KURSUS PRA-PERKAHWINAN-loveinglass

Langkah 1 : Kalau nak nikah kena KURSUS RM80-RM120 

Kursus Perkahwinan dan dapatkan SIJIL KURSUS PERKAHWINAN (jangan hilang) Kursus ini harus anda hadiri sekurang-kurangnya sebulan (1) sebelum menikah.

Kedua-dua pasangan :

– Lelaki yang berumur 45 tahun ke bawah

– Perempuan yang berumur 40 tahun ke bawah.

Mereka yang disebutkan diatas, diwajibkan menghadiri Kursus Perkahwinan ini. Arakian ini merupakan syarat PERMOHONAN PERKAHWINAN DI MALAYSIA.

Warga asing tidak diwajibkan mengikutinya. Walau bagaimanapun jika kursus pra perkahwinan diadakan dalam bahasa yang boleh difahami oleh bakal suami/isteri saudari/saudara, mereka digalakkan untuk menyertainya.

ü  Waktu Kursus 2-3 hari.

ü  Fotokopi Kad Pengenalan

ü  Gambar ukuran Passport bagi lelaki – memakai songkok

ü  Gambar ukuran passport bagi perempuan – berhijab dan memakai baju kurung

bORANG PERMOHONAN NIKAH - LOVEINGLASS

Langkah 2 : JOM pi beli Borang Permohonan Nikah  : 

HEHEHE… SEKARANG INI MALAYSIA DAH TAK PAKAI BORANG2 MACAM DULU DAH…. SEMUA PERMOHONAN TUK BERKAHWIN/PERMOHONAN MENIKAH DAH BOLEH BUAT ONLINE…??? !!!! YEW KER..??? JAWABANNYA IYA….

JUST GO DEKAT HALAMAN WEB JABATAN AGAMA DI NEGERI ANDA AND CARI -“PERMOHONAN NCR” CONTOH LAMAN NCR BAGI JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI SELANGOR :

Sila Rujuk Sumber : PERMOHONAN PERNIKAHAN ONLINE – NCR TERKINI !!!!

ü  Borang Permohonan Nikah dibeli dengan hatga : RM 5/set
bagi sesetengah Pejabat Agama, pembelian borang tersebut tidak boleh diwakilkan kepada sesiapa. Sesetengah Pejabat Agama mungkin boleh menerima wakil dengan syarat salinan kad pemohon disertakan

ü  Borang permohonan yang lengkap boleh dihantar seawal 3 bulan atau paling lewat 2 hingga 4 minggu sebelum tarikh bernikah. – Semasa membeli borang, pastikan segala senarai dokumen yang diperlukan diperolehi dari Pejabat Agama daerah masing-masing. – Jika pasangan dari negeri lain, pasangan perlu mendapatkan Borang Permohonan Nikah dari negeri asalnya.

ü  Borang Permohonan Nikah negeri Johor adalah di dalam tulisan jawi, tetapi pemohon boleh mengisinya di dalam tulisan rumi.

 Borang permohonan terdiri daripada 2 jenis borang :

  • Borang 1 – Borang Permohonan oleh Lelaki untuk kebenaran berkahwin
  • Borang 2 – Borang Permohonan oleh Perempuan untuk kebenaran berkahwin

ü  Borang Ujian Saringan HIV lengkap dengan sampul juga disertakan bersama tetapi perlu dibeli dengan harga RM5/set

ü  Dapatkan Surat Akuan Status Diri / Surat Akuan Bujang dari Pejabat Agama

ü  DAPATKAN SURAT PENGESAHAN PASSPORT DI BAHAGIA UNDANG-UNDANG SYARIAH DI JABATAN AGAMA BAGI PERNIKAHAN WARGANEGARA DENGAN WARGANEGARA ASING

ü  BAWA SURAT INI KE PEJABAT IMIGRASI UNTUK PENGESAHAN PASSPORT PASANGAN ANDA

ü  SURAT PENGESAHAN PASSPORT TERSEBUT DILAMPIRKAN BERSAMA DOKUMEN-DOKUMEN DIATAS.

Langkah 3 : Isi Borang Permohonan lengkap Pra-syarat berkahwin yang kedua-dua pihak perlu patuhi :- 

ü  Sekiranya janda atau duda, dapatkan sijil penceraian atau kematian pasangan yang sebelumnya.

ü  Sekiranya masih bujang, dapatkan pengesahan mengenai status bujang dari Penghulu atau Ketua Kampung atau Majikan yang beragama Islam.

ü  Sekiranya saudara baru, dapatkan Akuan Memeluk Agama Islam atau Sijil Pengenalan Saudara Baru yang dikeluarkan oleh Pejabat Agama Daerah.

ü  Sekiranya tinggal di alamat yang berlainan dari yang dicatat pada kad pengenalan, perlu mendapat Pengesahan Bermastautin dari Ketua Kampung atau Penghulu.

(syaratnya harus tinggal ditempat baru melebihi 6 bulan)

Langkah 4 : Mendapatkan tandatangan 2 saksi untuk Borang Permohonan dan tandatangan Wali

ü  Saksi untuk borang permohonan terdiri daripada 2 orang lelaki yang bukan di kalangan keluarga dan ia hanyalah untuk saksi dalam bagi borang permohonan nikah ini sahaja.

ü  Wali diperlukan untuk menandatangani borang permohonan nikah ini.

NOTA : SEANDAINYA WALI ANDA (AYAH KANDUNG/WALI YANG SAH MENGIKUT SUSUNAN WALI) TIDAK MAHU MEWALIKAN PERNIKAHAN ANDA/ TIDAK DAPAT HADIR PADA HARI DIMANA MAJLIS AKAD NIKAH DI ADAKAN,  ATAS ALASAN KESEHATAN ATAU PERIBADI LAINNYA, SILA LENGKAPKAN SURAT IZIN WAKALAH YANG BISA DI MUAT TURUN/ MENDAPATKANNYA DI KAUNTER PEJABAT NIKAH KAHWIN, CERAI DAN RUJUK DI JABATAN AGAMA TERDEKAT. SETELAH MENGISI SURAT PERMOHONAN IZIN WAKALAH TERSEBUT, ANDA PERLU MEMBUAT PENGESAHAN DARI PEJABAT AGAMA SETEMPET DAN PASTIKAN ANDA MENDAPATKAN PENGESAHAN TERSEBUT. TANPA PENGESAHAN DARI PIHAK PERWAKILAN AGAMA SETEMPAT INI, SURAT WAKALAH ANDA “TIDAK SAH” DAN TIDAK DAPAT DIGUNAKAN.

Sila Rujuk : SURAT WAKALAH DALAM HAL PERWALIAN – PANDUAN MENGISI SURAT PERMOHONAN IZIN WAKALAH

Sila Rujuk : WALI HAKIM – SUSUNAN WALI

Sila Rujuk : PROSEDUR PERMOHONAN WALI HAKIM

surat pengesahan bujang-LOVEINGLASS

Langkah 5 : Surat Akuan Status Diri  

ü  Dapatkan Surat Akuan Status Diri / Surat Akuan Bujang dan hanya ianya boleh diperolehi oleh satu satu daripada berikut :

  • Penghulu
  • Ketua Kampung
  • Majikan beragama Islam;
  • Surat kebenaran PDRM (untuk anggota polis)
  • Surat Kebenaran KAGAT (untuk anggota tentera)

ü  Sila bawa seorang saksi semasa hendak menandatangani surat ini

ü  Maklumat penghulu atau ketua kampung boleh dirujuk di Pejabat Tanah dan Daerah yang berdekatan tempat tinggal masing-masing.

Langkah 6 : Ujian Saringan HIV: 

ü  Laporan Pengesahan Pemeriksaan Kesihatan (HIV) hanya boleh diperolehi dari Hospital atau Klinik Kerajaan Malaysia Sahaja.

ü  Ujian di klinik Kerajaan hanya perlu bayar RM1 sahaja tetapi perlu merujuk kepada jadual waktu tertentu untuk menjalani ujian ini.

ü  Berbanding jika ujian saringan HIV di klinik swasta, jumlah perkhidmatan yang dikenakan adalah RM25.

ü  Sebelum ujian HIV dijalankan, pemohon perlu mengisi satu borang yang dikeluarkan oleh pihak klinik terlebih dahulu.

Langkah 7 : Menyediakan salinan dokumen berkenaan :- 
Pastikan salinan dokumen seperti berikut disediakan :

ü  Kad pengenalan bakal pengantin lelaki

ü  Kad pengenalan bakal pengantin perempuan

ü  Kad pengenalan Wali

ü  Kad pengenalan Saksi Borang (2 lelaki)

ü  Sijil Kursus Pra Perkahwinan

ü  Surat Akuan Status Diri

ü  Sijil asal dan salinan Nikah ibubapa (Untuk pengantin perempuan anak pertama sahaja)

Antara dokumen tambahan (JIKA BERKAITAN SAHAJA) 

ü  Salinan surat mati wali ( jika wali meninggal dunia )

ü  Surat/kad akuan memeluk Islam ( jika saudara baru )

ü  Sijil Cerai asal (jika duda atau janda)

ü  Salinan Sijil Kematian (jika balu)

ü  Surat Kebenaran Berkahwin Luar Kariah @ Luar Negeri (jika bakal suami tinggal berlainan daerah Pejabat Agama Daerah atau di lain negeri)

ü  Surat Sokongan dari Jabatan Imigresen Malaysia (jika pemohon warganegara yang memegang Pas Lawatan Kerja Sementara )

ü  Surat Pengesahan Tandatangan Wali jauh (jika wali tinggal jauh dari tempat permohonan)

ü  Surat kebenaran Berkahwin bawah umur oleh Hakim Syarie (jika pemohon bawah umur)

ü Surat Kebenaran Berpoligami daripada Mahkamah Syariah (jika berpoligami)

ü Surat Pernyataan Tiada Halangan Berkahwin daripada Kedutaan Negara Pemohon (warganegara asing)

ü Surat Pengesahan Pas Bagi Tujuan Perkahwinan Warganegara Asing daripada Jabatan Imigresen Malaysia (warganegara asing)

ü Surat Kebenaran KAGAT – Borang BAT D 193 (jika anggota tentera)

ü Surat Kebenaran PDRM (jika anggota polis)

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN JIKA PENGANTIN LELAKI/PEREMPUAN PEMEGANG KAD PENGENALAN MERAH, HIJAU, COKLAT

  • Salinan Kad Pengenalan Merah dan permit masuk;
  • Surat Pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara atau pengesahan permit masuk dari Jabatan Imigresen.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN JIKA PENGANTIN LELAKI (WARGANEGARA ASING)

  • Salinan Passport
  • Surat Keterangan diri dari pihak agama / berkuasa negara asal (surat izin tumpang menikah di Malaysia)
  • Bagi pemohon duda- sertakan Akuan Perceraian atau Sijil Kematian pasangan terdahulu.
  • Surat kebenaran menikah daripada Kedutaan / Embassy di Malaysia

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN JIKA PENGANTIN PEREMPUAN (WARGANEGARA ASING)

  • Salinan Passport
  • Surat Keterangan diri dari pihak agama / berkuasa negara asal (surat izin tumpang menikah di Malaysia)
  • Surat Wakalah (bagi pernikahan yang tidak dihadiri oleh wali sewaktu pernikahan berlansung) Surat ini dari Wali yang sudah disahkan benar dari pihak agama / pihak berkuasa setempat Negara asal.
  • Bagi pemohon janda / balu – sertakan Akuan Perceraian atau Sijil Kematian pasangan terdahulu.
  • Surat kebenaran menikah daripada Kedutaan / Embassy / Konsulat di Malaysia

APABILA PASANGAN ANDA MERUPAKAN KERAKYATAN WARGANEGARA ASING

  • Bawa bakal isteri/suami anda ke PEJABAT IMIGRESEN berdekatan dan serahkan SURAT PERMOHONAN PENGESAHAN PASSPORT yang anda ambil di BAHAGIAN UNDANG-UNDANG SYARIAH tadi dan serahkan ke kaunter imigresen untuk disahkan/dicop.

Langkah 8 : Menghantar borang permohonan lengkap 

ü  Bawa semua dokumen yang sudah lengkap ke bahagian Undang Undang Syariah di Jabatan Agama.

ü  Submit semua dokumen.

ü  Pastikan sijil asal – Sijil Nikah ibubapa (Untuk pengantin perempuan (ANAK PERTAMA) sahaja) dibawa bersama.

ü  Setelah itu anda harus ke Kaunter Semakan dan Temubual.

ü  Temubual ringkas akan dibuat dan soalan yang ditanya adalah berkaitan dengan soalan-solan yang biasa sebagai seorang Islam.

APABILA PASANGAN ANDA MERUPAKAN KERAKYATAN WARGANEGARA ASING :

  • Pasangan anda dibenarkan pulang ke negara asal beliau setelah pemotongan permit kerja.
  • Sila bawakan SURAT PENGESAHAN PASSPORT (SALINAN) tersebut bersama dengannya  untuk URUSAN VISA ketika berada di negara beliau. Tujuannya adalah untuk memudahkan anda mendapatkan PASS LAWATAN SOSIAL dari Pejabat Imigresen di Negara beliau.
  • Pasangan anda di perbolehkan kembali ke MALAYSIA setelah mendapatkan PASS LAWATAN SOSIAL dari Negara-nya untuk melanjutkan RESEPSI PERNIKAHAN TANPA SEBARANG MASALAH.

Langkah 9 : Membeli 2 Borang terakhir (dah boleh senyum ni, sebab step ni yang paling menbahagiakan dalam mengurus prosedur pernikahan 

ü  BORANG 3 – KEBENARAN MENIKAH akan dikeluarkan setelah semua dokumen anda lengkap serta sessi temubual sudah selesai.

ü  BELI BORANG 6 RM 2 (PERMOHONAN MENDAFTARKAN NIKAH)

ü  BELI BORANG 8 RM10 (SIJIL NIKAH)

ü  Pihak Agama setempat akan menyertakan seberondong dokumen untuk anda bawa bertemu orang terakhir yang memainkan peranan sebagai JURUNIKAH.

ü  Aduhai bahagianyer.. apalagi kalau pasangan yang mengurus sendiri semua prosedur ni. Rasa bangga menjalar-jalar diurat saraf. Manis kawan, seperti berendam di telaga madu.. suuuiiitt, suuuiiittt… lepas ni, dah boleh jumpa JURUNIKAH / IMAM MUKIM untuk urusan aduh aduh… AKAD NIKAH… SubhanAllah… bahagia bukan buatan ya…

Langkah 10 : Menghantar Borang 3, 6 & 8 kepada JURUNIKAH / IMAM 

ü  MasyAllah, senyum manis tak dapat dibuat-buat kawan.. Senyum bakal raja sehari akan sendirinya terpancar tanpa diminta. J sabra kawan kena tunggu beberapa waktu lagi. J

ü  Bawalah seberondong dokumen yang isinya adalah ketiga-tiga dokumen diatas menghadap JURUNIKAH yang sudah di sertakan alamatnya, serta no telefon oleh PIHAK PEJABAT AGAMA. Namun disini siapa pun boleh menyerahkan dokumen ini. Sebaiknya WALI dari pihak perempuan atau ayahanda dari pihak lelaki yang menghantarnya. Lebih manis kawan… J biar orang tua memainkan peranan mereka untuk penyempurnaan setengah dari dien anakanda tercinta.

nikah-persandinganabadi-loveiscinta

Langkah 11 : HARI AKAD NIKAH – That’s your day my dear… smile… 

ü  Pastinya ini adalah detik-detik yang dinanti.

ü  Ingatkanlah ayahanda tercinta agar beliau dapat menghubungi JURUNIKAH 2 atau 3 hari sebelum saatnya.

ü  Pastikan Wali dan semua Saksi untuk majlis akad nikah dimaklumkan terlebih dahulu dan membuat persediaan.

Syarat-syarat tertentu yang harus dipenuhi untuk menjadi saksi nikah. Menurut Syaikh Wahbah Az-Zuhaili dalam kitab al-Fiqhul Islami wa Adillatuhu, ada sembilan syarat untuk menjadi saksi nikah.

  • Pertama, berakal tidak gila dan sejenisnya, orang yang tidak berakal atau kurang akal dan berpenyakit gila tidak sah menjadi saksi nikah.
  • Kedua, baligh. Kerana itu, kanak kanak meskipun sudah tamyiz tidak sah menjadi saksi nikah.
  • Ketiga, al-Ta’addud atau berjumlah minimal dua orang. Kerana jika hanya satu orang sahaja yang menjadi saksi nikah, maka persaksiannya tidak diterima dan pernikahan tidak sah. Hal ini berdasarkan hadis riwayat Imam Daruquthni, Nabi saw. bersabda;
  • لاَ نِكَاحَ إِلاَّ بِوَلِيٍّ وَشَاهِدَيْ عَدْلٍ

“Tidak sah sebuah pernikahan tanpa wali dan dua orang saksi yang adil”

  • Keempat, semua saksi harus lelaki. Menurut kebanyakan ulama dari kalangan ulama Malikiyah, Syafiiyah dan Hanabilah, semua saksi nikah harus laki-laki, sementara perempuan tidak boleh menjadi saksi nikah. Adapun menurut ulama Hanafiyah, dua perempuan dan satu laki-laki sudah memenuhi syarat untuk menjadi saksi nikah. Namun jika semua saksi adalah perempuan, maka semua ulama sepakat bahwa persaksiannya tidak diterima dan nikahnya tidak sah.
  • Kelima, merdeka. Kerana itulah, budak atau hamba sahaya tidak boleh menjadi saksi nikah.
  • Keenam, harus adil atau secara lahir terlihat sebagai orang yang taat menjalankan aturan agama, dan secara lahir tidak nampak sebagai pelaku dosa besar.
  • Ketujuh, beragama Islam. Orang yang tidak beragama Islam tidak sah menjadi saksi nikah. Syarat ini disepakati oleh seluruh para ulama bahwa dua orang yang menjadi saksi nikah harus dipastikan beragama Islam.
  • Kelapan, boleh melihat. Menurut ulama Syafiiyah, orang yang buta tidak boleh menjadi saksi nikah.
  • Kesembilan, dua saksi harus mendengar dan paham terhadap ijab dan qabul yang dikatakan oleh aqidain atau wali dan orang yang sedang menerima akad nikah.

