PERKAHWINAN WARGANEGARA MALAYSIA DENGAN WARGANEGARA ASING : HAL EHWAL IMIGRESEN

Perkahwinan di antara rakyat Malaysia dan warga asing atau di antara dua warga asing adalah boleh dan dibenarkan untuk dilakukan di Malaysia. Bagi perkahwinan di antara rakyat Malaysia dan warganegara asing, prosedur yang harus diikuti adalah berlainan daripada prosedur perkahwinan di antara sesama rakyat Malaysia. Selain syarat-syarat yang diperuntukkan seperti persetujuan wanita yang akan dikahwini, pemberian mas kahwin dan lain-lain, syarat-syarat yang diperuntukkan oleh pemerintah juga harus dipatuhi. (Perlu diingatkan bahawa syarat-syarat ini adalah bertujuan untuk melindungi hak-hak pasangan yang akan berkahwin). Prosedur yang berlainan ini juga bergantung kepada situasi warga tersebut.

Secara amnya apabila warga asing dan rakyat Malaysia ingin berkahwin, mereka wajib untuk memohon kebenaran berkahwin dari Jabatan Agama. Borang permohonan perkahwinan haruslah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut :-

Salinan pasport atau salinan kad pengenalan (lelaki dan perempuan)
Surat kebenaran dari kedutaan/konsulat negara pemohon
Surat pengesahan pasport daripada Jabatan Imigresen Malaysia
Surat Akuan Cerai atau surat Akuan Kematian (jika pernah berkahwin atau kematian pasangan sebelumnya)
Surat Kebenaran Poligami dari Mahkamah Syariah di Malaysia (jika berpoligami)
Surat wakalah wali bagi perempuan (jika wali tidak dapat hadir)
Salinan Sijil Kursus Perkahwinan

Borang permohonan dan dokumen-dokumen ini haruslah dikemukakan kepada Penolong Pendaftar Nikah Kariah di mana wanita tersebut bermastautin. Ini adalah untuk mendapatkan kelulusan bernikah dari Pendaftar Nikah. Permohonan ini haruslah diserahkan dalam tempoh sebulan atau tidak kurang dari tujuh hari sebelum tarikh perkahwinan yang dirancang.

Adalah baik sekiranya ia dilakukan dengan awal bagi mengelakkan penundaan perkahwinan. Sekiranya bakal isteri adalah penduduk tetap negara ini atau pemegang Kad Pengenalan Merah, dokumen yang lain harus disertakan.

Pemohon juga mestilah mengemukakan salinan Kad Pengenalan Merah dan permit masuk, Surat Pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara atau pengesahan permit masuk dari Jabatan Imigresen. Kedua-dua situasi di atas adalah bagi warga asing yang mempunyai pas masuk secara sosial atau perniagaan.
Situasi adalah berbeza bagi warga asing yang dibenarkan masuk ke negara ini melalui permit pekerjaan.

Perlu dimaklumkan bahawa pekerja asing yang memegang permit kerja adalah tidak dibenarkan memohon untuk berkahwin di negara ini. Sekiranya perkahwinan ini berlangsung dengan tidak mematuhi undang-undang maka ia akan memberi implikasi kepada permit kerja yang telah diberi kepadanya.

Hanya warganegara asing yang mempunyai kelayakan masuk secara sosial atau perniagaan sahaja yang boleh membuat permohonan tersebut. Pindaan Peraturan Imigresen yang tidak mendiskriminasi terhadap wanita Malaysia yang berkahwin dengan rakyat asing mulai 1 September 2001:

Lelaki warganegara asing yang berkahwin dengan wanita Malaysia dibenarkan memperbaharui pas lawatan social secara tahunan (annual basis).
Wanita warganegara asing yang bercerai atau berpisah dari suami rakyat Malaysia boleh memohon untuk mendapatkan pas lawatan social secara tahunan (annual basis).

