nabi Muhammad SAW… Jelas… 
  • Yang ke-empatnya… Kita sebagai umat muslimin muslimat tidak boleh menyambut Valentine day ini sebab hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris. Hah!!! ini adalah tradisi orang-orang Inggeris. Hati-hati ye wahai adik-adik… anak-anak semua… Jangan jadi kerbau ditusuk hidungnya ya… Asal nurut, asal ngikut membabi buta. Kaji, Kaji dulu ya… 
  • Dan yang ke-limanya. St Valentine ini yang telah memainkan peranannya yang amat besar pada zaman dahulu kala. Dia telah menjatuhkan kerajaan Islam di Cardova, Sepanyol. Maknanya kalau kita menyambut Valentine Day ini, kita telah masuk sebahagian dari mereka. Nahhh.. hati-hati wahai anak-anak, adik-adik, ibu-ibu muda ye… jangan dok suka meniru budaya yang salah… hati-hati memilih budaya yang selalu bermaharajalela ya… Itu dia tadi, kaji sejarah nya dulu ya anak-anak.. Adik- adik… 

Mengapa Valentine Day ini tidak boleh diraikan? Kerana hukumnya HARAM. Kenapa HARAM…? kerana Nabi SAW telah bersabda, 

“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia termasuk golongan mereka” 

happy valentine - loveiscinta

Kita semua tidak mahu termasuk dalam golongan mereka, jadi berhati-hatilah ketika memilih perayaan dalam budaya!!!

Apa yang perlu dilakukan oleh generasi muda kita hari ini ialah, mengkaji dan tengok amalan yang selalu dilakukan ketika Valentine Day. Tidak pernah seumur-umur orang-orang pada hari valentine day ini diajak oleh kekasih / buah hati masing-masing / pasangan mereka ke Qiyaimulail kat mesjid? ada ke tak pasangan anda begitu?? Cuba dipikir baik-baik… Belum pernah dengar setakat ini kan…?, hari valentine day pasangan kekasih menikmati ceramah qiyamulail di mesjid… Selalunya kemana pasangan ini pergi??? Nah itu dia tu ke tempat yang dok banyak lampu-lampu berkedipan, disco.. cucuk-cucuk bintang ye tak???, ke tempat-tempat sunyi- ketempat-tempat sembunyi, main sembunyi-sembunyi dan sebagainya… Nah ini ni, saya mahu nanya ni, ini tradisi agama mana nih??? agama Islam ka??? Tentu sekali tidak kan??? agama kita ada ajarkan kita dok pergi keluaq ketempat-tempat mesum?? Tidak juga kan??!!… Makanya jangan dok ikut lah tradisi ini… ini bukan tradisi ISLAM 

Sampai – sampai bunga rose yang berada dipasaran asalnya RM 2.00 jer sekuntum, tapi dek kerana valentine day ini… Ya Allah, permintaan melonjak tinggi sampai sekuntum boleh jadi sampai RM15.. dan apa yang berlaku di sebalik mawar merah ini akhirnya hanya dengan harga RM15 sekuntum, hanya dengan harga yang mungkin RM150 sejambak bunga rose yang dihadiahkan oleh boyfriend, kekasih hati ini tadi, maruah tergadai, kesucian diri akhirnya luruh di malam valentine, hanya semata-mata kerana nak sangat meraikan tradisi asing dan haram si valentine day atau hari kekasih.

Kita baca media cetak hari ni, 100 pasangan telah dicekup oleh penguatkuasa, salah seorang bila di-interview tanya dia, “Menyesal dak kena cekup ni?” dia kata ”buat apa dia nak meyesal, kata dia, ini lah satu-satunya hari yang saya boleh tunjukkan kepada tunang saya, yang saya kasih kepada tunang saya, buat apa saya nak menyesal, sebab tunang saya akan bertanggungjawab.” Ini jelas bererti mereka tidak faham. Dan kitalah yang harus memberikan kefahaman tersebut. Kitalah juga yang harus menjelaskan kepada mereka tentang Valentine day ini dan mengapa HARAM???

Terakhir sekali, apa yang perlu generasi muda buat pada hari ini ialah…

al`amru bil-ma’ruf wannahyu’anil-mun’kar , suruh orang buat baik, cegah dari melakukan kemaksiatan, kemungkaran kepada Allah SWT. Nak cegah macamana??

Nah, kita cegah dengan 3 cara.

Pertama dengan kuasa,

Kedua dengan lidah dan

Ketiga dengan hati ini ada disebut dlm hadits. Maknanya, kena ingat ni anak-anak remaja ye.. Bila ada orang atau kawan-kawan ajak pergi ke pesta valentine dan parti-parti sejenisnya, cegah dengan kuasa, “Tak boleh pergi, HARAM”!!! 

Yang ke-dua cegah dengan lidah, kita ajak kawan-kawan kita ni supaya jangan sambut valentine day dan yang ke-tiga selemah-lemah iman adalah cegah dengan hati… Jadi dengan beberapa konsep diatas dapat dilaksanakan bersama-sama. Jadi tahun akan datang, anak-anak muda sudah tahu mengapa VALENTINE itu HARAM dalam ISLAM!!! 

—————————-

“Berpesan-pesanlah perkara kebaikan walau hanya dengan sepotong ayat”

 

Merajut Cinta Dalam Buaian Pena…

Merangkai Kasih Dalam Pautan Kata…

Menyemai Sayang Dalam Untaian Bahasa…

Jom Komen...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s