ü  Dengan perancangan yang betul dan baik, segalanya akan dipermudahkanNya. InsyAllah… Allahumma Amin.

ü  SEMOGA PERNIKAHAN KALIAN BERJALAN DENGAN LANCAR SAKINAH, MAWADDAH DAN WA ROHMAH… Aamiin..

DOA PENGANTIN LELAKI PAS NIKAH

Ya Allah Ya Tuhan kami dengan barakah dan inayah daripadaMu kedua-dua mempelai ini telah selamat diijab kabulkan pada pagi yang berbahagia ini, maka Engkau berkatilah pasangan ini dan Engkau suburkanlah perasaan kasih sayang dan lemah lembut antara mereka berdua. Ya Allah sesungguhnya pasangan ini telah mengikut sunnah NabiMu Muhammad s.a.w maka tunjukkanlah pada mereka jalan ketaqwaan dan petunjukMu. Panjangkanlah umur kedua mempelai ini di dalam kesenangan dan kebahagiaan, kegembiraan yang berkekalan dan hati yang lapang.

Ya Allah Engkau jadikanlah kedua-duanya qanaah yakni merasa cukup dengan apa yang Engkau rezekikan) dan sentiasa memelihara rumah tangga mereka. Kurniakanlah mereka kesabaran dan ketenangan di dalam menghadapi segala cubaan hidup berumah tangga yang penuh pancaroba lebih-lebih lagi di akhir zaman ini. Rezekikanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah serta taat pada kedua ibu bapanya.

Ya Allah sempurnakanlah nikmat-nikmatMu dan luaskanlah rezeki kedua-dua mempelai ini, peliharalah kedua-duanya daripada akhlak-akhlak yang buruk hasil bisikan jin dan syaitan yang sentiasa cemburu terhadap anak Adam yang mendirikan rumah tangga.

Ya Allah, limpahkanlah kepada pasangan pengantin ini cinta yang Engkau jadikan pengikat rindu Rasulullah s.aw dan Khadijah, yang engkau jadikan mata air kasih sayang Saidina Ali kw dan Saidatina Fatimah ra, yang Engkau jadikan penghias keluarga nabiMu yang suci.

Ya Allah, kami memohon redhaMu, satukanlah keduanya sebagai suami isteri yang saling mencintai di kala dekat, saling menjaga kehormatan di kala jauh, saling menghibur di kala duka, saling mengingatkan di kala bahagia, saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan, saling menyempurnakan dalam beribadat kepadaMu.

Ya Allah, satukalah keduanya dalam inayah dan barakahMu. Semoga menjadi Nur ibadah yang mendambakan rahmatMu.

 Doa pengantin lelaki

Langkah 12 : Pendaftaran dan Borang Permohonan Kad Perakuan Nikah 

Dah nikah kan.. kena g daftar.. pas tu baru leh frame kan… 

ü  Pendaftaran Perkahwinan hendaklah dilakukan dalam tempoh tujuh (7) hari setelah majlis pernikahan dijalankan dengan menggunakan Borang 6 – Borang Permohonan Untuk Mendaftar Perkahwinan

ü  Kad Perakuan Nikah boleh diperolehi dengan memohon di Bahagian Undang-Undang Syariah Pejabat Agama Daerah dengan bayaran sebanyak RM30 dengan menyertakan borang berikut :
a) Borang permohonan yang lengkap
b) Salinan Kad Pengenalan kedua-dua pihak
c) Salinan Sijil Nikah
d) Gambar berukuran passport (pengantin lelaki dan perempuan).

ü  Pemohon akan dipanggil semula apabila kad siap.

PENDAFTARAN PERNIKAHAN YANG DILANSUNGKAN DI LUAR NEGARA DENGAN KEBENARAN PENJABAT NIKAH KAHWIN RUJUK DAN CERAI MALAYSIA

Pemohon hendaklah hadir ke Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan mengisi Borang Permohonan Pendaftaran Nikah Luar Negara:

1) Dokumen yang perlu dilampirkan

  • Kad pengenalan suami dan isteri (salinan)
  • Muka surat hadapan pasport suami dan isteri beserta tarikh keluar masuk kenegara berkenaan untuk tujuan perkahwinan itu. [Salinan]
  • Surat akuan atau kad Akuan Masuk Islam bagi Saudara Muslim. [Salinan]
  • Surat Kebenaran Berkahwin daripada JAWI. [Salinan]
  • Surat Perakuan Nikah dalam bahasa tempatan yang telah disahkan oleh Kedutaan Malaysia di Negara berkenaan atau Kedutaan Negara berkenaan di Malaysia dan Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri, Wisma Putra di Putrajaya. [Asal dan salinan]
  • Surat Perakuan Nikah dalam bahasa tempatan yang telah disahkan oleh Kedutaan Malaysia di Negara berkenaan atau Kedutaan Negara berkenaan di Malaysia dan Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri, Wisma Putra di Putrajaya. [Asal dan salinan]
  • Surat makluman perkahwinan dari Kedutaan /Konsulat Malaysia di negara di mana akad nikah dijalankan.
  • Terjemahan Surat Perakuan Nikah daripada  badan yang diiktiraf bagi Surat Perakuan Nikah selain dari Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris [Salinan]
  • Akta Nikah Model N jika perkahwinan berlaku di Indonesia [Salinan]
  • Surat mati suami atau isteri pasangan bagi duda/ balu kematian suami /isteri. [Salinan]
  • Surat Perakuan Cerai bagi duda /janda. [Salinan]
  • Surat Kebenaran Berkahwin menggunakan wali hakim jika berkahwin menggunakan wali hakim. [Salinan]
  • Sekeping gambar bercetak majlis akad nikah yang jelas menunjukkan pasangan pengantin, wali, saksi-saksi dan jurunikah.

2) Hadir bersama pasangan pada tarikh yang ditetapkan untuk proses soal selidik, bacaan ta’liq dan pendaftaran.

Sumber rujukan :

Arsip Peribadi 

Jabatan Agama Islam Negeri Johor

506 thoughts on “PROSEDUR PERKAHWINAN ISLAM DI MALAYSIA – UPDATE

Add yours

  1. As salam sis…

    Lagi satu sekiranya permit tunang sudah dibatalkan oleh imigresen, berapa lamakah tempoh minimum cooling period utk pasangan berada di negara asal…

    Bagaimanakah caranya untuk saya sponsor pasangan supaya datang semula ke Malaysia utk urusan perkahwinan…ini kerana saya khuatir pasangan disekat masuk semula ke Malaysia…

    Sekian. Terima kasih.

    Like

    1. MAAF SAYA TIDAK DAPAT MENJAWAB SALAM ANDA DENGAN PENGUCAPAN SPT YANG ANDA TULISKAN

      berapa lama tempoh cooling period di tentukan oleh pihak imigresen, ada yang 6 bulan, ada yang 3 tahun ada yang 5 tahun, tergantung mereka sahaja.

      kalau dia ada surat oengesahan passport dari imigresen Malaysia dengan keterangan – untuk berkahwin, itu memudahkan beliau, tapi klo tidak ada, agak susah dan memakan waktu yg lama untuk kembali

      Liked by 1 person

      1. assalamualaikum kak natasia nak tanye macam mane nak dapatkan pengesahan passport dari imigresen malaysia tu sebab kes niza zin nie sama dengan sy, sekarang tunang sy dalam tempoh colling period sy risau dia tak lepas masuk malaysia mintak tolong beri penjelasaan.:)

        Like

      2. wa’alaikumsalam…

        untuk pengesahan passport , mintak di Pejabat NRC,
        bawalah surat tu ke Imigresen.
        klo ada cooling period… tunggu sampai cooling period selesai.

        sbb itu hal ehwal imigresen, memang tak ada kelonggaran.

        Like

      3. Assalamualaikum kak natasia maiza.sy ada soalan, harap akak dpt beri pandangan.sy berumur 21,wrganegara msia manakala pasangan sy, 20 wrga singapore. kami bernikah di msia tanpa ikut semua prosedur( kami dinikahkan oleh ayah saya) disebabkan psgn sy perlu mengikuti program di negaranya selama 2tahun. jadi soalan sy, apa perlu kami buat utk dftr perkahwinan, apa prosedur yg nak kena follow

        Like

      4. Waalaikumsalam..

        Mendeklarasikan pernikahan dgn membawa wali dan saksi pernikahan di pejabat NRC

        Membayar denda atas kesalahan melakukan perkahwinan diluar kebenaran pihak jabatan agama.

        Mengikuti arahan untuk melaksanakan syarat2 permohonan berkahwin dr pejabat NRC

        Mendaftarkan perkahwinan

        Like

  2. Assalamualaikum sis….

    Nama saya Niza…sy telah bertunang dgn warga Bangladesh…si tunang mempunyai permit pekerja biasa yg x dibernarkan berkahwin….
    Sekadar ingin bertanya…sekiranya kami dinikahkan oleh bapa sendiri dan terdapat saksi yg sah, adakah pernikahan kami dikira sah kerana tanpa melalui prosedur yg betul…iaitu urusan yg biasa dilakukan bg setiap bakal pengantin….
    Maksud saya, tidak membuat sebarang urusan dgn jabatan agama, imigresen dll. Sekiranya terjadi, apakah yg harus dilakukan oleh kami? Adakah bakal suami perlu dihntr pulang dan kami dikenakan saman…

    Sekian. Terima kasih

    Like

    1. Waalaikumsalam..

      Pemegang Permit kerja tidak dibenarkan berkahwin di Malaysia itu memang prosedur Jabatan Imigresen & negara.

      Dan masalah BERKAHWIN TANPA KEBENARAN PIHAK JABATAN AGAMA juga termasuk melanggar undang2 yang ditetapkan oleh Jabatan Agama juga negara.

      Klo melanggar peraturan dan undang2, jelas kalian akan terkait dengan HUKUM yang berlaku di Malaysia.

      Klo pasangan Anda melanggar udg2 Imigresen, dia akan di denda jg ditamatkan kontrak kerjana dan di pulangkan ke negara asalnya. Dan pastilah nanti klo sdh melanggar peraturan dia di larang memasuki negara Malaysia selama cooling period yg ditetapkan…

      Melanggar peraturan menikah tanpa kebenaran, masing2 akan dikenakan denda RM1000 /org.. belum denda di Imigresen kerana melanggar peraturan menikah tanpa kebenaran….

      Klo masalah pernikahan mengikut agama syarat sah ada tertulis di dalam blog saya, silakan cik browsing & baca.

      Semoga bermanfaat

      Like

  3. Salam sis,
    saya ingin bertanya, saya satu2 anak perempuan di dalam keluarga oleh itu juga memerlukan surat nikah ibubapa, cuma ibubapa saya telah bercerai lebih 22 tahun yg lalu, manakala semua surat nikah mahupun cerai sudah tidak dimiliki oleh ibu saya. Ibu sudah berkahwin lain lebih 17tahun.. bagaimana solusinya.. huhu mohon reply di email.. terima kasih

    Like

    1. maaf, saya tanya dulu, macamana ibu anda boleh menikah lagi kalau tak ada surat pengesahan cerai?
      tak apalah, bawak mak pergi buat decralation kat pejabat agama setempat, insyAllah mereka boleh bantu.

      Like

  4. salam….saya merancang utk berkahwin dengan wanita dari indonesia dan ingin membawa isteri tinggal di malaysia…saya ingin tahu yang mana lebih mudah urusannya untuk berkahwin samada di malaysia atau di indonesia??…..adakah prosedur kahwin di indonesia sama dengan malaysia??….atau lebih baik semua urusannya di malaysia saja??…thanx

    Like

    1. lebih mudah lah di Malaysia..

      lebih kurang sama saja prosedurnya, kalau awak warganegara kena ikut prosedur kitalah, dia kat sana urusan dia dengan keluarga dia, mereka lah yang uruskan prosedur mereka, awak datang nanti untuk menikah bawa surat2 dari malaysia saja.

      kalau orangtua perempuan minta menikah di Indonesia, tak apalah, takkan wanita kahwin kan tempat laki2 ye tak…?

      Like

  5. Assalammualaikum sis,

    Saya fiza saya pernah bertanye kan sis tentang masalah saya yang ingin berkahwin dengan warga Pakistan dan kami telah pon bertunang dan di restui oleh pihak keluarga yang masalah nye sekarang tempoh visa tunang saya telah pon habis dan dia pon telah balik ke Negara beliau dengan menggunakan tiket special pass.
    Setelah 2 minggu dia di Pakistan dia pergi ke embassy Pakistan untuk ambil visit visa untuk masuk ke Negara Malaysia tapi pihak embassy tidak benarkan beliau ambil visit visa kerana dia sudah ade rekod masuk Malaysia mengunakan visa professional..pihak embassy hanya benarkan tunang saya ambil visa kerja sahaja….saya difahamkan visa kerja tidak dibenarkan untuk berkahwin di Malaysia bagaimana tu sis tolong jelaskan pada sy sy sangat buntu.
    Dan pihak embassy ade memberi cadangan kepada tunang saya supaya saya sendiri yang datang ke Pakistan untuk bawa tunang saya balik ke Malaysia kenape kena buat cara macam tu sis sy keliru dan kurang faham katanye barulah pihak embassy Pakistan percaya yang tunang saya tu nak melangsungkan perkahwinan dan dia benarkan dan memberi visit visa kepada tunang saya.
    Sis tolong beri penjelasan,cadangan dan idea kepada saya sis, saya betul2 buntu dan pening memikirkan masalah kami ni sis . susah betul saya nk berkahwin sis
    Dan perbelanjaan untuk saya ke Pakistan bukan sikit duit kena pakai dan sy perlu ambil cuti yang panjang kerana saya bekerja di syarikat swasta.?

    Like

    1. waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh….

      di malaysia , hanya memberi kebenaran bernikah dengan warga asing yang memegang dokumen perjalanan spt berikut sahaja :

      1. pass lawatan sosial

      2. permit profesional – permit ini kan boleh menikah kenapa harus ambil visa lawatan sosial lagi, so suruhlah dia apply permit ini.

      3. malaysia 2nd home project holder

      jangan, jangan ke sana cik, nanti silap2 cik tak boleh balik ke Malaysia lagi. mana ada prosedur macam tu berlaku di embassy / imigration. bohong namanya tu cik. jangan mudah terpedaya.

      Like

      1. assalamualaikum sis,
        dia memang sudah ade permit profesional tapi sudah tamat tempoh dan orang yang buatkan permit tu dah tak tahu hilang kemana, so sekarang macam mane tunang saya boleh dapatkan permit profesional tu sis,sekarang tunang saya ade di pakistan dia balik sana untuk dapatkan borang akuan bujang dan surat kebenaran berkahwin. Dimana dia boleh dapatkan itu semua???? saya hanya ingin tahu dengan lebih jelas ??? permit tunang saya sudah tamat tempoh dan dia balik ke pakistan menggunakan tiket special pass adakah tunang saya dikenakan (cooling period ) sis??? dan berapa lama dikenakan ‘cooling period’ tu? dan setelah habis tempoh ‘cooling period’ itu adakah tunang saya dibenarkan datang ke malaysia dan diberikan visa sosial atau visa profesional?? tolong berikan jalan pada saya sis tq sis 😦

        Like

      2. Waalaikumsalam…
        Saya tau permit prodfesional dia sdh expired, jd suruhlah dia apply lg… masalah org yg bantu tu kmana2 tu toksahlah awak fikirkan lg.. apply lg yg baru..

        balik ke Pakistan sbb permit tmt kan? Bkn nak ambil surat akuan bujang & surat kebenaran menikah di luar negara…

        2 surt tu dptkan di kedutaan pakistan di Malaysia pon boleh…. atau pejabat urusan agama setempat di pakistan..

        Ada cooling period utk yg di deportation sahaja… kat spesial pass tu biasanya ada tulis dia ada cooling period atau tak..

        Like

      1. hah…. ini ni yang saya selalu cakap dengan wanita2 Malaysia… terlalu mudah jatuh cinta di halaman maya… sampai nak lari kawin pon ada sebab kluarga tak setuju….

        sekarang cinta, semua kita cakap, nasehat tak ambil pusing… bila dah kena, menyesal pon dah takde guna… lepas tu sibuk cari peguam penyelamat dr negara…. dan sibuk minta bantuan dari persatuan wanita segala macam kan??

        padahal sendiri yang salah… sudah dinasehat, sudah dilarang… tetap dia yang lebih bijak, dialah yang lebih pandai….

        by the way Uzair, terima kasihlah banyak2 dah kasi saya link tu…
        biar saya post kan disini, agar ada yang baca dan mengambil pelajaran dari kedegilan mereka.