Pendaftaran Perkahwinan Dan Pengupacaraan Perkahwinan Di Luar Negara

Perkahwinan bagi rakyat Malaysia diluar negara boleh didaftarkan jika salah seorang pasangan mestilah warganegara Malaysia. Pendaftaran perkahwinan perlu dibuat dalam tempoh masa 6 bulan dari tarikh perkahwinan. Alamat dan nombor telefon Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara boleh didapati melalui laman web Kementerian Luar Negeri dibawah topik “Perwakilan Malaysia Di Luar Negeri”.

Antara dokumen-dokumen sokongan yang perlu dibawa bersama adalah :

Pasport untuk kedua-dua pasangan (asal dan salinan)
Kad Pengenalan
Surat Nikah
Bukti Perkahwinan (spt. Gambar perkahwinan atau kad undangan, jika ada)
Dua orang saksi yang menyaksikan perkahwinan tersebut.
Pendaftaran akan diproses oleh Perwakilan Malaysia dan dua (2) salinan Sijil Perkahwinan Malaysia (asal dan salinan) akan dikeluarkan kepada pasangan berkenaan.

Bagi rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam, pengupacaraan perkahwinan boleh dilakukan oleh Pegawai Konsul yang telah dilantik oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Surat perakuan bujang/duda/janda (bagi kedua-dua belah pihak) adalah diperlukan bagi tujuan tersebut.

26 thoughts on “PERKAHWINAN WARGANEGARA MALAYSIA DENGAN WARGANEGARA ASING : HAL EHWAL IMIGRESEN

  1. Saya adalah warga indonesia, tapi sudah berkawin dgan warga malaysia. Saya sudah memohon visa Merried tuk 6 bln. Soalan saya
    1. Boleh kah saya apply kerja di mana2 tempat di malaysia. Ex : saya register dekat Ipoh . Klu saya nak apply kerja kat johor boleh ke tidak ? Klu boleh mcm mana prosedurnya?

    Like

  2. SLM.sy nak tny,sy nak berkawin gan lelaki warganegara Indonesia kami dah siap kan semuanya.tp ada masalah visa.yg saya nak tny visa apa yg bakal suami saya perlu ambik.Dan betul k visa tu kena apply kat kedutaan Malaysia yg berada di Indonesia? Mohon peneragannya sis.tq

    Like

  3. Assalamualaikum..
    Saya cuma ingin bertanya..selepas bernikah dgn warga asing perlu lah kita registerkan pernikahan di kedutaan negara pasangan?
    Adakah permohonan visa jngka panjang utk pasangan warga asing (suami/isteri) mengambil masa yg lama?

    Like

  4. Assalamu’alaikum ….
    Saya warganegara malaysia,menikah dengan wargan3gara indonesia 2013 lepas.
    Sekarang saya duduk kat malaysia sementara istri saya duduk kat indonesia. Saya belum lagi daftarkan nikah kami kat JPN sampai sekarang.
    Apa yang patut saya buat untuk daftarkan keterlambatan saya daftar nikah ni and kat mane saya tuju and apa2 sje persyaratan untuk daftarkan keterlambatan tu.
    Berape saya kene denda?Saya pohon sangat sis bagi tau saya apa yang patut saya buat.
    Terimakasih…
    Wassalam..

    Like

    • waalaikumsalam…

      pendaftaran nikah tu takde masalah apa2 klo lambat pon paling kena denda 100-300,

      dokumen, bawak bukti nikah saja, ic dan photokopi passport istri

      Like

  5. assalamualaikum.
    puan, saya tumpang tanya skit, berkenaan berkahwin dgn org asing,
    perempuan org malaysia, lelaki org kemboja,
    masalah skrg, si lelaki sdh tinggal lebih masa di malaysia, cdng nk serender kt imegresen dan blk semula ke kemboja dan dtg blik utk berkahwin,
    tapi mslahnya nama si lelaki dah blacklist utk msuk ke malaysia, dah tanya emigresen, dia mnt si perempuan mohon ke bahagian keselamatan putrajaya utk clear blacklist. masalah kedua adalah, nk mohon blacklist kena ada bukti kuat spt perkahwinan, masalah skrg kahwin pun tak lgi dan tak boleh sbb pakai permit kerja dan passport tamat tempoh.
    saja tanya puan, kot-kot puan ada jln berdasarkan pengalaman puan.. mohon sgt jawapan dr puan. dah buntu nk setle kes depa ni.. terima kasih.

