Pengesahan Taraf Kewarganegaraan

jpn

PENERANGAN PERMOHONAN

(a) Kelahiran Dalam Negeri dan di Luar Persekutuan

Bahagian 1, Perkara 1 14(1)(a), Perlembagaan Persekutuan.

  • Kewarganegaraan dengan cara Kuatkuasa Undang-undang bagi orang-orang yang lahir sebelum Hari Malaysia (16 September 1963).

Bahagian 2, Perkara 14(1)(b), Perlembagaan Persekutuan.

  • Kewarganegaraan dengan cara kuatkuasa undang-undang bagi orang-orang yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia (16 September 1963).
  • Pemohon dan sabjek (orang yang hendak didaftarkan) hendaklah hadir di hadapan Pendaftar Warganegara / Penolong Pendaftar Warganegara semasa mengemukakan pemohonan selaras dengan Kaedah 28, Kaedah-Kaedah Kewarganegaraan 1964 (Pindaan 1996).
  • Pemohon adalah:
    1. Bapa atau Ibu
    2. Penjaga atau saudara mara terdekat.
    3. Sabjek sendiri.
  • Mengisi Borang E dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen sokongan.

 

PROSEDUR PERMOHONAN

Pemohon dan sabjek dikehendaki hadir ke Kaunter Bahagian Kewarganegaraan, Ibu Pejabat Putrajaya atau Ibu Pejabat JPN setiap Negeri atau JPN Cawangan dan membawa bersama dokumen-dokumen asal beserta salinan seperti berikut.

DOKUMEN SOKONGAN

  • Sijil Kelahiran orang yang hendak didaftarkan.
  • Terjemahan sijil kelahiran dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris (Jika kanak-kanak lahir di luar Negara).
  • Kad Pengenalan ibu bapa.
  • Sijil Kelahiran ibu bapa.
  • Sijil Warganegara ibu bapa.
  • Dokumen Perkahwinan ibu bapa yang di daftarkan di Persekutuan.
  • 3 keping gambar warna sabjek berukuran passport.

BAYARAN

  1. RM 2.00 bayaran permohonan.
  2. RM 10.00 bayaran pengeluaran sijil Pengesahan Taraf.(jika diluluskan)

(b) Kelahiran Luar Negara

Bahagian 2 Perkara 14(1)(b) Perlembagaan Persekutuan.

  • Kewarganegaraan dengan cara Kuatkuasa Undang-undang bagi orang-orang yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia (16 September 1963).

Seksyen 1(c) Bahagian 2, Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan.

  • Seseorang yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia di luar Persekutuan dan bapanya, pada masa ia lahir itu adalah seorang warganegara dan kelahiran orang itu hendaklah didaftarkan di pejabat Konsol dalam tempoh satu tahun dari tarikh kelahirannya.

SYARAT PERMOHONAN

  • Pemohon dan subjek (orang yang hendak didaftarkan) hendaklah hadir di hadapan Pendaftar Warganegara / Penolong Pendaftar Warganegara / Pegawai Konsul semasa mengemukakan pemohonan selaras dengan Kaedah 28, Kaedah-Kaedah Kewarganegaraan 1964 (Pindaan 1996).
  • Pemohon adalah:
    1. Bapa atau
    2. Ibu
  • Mengisi Borang D dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen sokongan.

PROSEDUR PERMOHONAN

Pemohon dan sabjek dikehendaki hadir ke Kaunter JPNM Ibu Pejabat Putrajaya atau Ibu Pejabat JPN Setiap Negeri atau Pejabat Konsul di Luar Negara dan membawa bersama dokumen-dokumen asal berserta salinan seperti berikut.

DOKUMEN SOKONGAN

  • Sijil Kelahiran Luar Negara kanak-kanak.
  • Terjemahan sijil kelahiran dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris.
  • Kad Pengenalan Ibu Bapa.
  • Sijil Kelahiran ibu bapa.
  • Sijil Kewarganegaraan Ibu Bapa.
  • Dokumen Perkahwinan Ibu Bapa.
  • Dokumen Perjalanan kanak-kanak, ibu dan bapa.
  • 3 keping gambar warna sabjek berukuran pasport.

BAYARAN

  1. RM 20.00 bayaran permohonan.
  2. RM 10.00 bayaran pengeluaran sijil oleh Kedutaan.
  3. RM 30.00 bayaran pengeluaran sijil oleh Pendaftar Besar Warganegara dengan kelulusan Menteri Dalam Negeri.

Nota: Semua salinan dokumen-dokumen sokongan hendaklah dibuat di atas kertas bersaiz A4. Bayaran dalam bentuk wang pos boleh diterima dalam nilai RM 10.00 sekeping.

Makluman: Semua permohonan urusan kewarganegaraan hendaklah menggunakan borang asal yang bercetak.  Borang-borang boleh didapatkan daripada Ibu Pejabat JPN Putrajaya atau mana-mana Ibu Pejabat JPN Negeri.  Kecuali permohonan pendaftaran kelahiran luar negara dan pendaftaran pelepasan kewarganegaraan,  borang boleh juga didapatkan dari Pejabat Konsul di luar negara.

Jom Komen...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s