        Like

    1. waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh….

      alhamdulillah, wa syukurillah… saya sehat begitupon keluarga….

      semoga semua yang didapatkan dari blog saya ini bermanfaat dan dapat membantu dengan sebaik-baiknya. aamiin

      Like

      1. assalamualaikum…
        sy dela ingin bertanyakan soalan..sy dan suami nikah di pattani…ats sbb kluarga tidak merestui…sehingga sekarang suami tidak mendaftarkan pernikahan kami di malaysia…sy kesal dan meminta diceraikan dan sy tlh pun diceraikan… apakah yg perlu sy buat utk menyelesaikannya…dan bagaimana pula jika sy ingin menikah lagi???

        Like

      2. Waalaikumsalam..

        Kalau pernikahan tdk didaftarkan di Malaysia, anggaplah Puan tdk pernah menikah (dara tapi janda) dan ikutlah prosedur pernikahan yg telah sy tulis. Menikahlah, tanpa menyebutkan hal2 yang sdh ditutupi Allah SWT.

        Semoga dipermudah urusan puan

        Like

  6. Assalamu’alaikum wrh wbrkth tuan.. sy nak bertanye mengenai perkahwinan,sebab sy rakyat singapura dan sy mahu bernikah dengan rakyat malaysia di singapura.. bakal isteri sy berumur 19tahun.. adekah wajib untuk sy dan bakal isteri sy ambil kursus perkahwinan dimalaysia? Sebab sy ingin uruskan surat2 kebenaran dan sebagainye dimalaysia tetapi sy dan tunang sy belum ke kursus perkahwinan,kami cadang untuk mengambil kursus selepas semua suray selesai di jabatan agama malaysia nanti.. bolehkah sy uruskan surat2 perkahwinan dimalaysia bagi pihak tunang sy tanpe kursus perkahwinan? Sy takut kalau sy ambil cuti dan masuk ke jb untuk uruskan tetapi tak boleh sebab takde sijil kursus perkahwinan.. terima kasih tuan..

    Like

    1. waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh

      – untuk kursus perkahwinan itu wajib bagi wanita dan laki2 warganegara malaysia sebelkum berkahwin.

      – kursus dulu, setelah kursus baru boleh beli borang nikah kat jabatan agama johor.

      – tidak boleh, pihak isteri saja yang boleh menguruskan semua prosedur pernikahan untuk perempuan tersebut sendiri. sampai surat kebenaran berkahwin di luar negara dikeluarkan.

      Like

  7. assalamulaikum cik..
    Sy telah berkahwin di Songkla pd Jun2011
    Usia perkahwinan sy hampir 3tahun lebih tetapi masih belum membuat pendaftaran di malaysia atas faktor masa dan kerja serta tidak mengetahui saluran yg sebetulnya.
    Sy mempunyai seorang anak yg lahir dimalaysia pd May2012 dan mempunyai sijil kelahiran yang sah drpd JPN..
    Soalan sy :
    1) Adakah anak sy boleh bersekolah jika sijil nikah masih lagi yg asal drpd Thailand atau sy perlu kemukakan sijil nikah Malaysia?
    2) Bagaimanakah prosedur yg betul untuk mendaftarkan perkahwinan diluar negara dan adakah denda akan semakin tinggi jika lambat lagi saya mendaftarkan perkahwinan ini?

    Like

    1. waalaikumsalam

      1) bersekolah boleh cik, janji ada sijil kelahiran
      2) prosedurnya :

      1) Pemohon hendak hadir ke Mahkamah Syariah untuk mendapat pengesahan pernikahan dan perintah daftar pernikahan.
      2) Setelah mendapat perintah daftar daripada Mahkamah Syariah, pemohon hendaklah hadir ke JAWI untuk proses pendaftaran nikah.
      3) Pemohon hendaklah hadir ke Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga JAWI dan mengisi Borang Permohonan Pendaftaran Pernikahan Luar Negara.
      4) Dokumen yang perlu dilampirkan:
      i.
      Kad Pengenalan atau pasport (bukan warganegara) suami isteri (asal dan salinan)
      ii.
      Perintah daftar pernikahan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah.
      iii.
      Salinan Surat Perakuan Nikah yang dikeluarkan negara berkenaan.
      iv.
      Surat Perakuan Cerai asal (jika duda atau janda)
      v.
      Maklumat daripada Pegawai Penguatkuasa (Borang 5) daripada Bahagian Penguatkuasaan

      5) Hadir bersama pasangan pada tarikh yang ditetapkan untuk proses soal selidik, bacaan ta’liq dan pendaftaran.

      Cara Permohonan Pendaftaran Nikah Luar Negara

      Langkah pertama:
      1. Kemukakan sijil nikah negara berkenaan
      2. Sijil Pengesahan nikah negara berkenaan
      3. Salinan Kad pengenalan pemohon dan pasangan
      4. Salinan Border Pass atau Internasional Pasport
      5. Surat Kedutaan Malaysia di negara yang dinikahi

      Langkah Kedua:
      Selepas Perbicaraan dan hukuman dijalankan
      – Surat permohonan pendataran nikah luar negara
      – Kemukakan salinan hukuman mahkamah
      – Kemukakan salinan resit denda
      – Salinan surat /sijil nikah negara berkenaan
      – Salinan sijil pengesahan nikah negara berkenaan
      – Salinan Border Pass / Internasional Pasport
      – Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
      – Salinan surat kedutaan Malaysia di negara dinikahi

      kalau masalah denda, RM1000/org tapi saya tidak tahu tentang denda keterlambatan.
      sebaiknya cik, segera ke Pejabat pendaftaran pernikahan, supaya semua nya clear segera

      Like

  8. asalamualaikum .. saya ingin bertanya .. saya lelaki (warga negara malaysia) dan pasangan saya warga indonesia..
    telah mendapat surat kebenaran berkahwin di luar negara.

    soalan saya setelah saya bernikah di negara pasangan saya (indonesia) dokumen apa yang harus saya bawa dari indonesia untuk urusan pertukaran sijil nikah di malaysia nanti. dan dokumen ape yang harus saya sertakan jika pasangan saya bersetuju ingin menetap di malaysia (mengikut suami) untuk urusan imigresen

    soalan ke 2 jika mendapat surat kebenaran berkahwin di luar negeri untuk bernikah di indonesia dokumen ape yang harus saya bawa kesana untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

    Like

  9. Assalamualaikum..saya ingin btanya kpd cik Natasia.insyallah klu ada jodoh..sy ingin bkhwin dgn lelaki dr Indonesia..dia adalah duda..dia mahu balik d indon dlm msa tdekat ni Utk uruskan Surat cerai dgn BKS isterinya..jd alang2 blhkan dia uruskan surat pngakuan bujang d pjbt agama sana..krn ahli kluarga pun tahu dia duda n stuju Utk ambil pngakuan bujang Utk mmudahkn urusan..LPs ambil pngakuan bujang perlubuat akuan sumpah pula ka dsini?
    Minta cik dpt mbalasnya scpat mgkin.trim a ksih.
    Jasa cik dpelukam.

    Like

    1. waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh

      kalau bercerai bererti dia duda bukan bujang cik.
      tak bolehlah, sebab nanti dia kena dapatkan surat pengantar dr RT/RW di kediaman (indonesia) kalau duda sama saja prosedur nya melainkan poligmi baru susah skit prosedur dia. takpe, ambik surat perakuan duda, sertakan nanti.

      surat sumpah buat apa? kalau dah dapat surat akuan duda tu , sruh bakal suami pergi kedutaan indonesia untuk buat pengesahan keaslian surat2 tersebut, cakap ngan bakal suami takpayah buat surat palsu, nanti tak pasal2 kena tangkap pulak. kan ke niaya jer nanti.

      Like

  10. Sya dah post 2 comment tpi masih belum dpt reply or jwpn but I only received the following:-
    Your comment is awaiting moderation.

    Like

    1. Maaf, mundar mandir ke Rumah sakit jadi soalan Cik tidak dapat saya jawab dengan cepat.
      Tapi Alhamdulillah sudah saya jawab semua. Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. semoga jawaban saya bisa membantu.

      Like

  11. Assalamualaikum

    Sya ingin bertnya..apa kah procedure atau pun apa yg perlu sya buat (bagi diri saya) kalau sya ingin bernikah utk kali ke2…sya sudah berpisah dgn bekas suami selama 15 tahun….awl tahun 2014 sya bertemu semula dgn kwn waktu sya sekolah and kami merancang ukt bernikah tetapi dia masih ada isteri (dia ingin berpoligami)…

    Kalau kami merancang utk bernikah dlm bln Feb 2015 haruskah pihak lelaki memohon utk berpoligami dari skrg? berapa lamakah process permohonan utk berpoligami akn selesai?

    Harap jawapan cik dpt membantu masaalah yg kami hadapi…

    Like

    1. Puan saya ada beberapa soalan:

      1) Jika saya ingin buat permohonan poligami (di johor), saya perlu ke pejabat agama dahulu atau terus buat permohonan di mahkamah
      2) Jika ada seorang saksi sahaja yang sanggup ikut ke pejabat agama bagaimana? bolehkah guna saksi kedua dengan menyertkan ic sahaja kerana saksi kedua tinggal berjauhan dan tak dapat nak ikut sama?
      3) Bolehkan saksi juga membuat pengesahan kepada tempat pemastautin saya (berbeza dari alamat ic walau dalam negeri yang sama) dan saksi itu juga adalah kumpulan A yg layak buat pengesahan)..?

      Like

  12. Assalamualaikum,
    1. Bolehkah lelaki yang bukan warganegara Malaysia dan pemegang pas pelajar (STUDENT PASS) memohon untuk bernikah dengan wanita warganegara Malaysia?
    Terima kasih.

    Like

    1. waalaikumsalam….

      di malaysia , hanya memberi kebenaran bernikah dengan warga asing yang memegang dokumen perjalanan spt berikut sahaja :

      1. pass lawatan sosial

      2. permit profesional

      3. malaysia 2nd home project holder

      Like

  13. Assalamualaikum

    Sya ingin bertnya..apa kah procedure atau pun apa yg perlu sya buat (bagi diri saya) kalau sya ingin bernikah utk kali ke2…sya sudah berpisah dgn bekas suami selama 15 tahun….awl tahun 2014 sya bertemu semula dgn kwn waktu sya sekolah and kami merancang ukt bernikah tetapi dia masih ada isteri (dia ingin berpoligami)…

    Kalau kami merancang utk bernikah dlm bln Feb 2015 haruskah pihak lelaki memohon utk berpoligami dari skrg? berapa lamakah process permohonan utk berpoligami akn selesai?

    Harap jawapan cik dpt membantu masaalah yg kami hadapi…

    Like

    1. Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh…

      Prosedur bagi cik adalah seperti berikut.

      Satu salinan Kad Pengenalan.
      Satu salinan Kad Pengenalan Wali yang sah.
      Satu salinan surat mati jika Wali Akrab telah meninggal dunia.
      Surat tandatangan Wali Jauh sekiranya Wali tidak tinggal di didalam kariah atau tidak dapat hadir dihadapan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ kariah.
      Surat Wakalah Wali sekiranya Wali tidak dapat hadir di dalam majlis akad nikah.
      Surat Perakuan Cerai YANG ASLI sekiranya bercerai.
      Sijil Kursus Pra Perkahwinan jika umur kurang dari 40 tahun.
      Surat pengesahan Bermastautin/tinggal. Sekiranya alamat tempat tinggal di tidak sama dengan alamat didalam kad pengenalan, kalau bukan didalam Wilayah Persekutuan, perlu pengesahan anak kariah daripada Penolong Pendaftar NCR dengan mengemukakan bil cukai pintu rumah tersebut.

      Iya, bakal suami puan harus memjalani prosedur untuk berpoligami dari sekarang. suami yang ingin berpoligami punya prosedur yang lain.

      Like

      1. Terima kasih atas jwpn cik natasia.

        Apa pula prosedur utk bakal suami yang ingin berpoligami. utk pengetahuan cik natasia both of us tinggal di negeri selangor.

        Like

  14. Assalamualaikum w.b.t.

    Untuk makluman, saya berumur 50 tahun dan masih bujang. Insya Allah saya akan bernikah pada awal tahun hadapan di Johor.

    Soalan: Adakah saya masih perlu menghadiri kursus kahwin sebelum boleh membuat permohonan bernikah, ataupun saya boleh memohon pengecualian?

    Like

    1. Wa’alaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh…

      Wanita yang berumur 40 tahun ke atas juga laki-laki yang berumur 45 tahun ke atas. dikecualikan dari mengikuti kursus perkahwinan

      Like

  15. Assalamualaikum…. saya nak kahwin kat indonesia dengan perempuan warga sana.. sekarang saya nak ikut kursus kahwin kat johor. . Saya nak tanya syarat apa je yang mesti dibawa calon isteri saya nanti bila sampai dimalaysia selain bawa buku kahwin dari indonesia.. thanks

    Like

    1. wa’alaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh

      Encik tuliskan bahawa Encik akan berkahwin di INDONESIA? benar begitu?
      Dokumen yang dibawa istri ke Malaysia itu untuk apa? untuk bila? apakah setelah menikah dengan tujuan untuk menetap dan mengikut suami? atau bagaimana?

      perjelaskan soalan Encik agar saya bisa bantu

      Like

      1. Assalamualaikum. . Ya saya nak kawin dekat indonesia. Lepas tu isteri saya bawa kat sini, saya nak daftarkan ke jabatan agama. Rancangan kahwin bulan February. Nantinya dia ikut saya duduk kat m.sia.. document apa yang mesti dia sediakan, buat daftar kahwin di m.sia.. makasih

        Like

  16. Salam Pn..saya pernah kahwin dan bercerai 10 tahun dulu namun sijil cerai saya di Sabah dan saya akan menikah di KL. Ikut prosedur saya kena balik ke Sabah untuk ambil sijil cerai.
    Soalannya ;
    1) Bolehkah saya menikah tanpa sijil cerai? Hanya hadir kursus kahwin?

    Like

    1. Maaf. TIDAK BOLEH.

      semua pernikahan harus dengan dokumen pegesahah, klo bujang ada surat perakuan bujang, kalau janda ada surat pengesahan perceraian atau sijil cerai. kalau ingin berpoligami juga punya surat persetujuan dari isteri pertama.

      begitu adanya prosedur pernikahan di Malaysia

      Like

  17. Assalamualaikum ,

    Saya ingin bertanya , apakah prosedur yg boleh digunakan , jika saya c lelaki berwarganegara malaysia ingin berkahwin dengan perempuan yg mempunyai sijil lahir sahaja , dan ibubapa nya hanya mempunyai passport sahaja . , dan apakah prosedur yg digunakan agar anak yg dilahirkan mendapat kewarganegaraan malaysia : )

    Harap harap harap sangat dapat membantu 😄

    Like

    1. wa’alaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh….

      prosedur lengkap saya tulis disini encik Julhamin. Encik boleh baca pelan2 tak syarat2 yang saya tuliskan.
      ikuti semua prosedur dan syarat2nya dengan baik. maka pernikahan juga akan berjalan baik2 saja.

      kalau masalah kewarganegaraan anak, sure ikut kewarganegaraan ayah dia secara automatik.

      Like

      1. Assalamualaikum , saya x berapa faham . JIka saya ingin berkahwin dengan dia , dia harus meminta kebenaran dari negara asal kan ??? Tapi masalahnya mereka sdh lama menetap di sini . Dan perempuan itu juga lahir di malaysia juga . Mereka tidak dapat balik ke negara asal .

        Harap dapat membantu .

        Like

      2. Assalamualaikum , saya pun x pasti apa kerakyatan nya , tapi dia mempunyai sijil lahir yg diperolehi daripada pendaftaran bergerak . Hehe

        Like

      3. waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh

        suruh dia buat pengesahan tentang sijil kelahiran beliau di jabtaan pendaftaran untuk mendapatkan kepastian tentang kerakyatan

        Like

  18. Assalamualaikum w.b.t

    Tq sbb bagi banyak info yg berguna dlm blog saudari. Saya bakal bernikah insya Allah pada 25/12 ini.
    Soalan saya:

    1)Borang pengesahan bujang jika sudah dapat drpd ketua kg, saya x perlu dptkan drpada office saya lg kan?
    2)Semasa serahkan borang kebenaran kawin (borang yg 1st) adakah saya dan pasangan pelu hadir dgn wali saya ?
    ckupkah saya dan wali shj yg hadir dan pasangan tidak perlu?

    Tq atas pencerahan.

    Like

    1. Wa’alaikumsalam warahmatullahiwabarakatuh

      1) ya tidak perlu lagi
      2) ckup anda dan wali sahaja. anda sendiri pun takapa, tapiklo ayah anda nak ikut sama sebab merasa bertanggung jawab,itu lebih baik.

      sama-sama

      Like

  19. Assalamualaikum.

    Puan, saya ingin bertanya berhubung poligami. Saya dah baca pautan yang diberikan oleh Puan namun ada beberapa perkara untuk saya tanya. Isteri pertama memberi persetujuan untuk berkahwin kedua. Bakal Isteri kedua bersetuju utk menjadi isteri kedua. Saya menetap di Johor adakah prosedur poligami dinyatakan sama?. Ok soalan lain saya, setelah saya ikuti semua prosedur utk poligami, adakah semasa nak nikah nanti, imam,saksi,wali perempuan akan tahu (aware) bahawa saya kahwin buat kali kedua? Ini kerana, perkahwinan kedua ini di rahsiakan kepada keluarga terlebih dahulu (atas permintaan isteri kedua dan faktor peribadi). Adakah semasa saya bernikah dengan isteri kedua, pihak keluarga akan dapat makluman walaupun tanpa kami (saya dan isteri kedua) maklumkan pada mereka?