    Like

    • Waalaikumsalam

      Satu satunya jalan dan cara adalah menikah di luar negara. Suruh lelaki tu balik negara dia, bayar denda overstay di immigration malaysia, kembalu ke negara asal buat passport sosial, setelah itu tggu cooling period selesai. kmudian hubungi saya kembali klo mau sy membantu.

      Like

      • Assalamualaikum sis..
        Kes saya nie sama dengan dia juga
        Tapi saya nak tanya lagi satu mohon sangat jawapan Dari sis…
        Cooling period tuh kena tunggu sampai berapa lama?

        Like

      • assalam sis..ape yg dimaksudkn dgn cooling period tu?suami sy kne b.list 5tahun..mcm mne nk buat die masuk malaysia dgn kadar segera?

        Like

      • tak boleh masuk dah klo dah dpt perintah cooling period.. tggu lah cooling period selesai br bleh enter malaysia lg…
        cooling period tu masa bertenang

        Like

      • Assalamualaikum kak…Saya ingin berkahwin dengan warga sri lanka dia pernah hilang pasport dan overstay
        Bolehka saya berkahwin dengan dia di malaysia ataupun di negara dia

        Like

      • waalaikumsalam dik non sayang.

        kalau pasangan adik kehilangan passport juga overstay, macamana nak berkahwin secara resmi. kalau mau berkahwin di negara beliau, apakah adik sendiri sudah memikirkannya secara matang ??? tidak khawatirkah akan keselamatan adik ??? fikirkan baik2 sebelum membuat sebarang keputusan

        Like

  6. Assalamualaikum
    Saya seorang warganegara Malaysia dan akan berkahwin dengan bakal calon isteri saya warganegara Indonesia.Pernikahan kami akan dibuat disebelah Indonesia.Dokumen kebenaran dari Majlis Agama di Malaysia semua telah saya siapkan.Cuma tinggal saya untuk keseberang sana untuk selesaikan dgn KUA Dan urusan Konsulat kita di Medan
    Saya bercadang setelAh bernikah ingin membawa dia balik kesini untuk urusan pendftaran Dan permohonan visa. Untuk pengetahuan Puan calon isteri pernh memasuki Malaysia menggunakan visa lawatan social 3 bulan yg dikeluarkan oleh Kedutaan Malaysia di.Jakarta Dan disambung lagi 2 bulan di imigresen putrajaya..soalan saya
    adakah calon isteri saya dikenakan cooling period..ini di beritahu pegwai imigresen semasa dia keluar Dr Malaysia tempoh harI …semsa dia kluar tempoh visa masih valid lagi….sekiranye benar saya ingin membuat rayuan kepada sapa patut saya ajukan ..harap puan dapat beri sebarang cadangan melalui email saya…setahu saya cooling period adalah utk yg menggunkan permit atau pass bekerja..
    Sekiranye tidak mempunyai sebarang masalah bole tak saya buat segala urusan permohonan visa disini..Sekian terima kasih

    Like

  7. Salam sis.saya bakal berkahwin dengan pasangan warga pakistan.apakah prosedur y perlu d lakukan.adakah psangan perlu pulang ke negara asal untuk mengambil surat pengesahan.mohon pencerahan.hehe.tq

    Like

  8. assalamualaikum sis🙂
    saya ingin menayakan beberapa soalan kepada sis semoga sis dapat membantu sy