    Like

    1. Wa’alaikumsalam..

      – Insy-a-Allah prosedurnya sama Se-Malaysia Cik..

      – Tentang DIKETAHUI OLEH orang2 yang cik tuliskan diatas.

      Jawaban saya, ya pasti tau. Karena mereka terbabit dlm pernikahan ini.. Jurunikah, saksi juga wali…

      Like

      1. Jika ibu/ahli keluarga belah perempuan pula pasti akan tahu ka? adakah semasa akad nikah dan proses tersebut, mereka (kadi dll) akan memaklumkan bahawa ini pernikahan kali kedua? Permintaan bakal isteri kedua utk tidak memaklumkan kepada keluarga mereka (atas sebab peribadi yang tidak dapat dielakkan)…jadi bagaimana caranya? saya ada terbaca sebuah blog peguam syarie menyatakan ada 6 kaedah poligami, 2 diketahui dan 4 lagi tidak diketahui (saya tak pasti maklumat tersebut betul atau tidak), sekadar bertanya jika puan tahu. Jazakillah.

        Like

      2. kalau ingin merahsiakan dari pengetahuan orangtua dan keluarga pihak perempuan satu caranya adalah,

        pengantin perempuan sendiri yang datang bertemu jurunikah saat ingin menyerahkan dokumen utk jurunikah. dan nyatakanlah kepada pihak jurunikah akan hajat cik tersebut.

        mudah2an dipermudahkan jalannya. Aamiin…

        Like

  20. Salam.. sis.. sy nk tny.. bln 3 ni sy mrncg untuk b’khwn dgn tung sy.. dn mslh skrg ni.. wali sy xde.. sy xthu ayh sy ade dkt mne.. dn mmg xpnh jpe die lgsg dh 15thn.. dn sy xpnh knl sdare mare sblh ayh atuk mahupun nnek… tp sy ade adk seibu sebapa.. b’usia 15 thn.. blh ke die mnjd wali sy?

    Like

    1. W/salam

      Jawaban saya TIDAK BOLEH ! Dia tidak boleh menjadi wali Anda seandainya Aah Anda masih HIDUP.

      Caranya, Pergi ke pejabat agama, waktu submit form, kasi tau semua kepada pihak jabatan agama. Nanti mereka akan minta cik utk mengiklankan tentang PENCARIAN WALI dlm mewspaper slama sekian waktu.. setelah itu, kalau tiada kbr berita selama waktu yg diberikan… Cik akan menikah dengan BERWALIKAN HAKIM kerana WALI GHAIB

      Like

  21. Assalammualaikum…
    Saye perlukan sikit pertolongan…saya merancang untuk melangsungkan pernikahan pada hujung tahun ni..tapi bakal suami telah bertunang dgn pilihan keluarga..setelah berbincang keluarga mengizinkan dengan syarat dia mesti teruskan perkahwinan dgn pilihan mereka…sekiranya kami dah bernikah..dan bakal suami akan menikah kali ke dua dgn pilihan keluarga..adakah status dia sebagai sudah berkahwin akan diketahui oleh isteri kedua nanti?? Macam mana prosedur untuk mengelakkan isteri kedua tahu y suami sudah berkahwin??…terima kasih

    Like

    1. Wa’alaikumsalam warahmatullahi wabrakatuh…

      macamana saya nak jawab masalah ini terlalu peribadi bagi saya.

      saya sebenarnya masih ingat kata-kata ibu saya :
      “seorang laki-laki yang sudah bersuami, meninggalkan istrinya untuk kamu, suatu saat dia meninggalkan kamu untuk wanita lain.”

      maaf, saya tidak anti poligami, saya setuju dengan poligami. tetapi, tidak begini caranya cik.
      apakah cik tidak merasa melukakan perasaan juga hati wanita lain…?
      bukankah kita sama2 wanita?

      sebaiknya, seeloknya…. bawalah berbincang.
      tidak ada satupun masalah yang tidak bisa teratasi.
      poligami memang mudah diperkatakan, mudah disebut, tetapi cukup sukar dan sangat sulit menjalaninya bagi mereka yang menolaknya.

      sebaiknya, cim bincangkanlah hal ini sebelum mengambil keputusan yang penting buat hidup cik.

      Like

  22. Assalamualaikum, saya ingin bertanya. Secara jujurnya saya adalah salah seorang HIV positif. Saya sedang merancang untuk berumahtangga bersama pilihan pasangan hidup warganegara Indonesia. Kami juga merancang supaya pihak perempuan akan menetap di Malaysia dan bekerja di Malaysia.
    1. Apakah keluarga bagi pihak keluarga pengantin itu perlu mengetahui tentang status HIV saya?
    2. Sekiranya perkahwinan ini telah selamat dilaksanakan, boleh kah bakal isteri saya bekerja di Malaysia setelah berkahwin?
    mohon pencerahan dari pihak tuan/puan.. terima kasih

    Like

  23. Assalammualaikum sis..
    Sy ingin bertanya..klu sy ingin berkahwin di negara bangladesh..apa perlu sy bawa..
    Bakal suami sy tiada document apa2..
    Sy cube pergi ke pejabat agama utk uruskn…tp agak rumit sbb bakal suami sy tiada apa2 n sy tiada ibubapa sudah meninggal dunia dan yg perlu wali kn sy adalah abg sy tetapi dia tidak mahu walikn sy…dr situ agak rumit..jadi sy mengambil keputusan untuk menikah dinegara bangladesh.

    Like

    1. Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh…

      macamana cik nak berkahwin di negara Bangladesh kalau bakal suami cik tak ada sebarang dokumen?
      sebelum berkahwin disana cik tetap kena ikut prosedur perkahwinan di Malaysia…
      kena dapatkan surat izin berkahwin di luar negara dari pejabat agama di malaysia…
      kena kursus, kena buat HIV test, kena buat pengesahan passport pasangan…
      macamana negara nak kluarkan surat izin berkahwin, sedangkan cik tak dapat mengemukakan identitas bakal suami cik dengan benar…?

      nak menikah, pejabat agama/pihak agama kena tau siapa pasangan cik, asal dari mana?, betul tak dia ni bujang, betul tak dia ni orang Bangladesh, betul tak dia ni laki2.

      cik nak menikah pun, kena tau siapa pasangan cik yang sebenar. jangan main sauk je cik. kita kan perempuan, ada maruah dan tata susila kita sebagai seorang perempuan.

      macamana pulak cik nak menikah kalau abang cik sebagai wali tak setuju? tidak sah pernikahan cik tanpa izin wali.

      Like

  24. Assalamualaikum
    Saya nak bertnya…
    Saya drpd ngri Sabah
    Saya akan nikah dgn lelaki dr ngri Selangor
    December ni Kami nikah kat Sabah
    Dia sorg duda
    Bole beri step by step proces uruskn borang2 nak nikah?
    Saya masih d kl skarang.. Hanya akn blik ke Sabah bulan Dec.
    Terima kasih

    Like

    1. Sambungan soalan saya

      * sy terbaca utk bahagian perempuan kna minta pgshan/ Surat bukti kan Kita bjang drpd penghulu kan.. Masa lah penghulu kampung agama Kristian, lagi pula saya masih di kl dan majikan tmpt saya Kerja (bru mula kerja-part time) majikan saya pula cina. Macam mana sy me minta Surat pngsahan buang?

      Terima kasih banyak sudi menjawab soalan saya 🙂

      Like

      1. Setiausaha Penghulu? Apakah bneragama Kristiani juga?

        Klo majikan Cina, suruh majikan sign, tapi minta salah satu staff di HR yg muslim utk tdtangan di surat perakuan tersebut di sebelah kanannya.

        Like

  25. Salam..sy nk tanya sis,,sy ingin melangsungkn perkahwinan dengan seorang perempuan di sabah…dan saya pula di kuala lumpur…borang ape,, dan dokumen ape yg perlu sy urus atau sediakan bagi diri sy..,, dan pada masa yang sama sy inginkan segala urusan selesai dengan cepat krn beberapa minggu atau 1 bulan lgi sy ingin melangsungkan pernikahan d sabah…mohon pencerahan saudari..sy sedia maklum di atas..tetapi sy masih lagi keliru…terima kasih ya saudari

    Like

      1. Salam cik sy sudah menikah dgn warga negara indonesia ..sy menikah di malaySia andai kata sy pergi indonesia perlu kah sy ulang pernikahan di sana tq

        Like

  26. Assalamualaikum,
    sy ingin bertanya, sy bekerja di sabah dh setahun lbh. sy berasal dr pulau pinang. insyaALLAH sy akn menikah pada awl bln 12. sy risau sy xsempat utk hantar borng nikah memandangkan bakal pengantin yang perlu hantr sndri borng tersebut. bolehkah sy memohon kebenaran kawin di sabah sedangkn sy akan bernikah di pulau pinang?

    Like

    1. Wa’alaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh…

      Dalam borang ada column untuk cik isi / tulis tempat akad nikah, asal cik dan sbg nya.

      Just apply kat Sabah coz cik kerja kat sana, then, submit macam biasa, nanti mereka akan interview. Takde masalah.

      Kalau encik nak cepat lagi, layari laman web Jabatan Agama Penang, disitu ada permohonan pernikahan via online.

      Tak ada yang tak sempat.

      Like

  27. assalamualaikum, saya sudah bernikah di songkhla,thailand tetapi sekarang saya msih belum mendaftarkan nikah di malaysia, boleh ke kalau saya bernikah sekali lagi di malaysia??

    Like

    1. Wa’alaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh…

      Saya ada pertanyaan sebelum menjawab pertanyaan cik itu..

      1. Apakah saat cik menikah di Songkhla tersebut dengan izin dari Pejabat Agama Malaysia?

      2. Apakah pernikahan yang Cik jalani tempohari, memenuhi syarat dan hukum nikah menurut Islam?

      Like

  28. Assalamualaikum.umo sye 19 Dan pasangan saya umo 39 mempunyai isteri Dan 4 org anak. Kami telah bercinta Dan in gin menghalalkan hubungan kami. Namun,isteri pertamanya tidak mengizinkan. Bagaimana ye? Saya tidal mahu ikut cara keluarga saya iaitu nikah di Thailand. Jiwa saya jiwa poligami namun itupun tidak dipersetujui oleh isteri pertamanya. Jadi APA saya harus buat?

    Like

    1. Wa’alaikumsalam warahmatullah wabarakatuh…

      Poligami itu halal… kalaupun istri pasangan Cik itu setuju skalipun, apakah pasangan Cik itu mampu…

      Jadi, kena fikirkan masalah kemampuan pasangan Anda tersebut… POLIGAMI memang senang disebut sukar saat berada di dalamnya.. tidak semua wanita mengerti akan hikmah POLIGAMI juga mengerti akan HUKUM ALLAH…

      Sebenarnya suami yg mau menikah lagi, bukanlah dengan izin istri tapi punya nyali tidak? Dan apakah yakin bisa menjalankan tggjwbnya nanti dgn baik..

      Fikirkan sebaik2nya… sebelum saya memberikan penjelasan lanjut…

      Like

    2. Assalammualaikum…
      Saye perlukan sikit pertolongan…saya merancang untuk melangsungkan pernikahan pada hujung tahun ni..tapi bakal suami telah bertunang dgn pilihan keluarga..setelah berbincang keluarga mengizinkan dengan syarat dia mesti teruskan perkahwinan dgn pilihan mereka…sekiranya kami dah bernikah..dan bakal suami akan menikah kali ke dua dgn pilihan keluarga..adakah status dia sebagai sudah berkahwin akan diketahui oleh isteri kedua nanti?? Macam mana prosedur untuk mengelakkan isteri kedua tahu y suami sudah berkahwin??…terima kasih

      Liked by 1 person

  29. Assalamualaikum sis..
    Sini sya nak tnya..
    Saya sudah bertunang dan ingin berkhawin dgan tunang sya..
    Keluarga sya dan kluarga lelaki iaitu tunang saya juga telah bersetuju..
    Namun masalah skrang ni..tunang saya itu tdk mmiliki dokumen..
    Lagipun dia di besarkan oleh nenek dia dan mama dan ayah dia tlah meninggal dunia..dan atas disebabkan masalah itu mnimpa..dia pula tidak diuruskan surat klahiran.sekarang ini apa yang harus kami lakukan ? Saya harap sis dapat memberi cadangan..dan sya juga percaya mungkin ini adalah dugaan bagi kami.

    Like

    1. waalaikumsalam…

      pohon surat kelahiran dr jabatan pendaftaran dengan laporan yg sama.

      insyAllah pihak pejabat pendaftaran sure akan bantu

      Like

  30. Assalamualaikum
    Semoga allah merahmati kita semua
    Sy nak bertanya soalan ini mengenai mak saya. Masa saya umur 12tahun sy dengar mak dan ayah sy bergaduh dan ayah sebut cerai pada mak, lepas dri tu mak gan ayah xtinggal bersama lagi . dan skrg umur saya 21tahun , mak saya masih belum buat surat cerai, tak pernah pergi untuk selesaikan masalah cerai mereka
    Dan skrg mak saya dah jumpa seorang lelaki dan nak bernikah dengan lelaki itu, soalan saya. Mcm mna mak sy nak uruskan proses penceraian dengan ayah sy? Ayah saya kena ikut ke? Berapa lama urusan ni? sbb benda ni dah lama. Saya harap puan/cik dapat bantu saya dengan jawab soalan ni.. terima kasih

    Like

    1. Waalaikumsalam….

      Aamiin… Allahumma Aamiin… Tsumma Aamiin…

      Bererti semenjak cik berumur 12 thn, ayh cik tak pernah lg dtg dan tinggal bersama?

      klo begitu, ibu cik sdh jatuh talak dan dia jg sdh habis iddahnya klo menurut hukum talaq juga hukum taqlik…

      temankan mak ke pejabat agama, buat laporan tentang bab ini disana. insyAllah, tidak akan ada masalah apa2. mohon saja declaration perceraian disahkan disana.

      ayah awak tak hadir pun takpe, sebab dah bertahun2 dia tinggalkan ibu awak tanpa nafkah zahir dan bathin….

      pergi bawa mak ke pejabat agama dengan segera.

      Like

      1. Assalamualaikum sis
        Terima kasih sis… ye ayah sy tak pernah lg duduk bersama dgn mak lepas dia lafaz cerai.. sy nak ambil cuti berberapa hari untuk bawa mak pergi selesaikan kes ni.. sis document apa yg mak sy perlu bawa? Dan kalau di perak perlu pergi makhamah hakim syariah ke?? Boleh terangkan sy ambil masa berapa hari untuk selesaikan kes ni? sbb saya kena mohon cuti dari majikan, terima kasih sis

        Like

      2. Sama2…

        Dokumen yg kena bawak… IC mak, surat nikah asli, surat beranak awak (klo nanti diminta)

        Klo masa berapa hari tu, saya tak dpt nak pastikan laila.

        Like

      3. Assalamualaikum sis.. terima kasih
        Semoga kita semua dipermudahkan oleh allah segala urusan dunia dan akhirat
        Amin

        Like

      4. Wa’alaikumsalam warahmatullah wabarakatuh…

        Aamiin… Allahumma Aamiin… Tsumma Aamiin…

        Like

  31. Assalamulaikum sye nak tnya . Kalau surat perakuan nikah ibu bapa kite takde boley ke kite gntikan dgn surat cerai ibu bapa ? Bakal isteri sye ni org selangor . Skg ni sye pening dkt situ . Sb surat perakuan nikah ibu bapa dia dh hilang . Yg ade suray cerai je . Adakah surat cerai tu boley pakai . Atau kena cari jugak surat perakuan nikah ibu bapa.dia .

    Like

    1. Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh….

      surat perakuan nikah/[erakuan cerai…. dua ini yg memberikan nanti pengesahan untuk anak perempuan pertama menikah….

      surat nikah/sijil nikah dah diambil pihak pejabat agama klo bercerai,dan di ganti dengan SURAT PERAKUAN CERAI/SIJIL CERAI

      Like

  32. assalamualaikum…
    saya ingin bertanya bolehkah sekiranya akad nikah di jalankan di pejabat majlis agama/pejabat kadi sahaja.
    saya mempunyai masalah yg sukar untuk diceritakan.jika boleh sudikah cik menberitahu prosedurnya.

    Like

  33. Assalamulaikum..sy nk bertanya borang wali tu perlu ditandantgan di hadapan jurunikah wktu sy mengurus hal2 berkaitan borang ni atau wali sign wktu akad nikah sy nnt..sy akan kahwin awal bulan 12 dn wali sy jauh duduk di sabah..tetapi dia yg akan menikahkan sy nnt adkah sy perlu pos surat wali tu ataupn akan ada 1 surat drpd pejabat agama sabah utk pengesahan wali jauh…?proses lepas slesai semua hal nii agak2 ambik msa lama x…

    Like

    1. Waalaikumsalam…

      Borang wali tu kena isi sblm submit borang permohonan nikah. Nanti wktu nikah , wali sign di sijil nikh. Takde borang2 lg..

      Klo wali jauh, pos jer borang tu. Mintak ayh tdtgn. Pastu pos balik kat awak. Klo nk cepat pakai pos laju

      Like

  34. As salam,
    Sy nak tanya yea,apa soklan yg ditanya kpd pihak perempuan semasa nak apply borang pernikahan tu yea?Sbb sy baca ada interview.
    Saksi perlu saudara or tiada ikatan persaudaraan?

    Like

    1. (Maaf, cik gunakan salam yg terbaik ya, jgn di singkat menjadi as salam ato salam.. berikan sependeknya… assalamu’alaikum, itu lbh baik)

      1. Pertanyaan biasanya berkisar hal ehwal agama.. solat & rukun2 di dlmnya

      2. Sebaiknya yg tdk punya ikatan darah

      Like

  35. Saya ada pengalaman buat urusan menikah dengan warga pakistan Dan masih belum menikah hingga kini.saya ibarat bola yg dilempar sana sini kerana karenah birokrasi penjawat awam.tnye pjbt agama negeri mcmmana prosedur nk kawin dgn wrga asing disuruh pergi kursus kawin dulu.x diterangkn btl2 apa document yg prlu psangan bawa dari negara dia.bila dh kursus tnye lg prosedur cmner.ustzah kluarkn surat suh pergi kedutaan n imigresen.mntk pngesahan.pergi imigresen da Isi borang semua dia ckp lps 3hari bru siap(mksudnye da buang masa utk tempoh pas lawatan sosial)esoknya dari jb pergi kl.nk mntk surt dari kedutaan.dia ckp nk tgk surat dari imigresen baru dia bley kuarkn surat.bila merayu ckp surat tu 3hr baru siap pihak kedutaan heran.katanya surat tu elm 1hr je da bley dpt.rse dpermainkn then call imeigresen tu gadoh dgn dia.tergagap2 dia jwb then nak cover malu dia cakap call lg tgh hari mungkin da siap.pkul 2 kol lg tnye dia ckp da siap.cpt je plak kn??da dpt smua pergi plak pjbt agama Darren.tetiba cakap Surat bujang pasangan dah tak boleh pakai yang mcmtu sdangkan pihak kedutaan da bagi cop pengesahan lagi kat surat bujang tu.part paling annoying ustazah tu suggest nikah kat Thailand je senang n dia boley Tolong dgn bayaran rm3500 tak termasuk denda..siap cakap boley tlg kuarkan Surat utk bagi kat imigresen utk dptkn tempoh lanjutan..

    Like

    1. Innalillah…

      Kasi saya nama ustadzah tu cik… biar saya tolong kat pejabat agama…

      Semua prosedur :
      1. Kursus perkahwinan
      2. Beli borang
      3. Ujian HIV
      4. Ambil borang utk pengesahan passport kat bagian udg2 pernikahan di mahkamah syariah.. klo skrg biasa disertakan di dlm borang nikah skali. Dah ada.
      5. Buat Pengesahan PASSPORT pasangan WNA kat imigresen
      6. Ambil surat pengesahan bujang & surat izin menikah di malaysia dr kedutaan pasangan
      6. Ambil surat perakuan bujang anda.
      7. Isi smua borang dengan baik.
      8. Submit borang di kaunter pej agama.
      9. Tggu dan dapatkan surat kebenaran menikah

      (Semua prosedur ini cm perlu waktu 9hr)

      Tolong berikan saya nama pegawai/ustadzah yg cik maksudkan di email saya… natasiamaiza@gmail.com

      Like

    2. Mana ada sampai 3 hari buat surat pengesahan dari megresen. Saya pernah buat. Datang jam 9.00 am. Siap 2.00. Kalau betul tak siap penjawat awam tu yang makan gaji buta. Cuma ada kekeliruan sikit masa mohon surat kebenaran bernikah dari Embassy time tu. Pejabat agama nak. emegresen pun nak. Saya cakap mana yang betul. Dalam prosedur masa tu (check list) tak minta pun. Imegresen jer yang nak. Kadang ustazah dengan ustaz kat pejabat agama ni pun…tak tau la apa dibueknyer. Last-last dia minta fotostat jer. Alhamdulillah…

      Like

      1. Salam..saya nak bertanya sedikit,saya telah bernikah di narathiwat..tetapi telah bercerai di. Songkla,saya ingin berkahwin lain di malaysia,adakah saya boleh. Menggunakan surat cerai tersebut.adakah boleh saya bernikah kembalin

        Like

      2. Bgmn sy nak jwb salam awak… boleh tak klo tuliskan salam yg penuh… atau pendek… assalamualaikum 🙂 sbb itu baru ada arti yg baik…

        apakah awak warganegara malaysia?

        Like

      3. Assallammuailaikum,

        Saya org malaysia,.adakah ia mnjadi stu masalah jika saya mgnunakan. Surat cerai terrbabitt untk brkahwiin semula,kerana. Saya ingin berkahwin pada tahun hadapan..harap. Sis blh bg bimbingan..

        Like

      4. Wa’alaikumsalam warahmatullah wabarakatuh

        Maksudnya bagaimana? Saya tidak mengerti… apakah maksudnya Cik mau menikah tapi status sekarang adalah janda atau bagaimana…?

        Like

  36. assalamu’alaikum,

    saya sudah lama berkhawin tapi masih belum membuat kad nikah..saya bernikah di perak dan kini menetap di pahang..boleh tak sekiranya saya membuat kad nikah tersebut di pahang?

    Like

  37. Assalamualaikum …
    Sya , skrang dah mngandung luar nikah ..
    skrang kluarga sya nak , sya khawin dengan segera …. dlam bulan ni jugak …
    Soalan yg sya nk kemukkan ialah … apakah sya boleh pergi ke krusus perkhawinan ??
    Sekian terima kasih …

    Like

  38. assalamualaikum.saya ingin bertanya.sekiranya perempuan berumur 22tahun ingin berkahwin dengan lelaki berusia 17 tahun bagaimanakah prosedurnya?bagaimana pula sekiranya permpuan itu sudah 2 bulan mengandungkan anak kepada lelaki berusia 17 tahun tadi,jadi bagaimanakah prosedur pernikahan mereka??kerana lelaki tersebut baru berusia 17 tahun.

    Like

    1. Innalillahi wainna ilaihi rojiun… pergilah ke pejabat agama berdekatan dan jalani semua prosedur dgn baik…

      Like

  39. Assakammualaikum…kami akan bernikah pada bln 3 tahun depan,in syaa allah…kiteorg dah bole mula ke utk semua prosuder nie?
    Bakal suami saya orang perak n saya org negeri sembilan…adakah still same dengan prosedur yang telah disenaraikan atau ade laen yang patot kami tambah???

    Like

  40. Salam..
    Nak tumpang tanya..

    Ada sahabat sy ni sudah berkahwin. Tapi dia dah terlanjur dengan sorang perempuan ni nak masuk 2bulan kandungan perempuan tu. Dia ingin berkahwin di luar negara. Boleh ke diterima pakai sijil kahwin luar negara untuk urusan di hospital dlm M’sia sementara sebelum declare kt pejabat agama M’sia??

    Like

    1. berkahwin diluar negara tanpa KEBENARAN MENIKAH DARI MALAYSIA, teman anda itu bukan saja akan kena denda, bukankah tuk mengistiharkan anak sebagai warganegara malaysia juga perlukan sijil nikah yang sah dari kedua negara?

      fikirkan, seandainya sijil menikah dari luar negara tersebut tidak diakui sah oleh Mlaysia apa akn terjadi dengan anak?

      Like

  41. salam , saya nak tanya. teman wanita saya beragama kristian. saya nak berkahwin dgn dia tp hantaran yg di kenakan oleh keluarga dia terlalu mahal. lgpun sya cuma bkerja sbg seorang despatch. kami bercadang utk berkahwin di pejabat agama tnpa pngetahuan kedua keluarga kami. boleh atau tidak? jimat byk kos. jika boleh, apa perkara selanjut ny yg kami kena buat. kami ingin halalkan hubungan kami scpat yg mungkin.. terima kasih

    Like

    1. w/salam….

      Encik, pernikahan dengan seorang wanita beragama kristiani…

      Wanita tersebut garus memeluk agama islam terlebih dahulu. karena Malaysia tidak mengizinkan pernikahan beza agama.

      sebaik-baiknya, pernikahan haruslah dengan izin orang tua. Wanita mualaf, tdk boleh berwalikan ayahnya yang bukan beragama Islam, tetapi…. seandainya keluarga sudah bersetuju, kenapa tidak dibawa berbincang secara baik-baik terlebih dahulu…

      berterus-terang lah dengan keluarga perempuan juga bermusyawarahlah dengan cara yang baik-baik terlebih dahulu….

      Like

  42. Assalam…sy seorg pelajar..warganegara malaysia, sy bercadang utk bernikah dgn warnegara yemen.bakal suami sy juga seorg pelajar di malaysia tp disebabkan masalah family dia terpaksa tangguhkan pengajian dia dan tempoh visa nya akan tamat pada hujung bulan oktober ni.boleh ke dalam masa sebulan ni,kami bernikah..agak2 dalam sebulan ni cukup ke untuk semua prosedur..? N perlu ke dia balik ke negara dia.mohon pencerahan…terima kasih…;)

    Like

    1. w/salam

      maaf, pernikahan juga ada prosesnya, ada prosedu yang harus cik dan pasangan jalanin. bukan besok rencana menikah, hari ni buat semua prosedur dan bisa selesai, tidak mungkin kan?

      prosedur pernikahan itu sekurang2nya 3 mggu.
      dan tarikh menikah dan imigresen cop yang terdapat dlm passport haruslah tidak kurng dr 20 hari

      Like

  43. salam sis sy nak bertanye di sini saya ade masalah bakal tunang sy warga pakistan sekarang dia menetap di malaysia dan kami sudah bertunang dan akan melangsungkan perkahwinan masalahnye pas lawatan tunang saya sudah tamat tempoh macam mane sy nak uruskan hal kawan saya dengan masalah dia yang sudah tamat tempoh pas lawatan pening sy memikirkan nye….adakah boleh kalau sy ikot dia berkahwin di pakistan family sy sudah restu hubungan saya tapi cuma masalah ini sahaja ..boleh sis tolong saya ..

    Like

    1. w/salam…

      klo pon cik nak melansungkan pernikahan di pakistan, tetap cik kena ikut prosedurnya…

      selagi tidak ada surat izin berkahwin di luar negara, cik tidak boleh melansungkan pernikahan dengan pasangan cik.
      kalau cik nekad dan tidak mau mengikuti prosedur yang ditetapkan oleh negara, pastikan cik sanggup tuk membayar denda menikah tanpa izin juga menanggung semua kosekuensi seandainya berlaku perkara yang tidak diingini di negara pasangan anda nanti

      berhati-jhatilah dengan segala kemungkinan.

      Like

      1. so ape perlu sy buat sis tolong bagi cadangan bagi memudahkan proses perkhawinan saya berjalan dengan baik ape langkah yang perlu saya ambil..??

        Like

      2. Klo oversta cm beberapa hari, bayar overstay tersebut & better suruh pasangan Anda pulang ke Pakistan terlebih dahulu.

        Klo overstay terlalu lama, bkn saja nanti denda / hr nya mahal… bahkan nanti cooling periodnya jg panjang..

        Suruh dia pulang ke Pakistan, siapkan smua keperluan menikah… Surat izin menikah di luar negara dr negara beliau itu memudahkan kemasukan beliau ke Malaysia…

        Like

    2. Assalamualaikum harap kak reply chat sayaa saya dan bakal suami dah summit borang apa semuaa dah dapat kebenaran kahwin tapi sebab bakal suami daftar lewat surat beranakk dan nak nikah jadi payah kena tunggu surat beranak dia bolehkah saya bernikah ngan dgn dia tanpa kad pengenalan sebab surat beranak dah dapat dia warganegara malaysia dan dia pulak kena daftar lewat untuk kad pengenalan dia sayaa pening keluarga semua duk push kahwin lagi ii saya ada anak…

      Like

      1. Waalaikumsalam warahmatullah wabarakatuh

        tak bolehlah dik, kena tunggu kad pengenalan siap, kalau kad pengenalan sementara tak apa, ni masalahnya kalau belum ada pengenalan diri macamana nak menikah. kena ada pengenalan diri tu penting.ru buru ni tak elok lah dik

        cakaplah dengan family, tunggu kad pengenalan siaplah, terbu

        Like

  44. assalam, ade persoalan sikit. lelaki orang selangor, perempuan orang perak tetapi berkerja diselangor. ingin bernikah dikampung halaman perempuan di perak. mcm mana langkah2nya .

    Like

    1. w/salam

      prosedurmya sama saja …

      – kursus pra perkahwinan
      – beli borang 2A, si dan lengkapkan semua termasuk surat pengesahan bujang
      – buat ujian saringan HIV
      – semua dokumen fotokopi
      – hantar ke Pejabat Agama Dearah utk dapatkan SURAT KEBENARAN MENIKAH LUAR SELANGOR
      (Borang 3B)
      – Serah surat kebenaran menikah kat pihak perempuan

      (pihak perempuan boleh beli borang permohonan nikah kat Selangor (borang 2C)

      – kursus pra perkahwinan
      – beli borang 2C, si dan lengkapkan semua termasuk surat pengesahan bujang
      – buat ujian saringan HIV
      – semua dokumen fotokopi
      – hantar ke Pejabat Agama Dearah (tempat tinggal isteri) utk dapatkan SURAT KEBENARAN MENIKAH dalam daerah
      – Serah surat kebenaran menikah kat pihak Imam yang akn menikahkan

      Like

  45. Salam puan, saya nk tnya… sy bakal berkahwin pada bulan disember…tpi blom menguruskan hal pernikahan di pejabat agama… soalan sy… bolehkah sy mmbuat hiv test di tempat sy bekerja skrg tanpa borang hiv test dr pejabat agama kerana sy skrg berada di sarawak… soalan ke2… boleykah wali sy yang menghntr borang permohanan sykepada pejabat agama setelah pihak lelaki siap menguruskannya tanpa adanya saya di sana… hal ini kerana sy tidak dapat pulang ke kg kerana jarak dan kos yang tinggi…mohon bantuan puan…trima kasih…

    Liked by 1 person

    1. w/salam…

      maaf cik, tak boleh, sebab test HIV harus dibuat di KLINIK YANG DISEBUT didalam borang test HIV yang terlampir dlm borang permohonan nikah sahaja.

      tidak boleh cik, sebab ada interview waktu permohonan dihantar, sebaik-baiknya cik datang sendiri dengan ditemani wali.

      cik boleh urus permohonan itu dr pejabat agama tempat cik bekerja.

      dan sekarang permohonan tersebut boleh dibuat secara online, setelah lulus, cik harus pulang tuk menghantar semua dokumen resminya.

      Like

  46. Salam,
    Sy ingin btya.Saya warganegara mlsyia dan ingim bkahwi dgn warga bangladesh.Masalh sya skrg bakal suami sy tidak mpunyai document yg sah.Ini krana dia prnh mbt 6P daN ujian fomema tak lepas dsbbkan mpyai hepatitis b(pyakit hati).skrg dia ada di malaysia n compny kami ingin mhantar dia pulang ke bangla dlm msa tdekat dsbabkan overstay lebih drpd 2thun.
    selepas dia pulang kebangla boleh ke dia mmasuki malaysia semula sbagai tourist dan bkawin dgn sya?
    Adakah namanya tdk blacklist dsbbkan sudah mbuat thumb print?
    Selepas kami kahwin,adakah dia perlu pulang lagi? Berapa kali?
    Adakah dia blh memohon visa dan dicop selama 5tahun sekali@ sebagainya?

    Minta penjelasan.terima kasih

    Like

    1. w/salam

      klo masalah kemasukan semula dengan riwayat penyakit saya tidak dapat memberikan jawaban pasti cik

      sudah pasti blacklist sebab overstay 2 tahun dan ada cooling perion 3-6 tahun

      selepas menikah? saya tidak dapat memberikan jawaban pasti tentang itu, coz kembalinya pun saya tidak pasti ada izin dari Malaysia atau tidak nantinya sebab riwayat penyakit itu

      Uruskan dulu keplangan beliau dan lihat nanti kalau dia mendapat izin atau pun tidak

      Like

      1. miss,dia hari tu x boleh nak renew pasport pasal masalah kshatan je.. tapi kalau skrg dia balik bangla pkai travel pass n masuk semula sbgai tourist blh ke miss? x de jalan pyelesaian lain ke?

        Like

  47. Salam, saya lisa Abdullah saya seorang janda sudah bercerai dalam bulan january 2014, sekarang saya nak menikah lagi dalam bulam oktober 2014, sijil cerai saya sudah saya perolehi dari jabatan agama negeri sabah. pada bulan september 2014 masalahnya bekas suami saya ada memohon rujuk daripada mahkamah pada bulan april tanpa saya ketahui dan surat penghakiman perintah mahkamah yang menyatakan rujuk bekas suami saya itu sah di keluarkan bertarikh 10.5.2014, dan bekas suami saya menyerahkan perintah mahkamah ini pada saya hanya dalam bulan ogos 2014, saya terpaksa memohon lanjutkan rayuan di mahkamah saya tidak pernah dilafaz rujuk seperti yang di dakwa oleh bekas suami saya. dan proses mahkamah sekarang sedang berjalan.. masalahnya bagaimana dengan status saya..kerana saya berancang nsak menikah memandangkan tempoh iddah sudah tamat.

    Like

  48. Asalammualaikum saya nk tya sya asal johor tpi nk kwin dgn tunang sya asal sabah dan saya dah ada surat status bujang ptyaan sya bleh ke saya minta surat kebenaran berkahwin di sabah saja .