    1) sy sudah bertunang dengan WNA dan sekarang kami bercadang untuk berkahwin, sy dah baca maklumat yg sis dah bagi tu
    tapi cuma kurang faham sikit🙂.
    2) tunang sy masih dimalaysia kerana dia bekerja dan mempunyai permit kerja, sy difahamkan permit kerja mmg tak boleh
    berkahwin dengan sy kecuali dia batalkan permit kerja nye betul kan sis? ok soalan sy adakan dia perlu uruskan hal seperti
    kursus kawin, buat ujian HIV, pengesahan pasport dan menghantar dokumen lengkap kepada pejabat agama sebelum dia
    pulang ke negara asalnye untuk memohon visa sosial sis? atau dia balik ke nagara asal setelah dapat visa sosial baru dia
    buat semua urusan yg sy nyatakan itu sis? tolong beri pencerahan kpda sy .
    3)soalan yg seterunsnya adakah tunang sy perlu minta kebenaran majikan nye untuk berinti kerja dan matikan permit kerja nye
    sis?. majikannya tidak membenarkan dia berkahwin jika tunang sy lari dr majikan nye adakah dia kena denda sis?
    setakat nie sahajalah soalan sy kepada sis terima kasih sis harap dapat membantu sy menyelesaikan masalah sy ni sekali lagi sy ucapkan terima kasih jika tidak faham sy akan bertanye lagi🙂

    mohon sis jelaskan🙂

    Like

      • saya dah bace sis sebb tu sy tanye sebab sy kurang faham…sis bole jawab kan soalan yg sy tanye kan tu terima kasih sis dan salam ramadhan dr sy🙂

        Like

      • 1) sy sudah bertunang dengan WNA dan sekarang kami bercadang untuk berkahwin, sy dah baca maklumat yg sis dah bagi tu
        tapi cuma kurang faham sikit :)ALLAHU AKBAR DIK… DIK…

        2) tunang sy masih dimalaysia kerana dia bekerja dan mempunyai permit kerja, sy difahamkan permit kerja mmg tak boleh
        berkahwin dengan sy kecuali dia batalkan permit kerja nye betul kan sis? -BETUL
        ok soalan sy adakan dia perlu uruskan hal seperti
        kursus kawin, buat ujian HIV, pengesahan pasport dan menghantar dokumen lengkap kepada pejabat agama sebelum dia pulang ke negara asalnye untuk memohon visa sosial sis? atau dia balik ke nagara asal setelah dapat visa sosial baru dia buat semua urusan yg sy nyatakan itu sis? tolong beri pencerahan kpda sy .-SEBAIK BAIKNYA SETELAH MEMDAPATKAN VISA SOSIAL DAN KEMBALI KE MALAYSIA

        3)soalan yg seterunsnya adakah tunang sy perlu minta kebenaran majikan nye untuk berinti kerja dan matikan permit kerja nye
        sis?.(SEBAIK-BAIKNYA) majikannya tidak membenarkan dia berkahwin jika tunang sy lari dr majikan nye adakah dia kena denda sis? (MATIKAN PÉMIT KERJA, TAK PERLU MINRA IZIN MAJIKAN, PERGI SAJA KE IMIGRESEN)

        Like

  9. Assalamualaikum,
    Saya ingin memohon penjelasan berkenaan perkara berikut:
    jiran saya telah berkahwin secara sah mengikut undang2 malaysia (ada sijil nikah & kad nikah) dengan seorang perempuan warganegara indonesia (fatimah) & telah mempunyai seorang anak lelaki (Mempunyai sijil lahir). Namun demikian, jiran saya telah meninggal dunia. Soalan saya:
    1) adakah fatimah tidak boleh tinggal di malaysia lagi & perlu pulang ke negara asal?
    2) fatimah merupakan isteri ke4. Adakah fatimah akan mendapat pembahagian harta secara faraid? Ini kerana fatimah telah dihalau keluar dari rumah oleh ahli keluarga arwah suami
    3) sekiranya fatimah ingin terus tinggal di malaysia, apa yang perlu dilakukan oleh fatimah?
    Terima kasih

    Like

    • wa’alaikumsalm warahmatullahi wabarakatuh…

      1) tidak perlu, kerana ada anak yg berwarganegara Malaysia.
      2) dia berhak ke atas faraid dan bisa mendapatkannya
      3) seandainya beliau mahu terus tinggal di Malaysia, suruh dia ke konsulat repblik indonesia terdekat, dan tanyakan staus beliau. atau bs ke imigresen dan bertanya ttg status kependudukan beliau. bawa semua dokumen.

      Like

Jom Komen...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s