    Like

    1. Waalaikumsalam wr wb….

      surat kebenaran kahwin itu cm akan dikeluarkan 1 keping sahaja…

      boleh di sabah… boleh di semenanjung….
      klo tempat bakal isteri kat sabah, lebih baik ambik kat sabah sahaja….

      Like

      1. Asslamualaikum..sy ingin btya…sy brasal dri johor..sy ingin btya.. sy da buat surat akuan bujang d kg klahiran sy d jhr..tp bolh k srt akaun bjang yg sy buat tu d guna pkai d ngeri sbh@pn sy kna uat blik srt akuan bjang d sbah…!!untk pgatahuan puan almt ic sy bralmt sbh ad ke itu jg blh mmpngaruhi urusan ttng pkhwinan sy nnti.?surt kbnran prkwinan tu blh k d uat olh ktua kg d tmpt bkl istri sy?mhon pnjlasan…sy buntu!!

        Like

      2. Waalaikumsalam….

        waaaahhhh… surat kebenaran menikah hanya dikeluarkan oleh PEJABAT NIKAH KAHWIN CERAI DAN RUJUK sahaja… tidak dikeluarkan oleh ketua kg cik…

        SURAT KEBENARAN BERKAHWIN ini, dikeluarkan setelah semua dokumen yang kalian submit di pejabat NKRC tu lengkap dan semua telah di sahkan benar adanya. juga setelah interview selesai.

        yg dikeluarkan oleh ketua kampung tu SURAT PERAKUAN BUJANG

        selagi namanya menikah di dalam negara, cik boleh gunakan perakuan bujang tersebut…. (validation surat perakuan bujang itu 1-2 bulan sahaja)

        tak kesahlah nak nikah kat ujung tanjung ke, pulau langkawi ke, sabah ke, puncak gunung kinabalu ke. yang penting kalian sudah mendapatlan SURAT KEBENARAN BERKAHWIN dr pejabat NKRC.

        itu sahaja.

        Like

      3. Puan natasia klau surat perakuan bujang yg saya bawah dari kg asal saya dah masuk 3 bulan masih boleh guna ke saya dah tiada bajet nak ulang alik buat surat bujang tu.boleh buat kat sabah ke?

        Like

      4. awak duduk kat sabah dah berapa lama?
        kalau sudah lebih 6 bulan, pergi kat ketua / atau melalui majikan pon boleh….

        majikan yang beragama islam, kalau bos awak bukan beragama Islam, just suruh manager/atasan HR sign

        Like

      5. tak boleh kat kgistri awaklah encik mizi ….

        kat tempat awak tinggal takde ke ketua kampung, klo kurang dr 6 bulan takleh lah…awak kena minta kat majikan tempat awak keje

        Like

  49. Salam.. saya nak tanya ni… saya nak bernikah dgn seorang duda.. tp dia terlupa nak uruskan surat cerai.. jadi baru2 ni dia balik utk urus surat cerai, dan akan siap pada 29/09..masalahnya kami bercadang untuk nikah 11/10 sbb dia dah beli tiket utk maknya ke tempat sy (sabah).. dia tersilap hitung hari 14 hari proses hantar borang tu.. agak2 lepas tak klo kami urus borang dlm 1/10? buntu.. sbb nak tukar flight tambah duit lg.. dan mak dia ni x pernah naik kapal, bakal sy tu balik kg raya haji dan bawa emak dia ke sini. harap dapat membantu..

    Like

    1. w/salam….

      ada kad undangan/jemputan kawin tak? klo ada, suruh pasangan Anda tu mention org2 kat kaunter, kalian akan menikah pd tanggal yg tercantum di kad undangan tu.

      mintak kerjasama diorg untuk mempercepatkan proses…

      kasi skali tiket yang dah disiapkan utk kluarga… sbagai bukti, diorg mesti boleh tolong

      Insya-a-Allah semua akan sempat.

      Like

      1. tak ada kad jemputan.. sebab nak nikah je.. nak makan kenduri doa selamat akan di buat kemudian.. sbb ini kira mcm plan mengejut.. parents kami bersetuju utk terus satukan.. nikah je dulu sebab alang2 mak dia dah nak dtg.. klo tiket tu ada la.. boleh attach ek?

        Like

    1. w/salam…

      tak perlu, itu menjadi rahsia anda sendiri tuk elakkan fitnah dr keluarga dan menjaga kenyaman pasangan Anda

      Like

  50. Assalamualaikum
    Saudari Natasia…

    Saya bakal berkahwin dengan seorang duda. Dia asal selangor, alamat ic di selayang. Saya orang pahang tapi alamat ic di tmn melawati, tinggal lama di selangor.
    Kami merancang berkahwin pada bulan disember ini di Pahang, tempat kelahiran ibibapa saya.

    Soalan saya ialah.. bakal suami saya ini orang Selangor. Tetapi baru sahaja bercerai dengan bekas isterinya pada 7.08.14.
    Ada yang mengatakan bahawa dia perlu tunggu isteri dia habis eddah dulu baru kami boleh berkahwin,

    Soalan saya. adakah benar begitu?
    Kenapa perlu pihak lelaki menuggu eddah isteri sedangkan dia mahu berkahwin dengan saya yang masih bujang?
    Adakah perlu lihat prosedur negeri pahang atau selangor?

    Yg Buntu….

    Like

    1. Waalaikumsalam wr wb…

      – TIDAK

      Seorang lelaki tidak perlu menunggu iddah istri sampai selesai baru boleh menikah, siapa yang pandai2 letak hukum macam ni?

      Lelaki bebas menikah 1 sampai 4 kalau dia mampu berlaku adil. Kalau dia sudah bercerai, dan nak menikah lagi go ahead saja, orang masih berstatus suami saya masih boleh berpoligami apalagi kalau sudah duda…

      lain halnya dengan wanita…

      Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 228 yang bermaksud:

      Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa `iddah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dan suami mempunyai satu darjat kelebihan atas isterinya. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

      Firman Allah SWT dalam Surah al-Talaq ayat 4 yang bermaksud:

      Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh `iddah mereka) maka `iddahnya ialah tiga bulan; dan (demikian) juga `iddah perempuan-perempuan yang tidak berhaid. Dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh `iddahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya. Dan (ingatlah) sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya.

      Hadith Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, daripada Aisyah r.a., katanya yang bermaksud:

      Rasululah SAW telah memerintahkan Barirah untuk ber`iddah dengan tiga kali haid.

      Semoga bermanfaat

      Like

  51. Assalamualaikum, saya ingin bertanya. Saya sudah bertunang dan bercadang akan berkahwin pada hujung tahun ini. Soalan saya, jika saya belum membuat ujian saringan HIV untuk maklumat borang perkahwinan saya, boleh ke saya membuat ujian tersebut untuk pengetahuan sendiri sebelum membuat ujian tersebut untuk borang perkahwinan saya?

    Like

      1. Jd adakah boleh saya buat dua kali iaitu yg pertama untuk pengetahuan saya sndiri dan kedua untuk borang nikah ya?

        Like

  52. Salam.. Saya nak tanya..saya ingin berpoligami..sudah pon meminta keizinan mahkamah tinggi syariah dan sudah dibenarkan..saya dah settle part pengantin lelaki dan sudah memberi kepada perempuan (saya org selangor)
    Bakal isteri kedua saya sudah pon proceed dan sudah mendapat surat kebenaran kahwin..

    Tetapi masalahnya surat kebenaran kahwin itu di bahagian pihak lelaki just dikosongkan sahaja..sepatutnya ditulis nama mahkamah tinggi dan no rujukan kes.. Tunang saya tidah mahu pergi pejabat agama utk betolkan semula.. Tetapi surat kebenaran tu mmg ada dokumen sokongan semua yg lengkap.. Saya rasa masalah pegawai agama pon terlepas pandang… Adakah ia akn ada masalah nnti???? Sbb bg saya pon ianya adalah surat kebenaran khwin shj..bukan nikah..harap puan dpt jawab

    Like

    1. w.salam…

      Ya Allah, nak kahwin pon bleh tak dan plak na… pi lah sekejap pejabat agama, bukan nya lama pon…

      pujuklah bakal istri pi sekejap, betulkan, supaya nanti wktu nikah tak tertunda gara2 benda remeh camni.

      Like

      1. Bukan die tak dan.. Die cakap kebenaran poligami tu sebenarnya untuk saya.. Since saya dah dpt kebenaran, sepatutnya tiada masalah dah.. Lagipon surat kebenaran dr pihak die memang ada dilampirkan semua skali dari saya dan dia (termasuk dokumen poligami dr mahkamah)..kalau melaka kene pergi dua kali utk amik sijil kebenaran.. Dia cakap yang penting surat perakuan nikah tu betol.. Surat kebenaran ni hanya surat untuk pak imam untuk nikahkan kami, betol ke? Boleh saya tahu kalau dah dpt sijil kebenaran ni kene bg pak imam kan? Die cakap die akan bg 2 minggu awal kepada pak imam.. So kalau ada pape pak imam kata xcukop baru die betolkan.. Sebenarnya bagi die mmg rezeki die supaya org kampung tak tahu berpoligami (walaupun dalam tu ada sijil poligami, tapi saya rasa mmg orang2 ni tak check smpi belakang).. Die lebih kesiankan ibubapa die..bagi die ibubapa die dah accept 1000 rahmat..

        Puan rasa mcm mana?

        Like

      2. Hish.. Encik ni, yang dah pernah menikah kan Encik, bkn bakal istri cik kan? Sepatutnya Encik lebih teliti dalam hal ni tau.

        Klo surat kebenar menikah dah ada, dah betul semua detail dia, dah oklah tu. Apalagi dah ada semua lampiran dokumen kalian berdua serta surat kebenaran berpoligami tu. Encik takyah risau lah, Malaysia ni negara Islam, pejabat agama takkan mempersulitkan pernikahan Encik kalau betul cara dan jalannya. Tenang lah, nanti klo ada apa2 kan boleh betulkan lg, lagipun bakal istri encik ni pandai, dia dah plan nak kasi imam dokumen tu smua kat imam 2 weeks before marry. Itu dah betullah tu.

        Surat kebenaran nikah tu, surat izin menikah ! Bukan untuk imam, tapi utk kalian berdua. Cm, semua imam/jurunikah yang dilantik, harus terima surat kebenaran menikah itu setiap kali nak menikahkan orang. Klo tak ada surat tu, semua jurunikah tak boleh menikahkan pasangan muslim ang nak menikah. Boleh kata itu surat green light utk melakukan pernikahan.

        Semua pernikahan dikasi Allah sejuta rahmat Encik, dan semoga pernikahan kalian mendapat syafaat dr Nya… serta sakinah mawaddah dan warohmah… aamiin…

        #tolong bersikap adil walau adil itu ckup sulit Encik…

        Like

      3. Terima kasih puan atas penerangan.. Sebelom ini pernikahan saya dengan warga british dan diadakan di London..tiada proses mcm ni di sana sebab tu saya kurang faham dengan prosedur2..sudah 2 kali saya balik msia tahun ni hanya untuk melakukan proses perkahwinan ini..inshaAllah saya balik lagi pada bulan depan.. Terima kasih atas peringatan..inshaAllah saya harap keluarga kedua duanya akan bahagia..ameeen

        Like

      4. ouh… macam tu kisahnya…

        btw, sampaikan salam saya bat istri dan bakal istri Encik Danial ya. Semoga keduanya slalu dalam rahmat dan redha Allah SWT.

        Sama-sama En. Danial, itu sudah menjadi tanggungjawab saya tuk memberikan pendapat serta maklumat kepada pembaca. Semoga bermanfaat…

        Aamiin.. Aamiin.. Aamiin…
        Allahumma Aamiin…
        Tsumma Aamiin…

        Begitu juga doa saya tuk kalian. Selamat berbahagia !

        Like

  53. sye rungsing sgt….kami hndak brnikah…kedua ibu bapa kami dh restu…tpi ahli kluarga pihak lelaki tidak setuju……dn sye n tunang hndak rahsia kn prkhwinan ini…jdi mcm mne proses untk laki ye…sekiranye tak nak libat kn semua kluarga pihak laki…..n cop pengakuan bujang bole dpt di mne selain kg di pihak laki….

    Like

    1. Lelaki menikah tak perlu wali cik, jadi dia nak nikah kat mana2 boleh2 saja. Prosedur sama jew? Takde yg special kes pun. tapi lelaki biasanya nak kawin mintak restu orgtua especially ibu yg melahirkan dia.. itu saja.

      Ada org merasa restu i tak penting, tapi saya kata penting sebab anak laki2 milik ibu dia sampai akhir hayat.

      Klo nak menikah tanpa pengetahuan kluarga lelaki, boleh2 saja, cm nanti kwn2 bakal suami cik ni takkan tak bercerita. Pikirkan baik2 dlu

      Pengesahan bujang boleh dpt kat majikan / hr orficer tmpat suami cik bekerja.

      Semoga terjawab.

      Like

      1. Sekiranya tempat tunang sye brkerja tak ade untk pngesahan bujang???bole dpt di mne lgi ye???sbb kg dye semua knl dye…..mmg btol2 nk hal ni rahsia……

        Like

      2. Dye kerja di warte kt restaurant johor bahru..majikan tu cina….kg dye di pontian….tpi tunang taknak ambil di kg…skrg ni dye duduk kt kg yg brdekatan dgn tmpt kerja…bru nk masuk 4 bulan….sbb semua nye akn hancur kalau dye ambil pngesahan di kg dye sndri……jdi mcm mne ye?????

        Like

      3. Oh kalau majikan cina lps tu dye bole buat pengesahan staff islam yg tandatangan bole jgk ea?????bkn tunang takut dh kahwin ke ape ke…..tpi penghulu/ketua kg kenalan rpt dgn kluarga tunang sye……dh ibarat sedara……,…

        Like

      4. Kalian bertunang macamana? Kluarga laki2 tak tau jugak ke?

        Klo blom kawin, pergilah jumpa ketua kampung, then bincanglah dgn penghulu tu, biar rahsiakan dr kluarga… takkan sedara takleh nak tolong…

        Like

      5. Suruhlah tunang awak tu mintak surat pengakuan bujang dengan bos dia, lepas dah tulis, buat 2 tandatangan, satu tandatangan bos, then suruh satu staf muslim sign kat sebelah kanan, sertakan nama & IC (photostat IC)

        Like

      1. Yang saya tau cuma ada dua cara :
        – ketua kampung
        – majikan (klo non muslim, surat itu ditandatangani oleh staf muslim.)

        Like

      2. Knapa tak minta bakal suami tuk pujuk saja orangtuanya…

        Kenapa orgtua tak setuju?
        Cik pernah ke mengunjungi keluarganya…?

        Siapa tau, kemgkinan bakal suami cik tu dah menikah & punya keluarga, karena itu dia tak berani berdepan dgn penghulu.

        Like

      3. Sah atau tidak itu tergantung pihak pejabat agama… saya tidak berani mengatakan ia sah, karena tidak melihatnya.

        Like

  54. assalamualaikum,
    saya hendak berkahwin dengan bangladesh.tetapi dia adalah pelajar.
    Puan ada nyatakan:

    APABILA PASANGAN ANDA MERUPAKAN KERAKYATAN WARGANEGARA ASING :

    Pasangan anda dibenarkan pulang ke negara asal beliau setelah pemotongan permit kerja.
    Sila bawakan SURAT PENGESAHAN PASSPORT (SALINAN) tersebut bersama dengannya untuk URUSAN VISA ketika berada di negara beliau. Tujuannya adalah untuk memudahkan anda mendapatkan PASS LAWATAN SOSIAL dari Pejabat Imigresen di Negara beliau.
    Pasangan anda di perbolehkan kembali ke MALAYSIA setelah mendapatkan PASS LAWATAN SOSIAL dari Negara-nya untuk melanjutkan RESEPSI PERNIKAHAN TANPA SEBARANG MASALAH..

    adakah boleh kita buat urusan ini semasa berada di negaranya dan selepas bernikah?ini kerana agak sukar untuk dia ulang alik ke negaraya.

    Like

    1. waalaikumsalam…

      jawaban saya : tak boleh sebab itu prosedur sebelum menikah.

      semua yang menikah dengan WNA pasti menyuarakan kesusahan sebab ulang alik. ini risiko yang kena kita ambil, pengorbanan harus ada cik.

      kalau tak nak ulang alik, cubalah cik apply pass lawatan sosial yang 3 bulan atau 6 bulan kat kedutaan malaysia yang ada kat tempat tinggal pasangan.

      kalau tak dapat pass tu, kenalah berkorban dan berjuang sikit, bukan dalam percintaan sahaja kita kena berkorban, menikah pun kena lebih banyak berkorban, barulah kita tau susah payahnya mengurus perihal pernikahan. dan kalau semua selesai dengan baik, yang berpuas hati juga pastilah cik dan pasangan.

      cinta memerlukan perjuangan cik

      begitu cik…

      Like

      1. ya betul… saya dah penat masa kawin dulu. Proses bukan senang tapi tak nak ambil jalan singkat pergi kawin kat sempadan. Sama jer…Kalau yang nikah tak tauliah…masalah lain timbul. Baik buat kat malaysia. imegresen pun awal-awal buka fail untuk pasangan. Asal sah. Semua dipermudahkan juga. Tak ada masalah yang tak dapat diselesaikan kalau terus berusaha.

        Liked by 1 person

  55. salam, bg kes individu yg telah tamatkan pass kerja kmudian masuk ke malaysia dgn pass lwtan sosial utk urusan khwin tetapi tdak cukup masa krna prosedur cntohnya urusan lama sangkut kat mahkamah syariah krana prempuan brwalikan hakim dan tlah mlanjutkn pass kali ptma dgn tempoh 1 bulan dan tlah akad nikah pd minggu trakhir tempoh lnjutan prtma tu nak kena tggu sijil nikah skurang2nya 1bulan sdgkan lanjutan kali kedua imgresen cuma bg 2minggu je . sijil nikah dalam tempoh menunggu tp kena keluar dr mlaysia jd sya nak tahu adakah dia akn mngalami kesulitan utk masuk smula ke malaysia utk menuntut sijil nikah di pjbat agama ? mohon pencerahan . trima kasih .

    Like

    1. w/salam…

      pertanyaan : adakah dia akn mngalami kesulitan utk masuk smula ke malaysia utk menuntut sijil nikah di pjbat agama

      jawaban saya : tak ada masalah dalam kalau suami cik nak masuk malaysia ambik surat nikah.

      pencerahan saya : wakilkan keluarga cik yang ada kat malaysia untuk ambik then post berdaftar pakai DHL ke tempat tinggal cik sekarang

      Like

  56. salam, saya nk tny…klu pd Borang 3A – Kebenaran Berkahwin Dalam Negeri Selangor (Lelaki) & Borang 2A – Permohonan Kebenaran Berkahwin (Lelaki), saya tersilap letak no kad pengenalan bakal isteri, thats means pada IC bakal isteri saya nombornya lain daripada borang 2A & 3A, adakah saya perlu isi semula borang tersebut? Saya dah dapat tandatangan daripada PPN & Pendaftar PAID sndr…lps cek ngn bakal isteri, baru dia tegur bahawa no. ic dia silap….

    Like

    1. W/salam.. tolong hubungi pihak jabatan agama, bagian nikah kawin, sebutkan no resit pendaftaran yg ada dekat encik, cakap dgn diaorg, tentang masalah ini dengan segera. Atau encik boleh pergi ke pajabat nikah kahwin rujuk dan cerai, tempai cik submit permohonan. Bawa resit yg ada dekat cik.. nanti diaorg akn betulkan…

      Like

  57. En/pn sy nak bertanya bolehkah anggota polis berkahwin tanpa kebenaran kahwin…bakal suami polis dah hantar borang kebenaran kahwin dekat 2 bln masih lagi belum di beri jawapan… majlis kami sepatutnya sept 27

    Like

      1. salam..sy warg filipin..tunang sy warga malaysia..apakah syarat2 yg perlu sy ikut?sy sudah mempunyai surat pengakuan bujang..tetapi surat pengakuan islam tiada lagi..wajib ke sy mohon?sedangkan sy memang beragama islm..harap dapat membantu

        Like

      2. W/salam…

        – surat pengakuan bujang bolehg anda ambil lewat majikan/ketua kampung di tempat tinggal Anda di Filipina
        – Surat pengakuan Islam boleh anda dapatkan di Pejabat Agama Filipina.. atau dari pasport saja sudah ta Anda beragama apa? Bkn begitu? Bahkan di Filipina Indentity card Anda juga sudah tertulis Agama yang Anda anut…

        Perkara yang mudah jangan dipersulit

        Like

  58. assalamualaikum,
    puan ada sebut :
    APABILA PASANGAN ANDA MERUPAKAN KERAKYATAN WARGANEGARA ASING :

    Pasangan anda dibenarkan pulang ke negara asal beliau setelah pemotongan permit kerja.
    Sila bawakan SURAT PENGESAHAN PASSPORT (SALINAN) tersebut bersama dengannya untuk URUSAN VISA ketika berada di negara beliau. Tujuannya adalah untuk memudahkan anda mendapatkan PASS LAWATAN SOSIAL dari Pejabat Imigresen di Negara beliau.
    Pasangan anda di perbolehkan kembali ke MALAYSIA setelah mendapatkan PASS LAWATAN SOSIAL dari Negara-nya untuk melanjutkan RESEPSI PERNIKAHAN TANPA SEBARANG MASALAH.

    jika bakal suami (warganegara asing) bukan pekerja yakni pelajar dan masih belum dapat masuk mana2 universiti perlukah baginya untuk pulang untuk dapatkan pass ni?adakah pass ini sangat penting yang mana kalau tiada pass ni tak dibenarkan bernikah?

    Like

    1. Iya Zarra… even pelajar, tourist atau pengunjung biasa, bahkan pekerja asing di Malaysia.. klo nak kahwin dgn org Malaysia, kena buat pengesahan passport di Malaysia, kmudian harus pulang ke negara asal tuk mengurus prosedur pernikahan di luar negara mengikut syarat dr kedua negara… klo di Malaysia, kami perlukan surat akuan bujang, surat pengantar dr pejabat agama beliau utk jabatan agama Di Malaysia atau dipanggil surat izin nikah di luar negara.

      Pass Lawatan Sosial ini adalah Visa kunjungan sosial 30 hr itu.. setiap pemegang pasport sure tau, kita klo dah enter 1 negara limit disana hanya 30hari sahaja… kecuali pasangan anda memohon utk diperbolehkan perpanjangan pasport di malaysia denga cara mengunjungi Kedutaan Malaysia yg berasa di negara beliau sebelum berangkat ke Malaysia skali lg nanti.

      Like

  59. salam.. saya kurang faham sbenar nye.. saya (Perempuan) lahir di KL, ic KL, tapi saya skarang bkerja di mlaka sudah setahun. tunang (Lelaki) saya org mlaka, saya nak bernikah di KL
    jadi borang2 prosedur pnikahan utk saya dan tunang bagaimana?
    saya perlu ambil di KL atau di Mlaka?

    Like

    1. w/salam… klo menikah kat tempat perempuan is better ambik kat tempat perempuan… klo lelaki ambik kat daerah dia lah… klo u takde cuti nak balik kl, just go to pejabat Agama Melaka, beli form kat sana.. atau boleh juga u apply permohonan nikah by online,..

      Like

  60. n satu lagi sis, mcm mana dia nk bayar denda tersebut sedangkan dia telah berada di negara asal?
    n terima kasih bnyk2 sis diatas informasi y membantu ni…

    Like

    1. waktu dia datang haritu, siapa yang jadi sponsor dia?

      – orang yang jadi sponsor boleh wakilkan diri dia bayar kat Imigresen Malaysia terdekat, bawa salinan surat denda tersebut

      Like

  61. salam….
    saya ingin bertanya beberapa soalan…
    situasinya macam ni….saya ada seorang kawan warga asing yang telah memasuki malaysia menggunakan pas lawatan sosial..ketika dalam tempoh pas tersebut,dia cuba memohon special pas melalui agent untuk menjalankan bisnes di malaysia,malangnya, agent tersebut melarikan diri dengan duit bersama passport nya sekali..setelah itu,dia membuat laporan polis keatas kehilangan passport nya itu..kemudian dia memiliki passport baru selepas apply new passport dimalaysia tp masalah dia telah duduk dimalaysia overday..sekarang dia telah pulang ke negara asal dgn travel pass(special pass)
    soalan saya,:-
    1) setelah dia pulang smula ke negara asal dgn travel pass(special pass) kerana tinggal di malaysia melebihi masa,, ini akan membuatkan dia kena blacklist dri grov.malaysia untuk memasuki malaysia smula?
    atau hanya sekadar bayar denda?
    2) adakah dia dihalang untuk memasuki malaysia semula untuk bbrp tahun or bulan diatas kesalahan nya itu sekiranya dia cuba untuk memohon pas masuk sosial ke malaysia? sekiranya ya, berapa tahun or bulan halangan tersebut?

    Like

    1. W/salam…
      Lain kali tak payah percaya agent… kebanyakan memang penipuan…
      Klo nak buat travel pass saya pun boleh tolong… kalau mau, sila email saya ..

      kalau boleh saya nak tanya dlu… kawan hana tu overstayed baper hari?
      apakah dia sudah mempunya pass pegawai dagang di malaysia?
      atau masih menggunakan permit travel pass waktu kejadian itu berlaku…

      1. bayar dulu kompaun, (berapa denda kawan cik hari tu? dan dia overstayed dalam seksyen berapa?
      2. Tak ada halangan klo denda dah bayar… tapi biasanya ada cooling period (masa bertenang 1 – 5 tahun tak boleh masuk malaysia) dia boleh masuk malaysia setelah mendapatkan pas masuk secraa resmi semula setelah cooling period tersebut… buatlah rayuan berdasarkan logika – cth : melansungkan pernikahan / ada anak dan sebagainya, mungkin dipertimbangkan nanti.

      Like

      1. maaf,sis… boleh sy thu apa y dimaksudkan “cooling period”?
        ia terjadi atas kesalahan y mcm mna?
        sbb sy ada terbaca dlm article2 sis sblum ni..

        Like

      2. kawan cik buat salah tak selain overstayed hari tu?
        – overstayed berapa hari, didenda dalam seksyen overstayed yang mana?
        – cooling period tu masa bertenang ( 1-5 tahun tak boleh masuk malaysia, dipertimbang dengan kesalahan lain)

        Like

  62. Assalamualaikum…sye ingin bertanya permit bakal suami sye akan tamat pd bulan 11 ini dan kami merancang akan menikah pd bln 3 2015, pertanyaan sye 1)benarkah cooling period sebelum masuk ke malaysia semula adalah 3 bulan? 2)ape yg d beritahu sye oleh jabatan agama tempat sye bakal suami x perlu membawa apa2 dokumen dr malaysia utk d bw pulang ke Indonesia, tetapi cik menyatakan perlu membawa surat pengesahan passport untuk mendapatkan visa d negara dia? 3) seandainya bakal suami sdh d benarkan msk ke malaysia adakah kemasukan pertama ” wajib” untuk urusan pernikahan? Maksud sye kemasukan pertama untuk urusan majlis dan kemasukan ke 2 barulah untuk pernikahan? Mohon penjelasan. .tq

    Like

    1. Waalaikumsalam…

      1. iya.. betul skali

      2. kalau kata diaorang memanglah tak payah… sebab masing-masing negara ada prosedur sendiri cik. tapi, untuk memudahkan pasangan anda berurusan kat negara beliau nanti, suruhlah dia bawak salinan surat pengesahan passport itu, itu untuk mempermudahkan pasangan anda mendapatkan visa/ pass lawatan sosial ke Malaysia.
      (langkah ini telah dilakukan banyak pembaca yang meminta pandangan dari saya dan Alhamdulillah, semua berjalan lancar sesuai yang saya tuliskan)

      3. soalan ke tiga ni yang saya tak faham… bukankah semua prosedur di Malaysia sudah selesai, setelah beliau mendapatkan visa/pass lawatan sosial tersebut, beliau dah boleh flight ke Malaysia dan menjalani pernikahan dengan cara yang baik. tak perlu lah nak bolak balik lagi…

      Like

  63. Assalamulaikum , saya ada soalan nak tanyaa, harap Awak dapat membantu :’) hmm Kalau Nak Jumpa ketua kampung/penghulu untuk pengesahan Bermaustatin tu Adakah saya perlu Bawa Borang Permohonan Online Saya tu sekali ? Biasanya Jumpa Ketua kampung dulu ke, Ataupun Buat borang Permohonan online tu dulu yaa ? Saya tadi Ke Utc Johor untuk buat Daftar n Buat Permohonan Onlie tu , Tapi ada masalah Pulak ,dan dia sruh datang lain hari , Tapi dia ckp Suruh Sediakan Pengesahan Mastautin, Hm Mcm mana ni ek ?

    Like

    1. waalaikumsalam,

      insyAllah…
      sebenarnya permohonan online itu masih belom terlalu lengkap cik. sebab banyak perkara yag tidak dapat nak online semua, contoh pengesahan passport pasangan (klo pasangan warganegara asing) and sure pengesahan bermaustatin dari ketua kampung…

      saya lebih suka pergi pejabat agama, beli form and isi, terasa ada pengorbanan sikit disitu..

      jawaban utk pertanyaan cik itu : iya, kena bawa sekali, kalau ikutkan kenalah lengkapkan semua dokumen then baru submit/buat permohonan, jadi jumpa ketua kampng dlu then baru buat permohonan online tu.

      Like

  64. assalamualaikum..
    sy nk tny..sy sudah bkerja di sabah slama 8 bln,ingin menikah di muar johor tetapi ic sy rumah di selangor.bkal suami sy pula org johor tetapi bkerja di langkawi.adakah sy perlu mngisi borg kbenaran nikah luar negeri ?boleh x sy hntar wakil utk urusan borg..

    majikan sy bkn bragama islam..boleh x jika dia wakilkn org lain utk tndatangan borg akuan bujang…

    Like

    1. waalaikumsalam…

      nurul, kat malaysia ni nak urus prosedur perkahwinan tak perlu berwakil-wakil… kena datang sendiri

      sekarang kerja di sabah, pergi jabatan agama sabah, beli form permohonan menikah… nanti kat dalam column tempat menkah tuliskan alamat kat johor tu,
      takpe. ambik kursus kat sabah… nanti u submit form kat sabah pun boleh, tak apa.

      HR manager boleh tandatangan akuan bujang,

      Like

  65. Assalamualaikum, In sya Allah, pasangan saya ( lelaki ) ialah dari Yemen, kami bercadang untuk mempercepatkan tarikh perkahwinan ke bulan Oct 2014 untuk menunaikan permintaan ibunya yang sudah tenat. Oleh kerana, dia terpaksa travel back n forth Malaysia- Germany utk melawat ibunya, ada tak proses yang lebih mudah? Kalau kami bernikah di luar negara, perlu ke kami melalui semua proses ini? Kedua-dua belah pihak keluarga tak ada masalah, cuma, mengenangkan prosedur yang panjang ini dan keadan yang kritikal sekarang, kami tak mahu tersilap langkah. Another issue ialah dia sedang menggunakan pas pelajar kerana dia sedang menyambung pelajarannya di sini. Adakah ini akan menjadi masalah?

    Like

    1. waalaikumsalam,

      prosedur pernikahan di malaysia ini tidak sampai 3 minggu…

      kalau semua dokumen dilampirkan… biasanya cuma mengambil masa 13 hari masa kerja

      klo sara berencana menikah pada bulan oktober boleh urus dari sekarang…

      se ua prosedur berlaku pada semua pernikahan, dlm negara even luar negara…

      pemegang pas pelajar diperbolehkan kecuali pemegang permit kerja yang tak boleh menikah di dalam atau diluar negara.

      Like

  66. Salam

    Terima kasih atas penjelasan yg di berikan. Untuk pengetahuan pernikahan nya dulu sah. Dan yg menikah kan dia dulu itu ayah nya sendiri. Dan syarat nikah nya cukup dan sah. Cuma pernikahan mereka tak di daftar kan saja. Dan juga penceraian pun tak di daftar kan. Jadi kalau di ikut kan hukum agama pernikahan dan juga penceraian mereka sah dan apabila mengikut hukum negara bakal istri saya ini di kira kan belum pernah berkawin. Itu yg menjadi masalah saya. Takut nanti waktu urusan pernikahan di sini ada masalah pula.

    Like

    1. w/salam,

      kalau begitu encik boleh berbuat seperti itu karena pernikahan ya g tidak terdaftar di negara itu tidak bakal diakui.

      itu boleh menjadi rahsia kalian dan keluarga wanita sahaja. pastikan ayah wanita menjadi wali pernikahan tersebut.

      Like

  67. Sy nk tnya, kalau sy da tinggal di johor selama 20 tahun dan ingin berkahwin di johor tetapi ayah iaitu wali sy tinggal di kelantan dan telah lama bercerai dengan ibu,apakah prosedur yang perlu dilakukan agar ayah sy boleh menjadi wali sy di johor?

    Like

    1. tidak ada prosedur untuk wali cik. cik pergilah jumpa ayah dan mintalah dia menjadi wali dalam pernikahan anda nanti.

      seandainya dia menolak untuk ke johor bahru, anda dan ayah pergi ke pejabat agama di kelantan, bagitau kerana pejabat agama kelantan bahwa ayah tidak dapat menghadirkan diri wktu pernikahan anda sebagai wali, tapi ayah mau membuat wakalah. minta ayah menandatangani serta melafadzkan wakalah untuk anda dengan sah di hadapan pihak pejabat agama.

      setelah anda mendapatkan surat tersebut, bawa surat itu saat submit dokumen pernikahan di johor bahru.
      nanti pihak imam yang akan mewakilkan ayah menikahkan anda

      Like

  68. Salam
    Bakal istri saya orang indonesia. Dan sekarang ini dia tinggal dan bekerja di sana. Pernah berkahwin dan sudah bercerai hampir 3 tahun. Bekas suami nya orang perancis. Sekarang status nya janda la. Tapi kerana menikah siri pernikahan dan penceraian nya tak di daftar kan. Maksud nya jika di ikut status hukum negara dia masih lagi single dan masih blom menikah. Jadi soalan saya boleh ke waktu buat permohonan utk bernikah di borang nya di tulis sebagai masih single dan utk proses di PAID seperti nya dia tak pernah benikah seblom ini. Harap dapat pertolongan dari anda.

    Like

    1. w/salam…

      kejap dlu ni encik, saya kena tanya dlu tentang pernikahan sirrih yang dilakukan pasangan anda itu sah menurut agama atau tidak. sebenarnya tidak ada yang dinamakan nikah sirrih, nikah ya nikah saja.

      kalau menikah mengikut syarat sah menikah, berarti pernikahannya sah, dan harus mengikut aturan selepas bercerai, menunggu masa iddah selesai.

      kalau menikah tanpa syarat sah, ya bukan nikah namanya, melainkan persetubuhan haram antar pasangan.

      untuk masalah menulis dia janda / single, itu terserah kepada encik saja, tapi sebaiknya cik check terlebih dahulu sebelom membuat sebarang tindakan, karena di Indonesia, perkahwinan bisa di buat main2 malah ada juga isteri orang dinikahin di Malaysia tetapi ternyata masih bersuami.

      better check dulu

      Like

  69. Assalamualaikum.
    First nk nasehat sket…sy janda dh hamir 5thn..ade berkawan dengan bujang.ada anak.n ank tu sndri hnye mengenali kwn bujang sy ni sbg ayahnye.mslh kt sni bru2 ni bila kami nk berkahwin..keluarga lelaki xsetuju atas alasan sy org jauh..kdg jd fed up nk amek hati org tua…
    utk prosedur kahwin pula sy ic alamat perak…menetap kt johor hampir 10thn..
    Utk wali pula mcm mne…ayah sy tggal di terengganu…kaalo nk nikah tnpa wali sy boleh ke?

    Like

      1. pergi ke pejabat agma, bilang ke kerani kaunter cik nak ambil surat cerai… kasi ic… ok

        Like

    1. waalaikumsalam….

      1… tentang persetujuan keluarga lelaki… : sebaiknya, puan berusaha untuk mengambil hati kluarga pasangan, karena anak lelaki yang menikah tanpa persetujuan ibunya tidak akan pernah bahagia. jadi, hati-hatilah dalam mengambil sebarang tindakan

      2. kalau cik menetap di johor lebih dr 6 bulan sudah boleh dapatkan surat bermaustatin dari ketuan kanmpung tempat cik tinggal,

      3. di malaysia, even janda harus mendapatkan persetujuan wali. (walau menurut hadits, janda bleh menikahkan dirinya tanpa wali, namun Malaysia memilih syarat sah perkahwinan yang terbaik) dan cik harus mendapatkan persetujuan ayah kandung cik untuk menikah.

      Like

  70. Salam. sy mahu bertny.
    Bakal suami sy kerja di Offshore jadi dlm masa sbulan baru dia pulang ke tanah air.
    Tarikh nikah kami 25/10/2014 insyallah. Dia pulang ke tanah air 10/9/2014.
    Jd, boleh kah sy mewakilkan bakal suami sy utk menyediakan borang, minta tanda tangan saksi nikah semua..
    Mohon dapat bantu sy yang dalam kekeliruan.
    terima kasih
    Wassalam 🙂

    Like

    1. W/salam…

      dear Syafiqa…. boleh tu memeng boleh tak de masalah… tapi sebaik-baiknya, biarlah pihak keluarga lelaki yang buat… malulah kalau bakal pegantin perempuan urus perihal itu…

      kalau pengantin perempuan nak urus, uruslah punya sendiri, takpe, tapi itu pun sebaik-baiknya, ayahanda lah yang patut turun tangan,,,, kan ayahanda tu wali anda….

      semoga membantu

      Like

    1. w/salam Nora…

      ia, sema pasangan yang sudah kematian suami/istri atau bercerai hidup, dan mereka ingin menikah sekali lagi, harus menjalani kursus perkahwinan sekali lagi

      Like

  71. salam saya nak tanye sikit saya bakal berkahwin dengan warga pakistan sy nak tahu dengan lebih lanjut lagi prosuder apa yang perlu saya dan pasangan buat pasangan saya permit kerja dia akan tamat pada bulan 9 nie ape harus dia buat sila beri pencerahan dengan segera tq

    Like

      1. betulke kalau pemegang permit kerja tak boleh menikah di malaysia atau di luar negara so ape perlu kita buat ye?

        Like

  72. Salam.. Saya seorang duda berasal dari johor dan ingin bkahwin dengan seorg ibu tunggal berasal dari terengganu. Adakah saya perlu mengikuti kursus perkahwinan sekali lagi disebabkan penceraian bersama bekas isteri saya atau kehilangan sijil kahwin yg pernah saya ikuti sebelum ini..

    Like

    1. w/salam…

      Iya. Encik harus menjalani kursus pernikahan sekali lagi… itu memang prosedur yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Agama seandai Encik bercerai dan ingin menikah sekali lagi

      Like

  73. Salam, bagaimana kalau si bapa kandung tidak mahu mewalikan anak kandungnya atas alasan masalah peribadi yang telah bapa saya & saya alami? Beberapa bulan lepas.. Sewaktu bertengkar bapa saya pernah berkata “kamu jgn cari ayah lg”.. Sy juga ad memohon maaf tapi itulah kata2 yg terluah kpd sy.. Sy juga amat buntu memikirkan siapa yg harus jadi wali untuk pernikahan saya dan tunang yg djangka akan berlangsung tahun hadapan.. Mintak jelaskan jika ayah saya masih berkeras tidak mahu walikan saya selepas dipujuk apa perlu saya lakukan?untuk pengetahuan , ibu &ayah saya telah bercerai ,. Ibu tidak ada masalah dan merestui hubungan saya & tunang.. Cuma ayah saya seolah2 menggunakan kuasa sebagai seorg wali tidak mahu mewalikan saya ats masalah peribadi yang pernah berlaku antara kami..

    Like

    1. W/salam,

      Tidak usah takut.
      tidak usah khawatir….

      pertama2, saat anda menghantar borong permohonan nikah, kasi tau pihak majlis agama, bahwa ayah kandung anda tidak mahu mewalikan pernikahan anda karena masalah peribadi dan mungkin berkecil hati dengan anda.

      minta pihak majkis agama untuk membantu. InsyAllah, mereka tidak akan menolak untuk memberikan bantuan kepada anda

      Like

    1. W/salam…

      Buat masa ini prosedur untuk wanita yang ingin menjadi isri ke 2 itu tidak ada cik… tak taulah klo akan datang…

      Prosedur pernikahan bg wanita bujang sama sahaja dgn yg lain even dia mejadi istri ke 2 skalipun…

      Klo janda, baru lampirkan sijil cerai… kalau balu, lampirkan surat kematian suami… itu sahaja..

      Tapi bagi suami ada 3 suratlah dia kena lampirkan… coz dia nanti yg akan dipertggjwbkan menjaga istri2nya…

      Hak istri dlm islam pun sama saja… even dia menjadi istri ke 2, 3 ataupun ke 4…

      Semoga dpt menjawab pertanyaan cik…

      Terima Kasih

      Like

  74. Assalamualaikum,

    Saya akan bernikah dengan pasangan saya yang merupakan warga Singapura insyaALLAH pada Mei 2015. Akad nikahnya di Singapura. Jadi perlukah saya ikut prosedur untuk pasangan bukan warganegara seperti yang dinyatakan atau bagaimana? Perlukah bakal isteri saya mengikuti kursus perkahwinan di Malaysia? Mohon panduan.

    Like

    1. Waalaikumsalam, kalau menikah di luar negara, ditempat bakal istri, tak perlulah mengikuti Kursus Perkahwinan di Malaysia, kecuali kalian berdua warganegara Malaysia yang berencana menikah di Singapura.

      Like

  75. Assalamualaikum..saya nak tanya..bagaimana prosedur mengisi borang nikah? Saya berasal dari sabah,alamat ic juga di sabah.. tunang saya berasal dari johor..tp sy dah 8 tahun menetap d KL..saya bercadang untuk nikah di sabah..boleh ka sy melengkapkan borang nikah tersebut d kl? Atau pun saya perlu balik ke sabah untuk urus kan borang tersebut? Syukran..

    Like

    1. Waalaikumsalam…

      Boleh Cik.
      Prosedur mengisi borang nikah tu tak de cik, tapi prosedur perkahwinan ada… cara-cara isi form nikah ada tertera kat wall jabatan nikah kahwin dan rujuk kat semua negeri cik. nanti waktu ambik borang cek kat wall diaorg k….

      Like

  76. As salam…
    Saya ingin berkahwin dgn seorang lelaki warga Bangladesh…pasangan hny pemengang permit kerja sementara sahaja…mohon bantu saya, setelah status permitnya dibatalkan oleh imigresen, pasangan dibenarkan pulang kenegara asal utk prosedur permohonan nkah yg seterusnya…tapi berapa lamakah tempoh untuk pasangan berada dinegara asalnya?..apa yg saya tahu, pasangan harus berada dinegara asal sekurang kurangnya enam bulan…
    bolehkah tempoh itu dipendekkan disebabkan permohonan nikah ini boleh dibuat dengan segera…dan bagaimanakah caranya?
    Untuk pengetahuan puan, kos tambang penerbangan pergi balik adalah tinggi dan keadaan hidup di Bangladesh yang kurang stabil adalah menyukarkan pasangan utk tggl lebh lama di sana…
    Harap puan boleh bantu saya…

    Like

    1. Wassalam…

      Cik, berapa lam,a berada di Bangladesh, saya tak dapat nak memberikan kepastian. Kalau waktu ke Bangladesh, pasangan cik bawak surat dari Jabatan Agama, biasanya proses akan lebih cepat…

      Like

  77. terima kasih natasia.orang tua x merestui kerana bekas suami saya banyak menyakitkan saya, anak-anak dan mereka dari segi emosi.sudah banyak keperitan yang kami laui.dia pernah menduakan saya.saya hanaya fikirkan kalau nikah, tiada maksiat dan kebajikan anak-anaka terjaga.bekas suami nampaknya sudah berubah.dalam tempoh bercerai ini saya mohon agar Allah berikan saya jodoh kerana saya perlukan teman yang boleh menrima anak-anak saya dan saya seadanya..yang hadir cumanya dia.

    Like

    1. Maksudnya Ema mau menikah kembali dengan bekas suami yang lalu?

      Klo iya, bererti wajar saja orangtua Ema tidak setuju.

      Memang sebagai manusia kita harus bisa memaafkan semua org Ema, tapi dalam sisi lain tidak semua manusia bisa melupakan kesakitan yg pernah dilalui pd zaman hitam dikehidupan mereka. Apalagi org tua yang melihat bahkan merasai derita yg pernah dilalui anak kandung mereka sendiri.

      Ema juga harus fikirkan kedua anak Ema yang perlukan kasih sayang serta perhatian selain materi bagi menunjang kehidupan mereka kelak, bukan pertengkaran dan penganiayaan terhadap mereka dan keluarga. Emosi dan psikologi mereka pastilah terganggu. Dan trauma bagi anak2 ckup sukar disembuhkan Ema.

      Walau memang tidak saya pungkiri, bahwa seorang janda yang mau menikah tidak boleh dihalang2i, namun saya sepakat memberikan nasehat agar Ema bisa berfikir jernih dan jauh. Supaya tidak lagi terjadi seperti yang sudah2.

      Nasehat saya, sebelum Ema memutuskan utk menikah kembali dgn bekas suami yang lalu fikirkanlah keluarga dan anak2 Ema. Mereka belum bisa menerima kerana trauma yg mereka alami itu cukup dalam.

      Seandainya laki2 yg Ema maksudkan itu bukanlah bekas suami Ema yang lalu, maka saya akan berikan pencerahan yang lain insy-a-Allah.

      Like

      1. tq natasia..maksud saya, dia sangat sayangkan anak-anaknya.anak-anak juga sangat gembira dan sihat kala berjumpa dengannya. ibu bapa saya pernah menghalang dengan keras dia berjumpa dengan anak-anaknya, sampai anak saya jadi tertekan dan berasa seperti anak yatim. anak saya jadi mundur dalam pelajaran, jadi emosi, dan suka mengamuk.anak saya kedua-duanya perempuan.saya kasihan melihat anak-anak..saya buntu..istikharah sudah..cuma saya takut..dan saya faham..betul yang natasia kemukakan..takut yang lama berulang kembali.

        Like

      2. 🙂 anak2 Ema senang & bahagia tatkala bertemu ayahnya, sebab mungkin di bahagiakan dengan kemewahan… maaf saya berkata begini,

        Apabila anak merasa hidup mereka susah & tidak memungkinkan mereka mendapat apa yang mereka mau dan apabila kondisi itu berubah drastis saat bertemu dgn ayah mereka, sudah pasti semua kebahagiaan mereka pamerkan di hadapan orang yang memberikan kesenangan kepada mereka.. kerana anak tak pandai berbohong atau menutup rasa dan asa mereka.

        Lain jadinya orangtua yang ?engalami derita & keperihan saat melihat cucu mereka ditinggalkan… juga melihat kondisi anak yang diduakan.. orangtua sukar menata hati… membahagikan rasa.. yg ada di hati mereka adalah kesakitan, kebencian, kemarahan.

        Tapi Ema jgn salah… walau selangit kemarahan dan kebencian bersarang dlm hati orgtua, akhirnya akan cair juga saat melihat cinta & perjuangan kalian utk kembali bersatu.

        Maksud saya, klo benar bekas suami Ema itu sudah berubah dan insaf akan segala kesalahan beliau, pertama-tama yg dia lakukan adalah memohon ampun dan maaf terhadap orgtua Ema.. klo dia benar2 sudah berubah, dia akan dtg bertemu kluarga Ema, meminta ampun dan maaf kerana sdh mempersia2kan hidup dan kebajikan Ema suatu waktu dahulu. Itu salah satu bukti yg bisa Ema lihat dr sisi luarannya.

        Sisi lain, Ema harus pintar dan cerdas menyelidikinya. Tidak salah klo kita berhati2 supaya tidak jatuh dalam jurang atau lembah yang lebih dalam lagi.

        Klo perasaan Ema masih takut setela melakukan istikharah, saya nasehatkan, agar Ema menunda dulu semua rencana tersebut sampai Ema berasa nyaman dan bahagia dengan pilihan dan keputusan yang Ema ambil nanti.

        Ema, jangan terlalu mudah tuk percaya atau jatuh kedalam pujuk rayu seorang laki2 yang pernah membuat Ema menderita… kerana isi hati hanya Allah-lah yg Maha Tahu.

        Selidiki dulu perihal bekas suami Ema & seperti apa perubahan itu keatas dirinya…

        Jgn terlalu lekas menerima, tarik ulurlah tali agar layangan terbang tinggi tapi tidak putus talinya…

        Tidak ada salahnya Ema mendengarkan saran dan perintah orangtua, karena durhaka itu akan mendatangkan keburukan buat diri kita. Apalah arti bahagia seandainya orgtua kita terpaksa dan menderita… tidak ikhlas apalg redha…

        Ingat… redha Allah adalah karena redha orgtua kepada kita Ema…

        Fikirkanlah…

        Like

  78. Saya pernah bercerai dengan suami. Kami hendak nikah semula, kerana telah tamat tempoh iddah (2 thn dah bercerai).Baa saya dan keluarga saya tidak merestuinya.Bagaimana caranya untuk bernikah di Malaysia. Kami bermastautin di negeri yang berlainan. Saya di utara dan beliau di Selatan.

    Mohon nasihat ya.tq

    Like

    1. Maaf, klo bisa saya mau tahu dlu kenapa orangtua dan keluarga tidak merestui pernikahan kalian.

      Setelah itu saya akan berikan nasehat terbaik menuju pernikahan.

      Like

  79. Salam,

    Soalan saya. Bakal suami sudah di deport oleh imigresen balik ke Negara dia kerana overstay. Tapi tak tau status blacklist dia. Persediaan perkahwinan, wali semua dah ready di sini. Masalahnya pasangan ni tak sempat isi borang permohonan perkahwinan dari mana mana jabatan lagi.
    Soalan:
    1. Macam mana nak semak status blacklistnya.
    2. Apa cara terbaik mereka? Keluarga wali semua dah sedia. Cuma tunggu kedatangan pihak lelaki saja.

    Like

    1. W/salam

      Cik, kalau overstay tak akan ada blacklist, kena bayar denda sahaja. jadi tak usah takut.
      seharusnya, cik memanfaatkan waktu pasangan untuk cepat-cepat urus prosedur perkahwinan, kalau dia tak sempat isi form dan ikuti prosedur macamana pihak imigresen negara beliau nak kasi visa kunjungan sosial/budaya dengan cepat.

      untuk memudahkan urusan, boleh saya tau, pasangan anda berwarganegara apa?

      Like

  80. jikalau wali enggan bagaimana prosedur nya?perlukah naik turun mahkamah untuk kes ini?kalau boleh saya tak nak libatkan mahkamah untuk masalah ini.

    Like

  81. Salam saya ank tanya,saya orang malaysia dan bakal suami orang iraq,disebabkan tentangan keluarga saya merancang akad di songkhla.apakah prosedur untuk pemdaftaran nikah di malaysia Selepas akad di songkhla dengan tiada masalah seperti dokumen-dokumen yang diperlukan.

    Like

    1. W/salam

      Cik, fikirkanlah keluarga yang sudah lama Cik kenal ketimbang bakal suami yang mungkin baru Anda kenal sebulan…

      Restu keluarga itu penting demi kebahagiaan dan masa depan Cik… Pernikahan dengan sebuah tentangan dan perdebatan tidak akan memberi bahagia buat Cik dan pasangan.

      Cobalah pujuk orangtua supaya terbuka hati mereka untuk mengizinkan Cik menikah dengan pasangan.

      Penikahan diluar negara juga arus lewat izin kerajaan Malaysia Cik. Bahkan kalau Cik nekad menikah di Songkhla, siapa yang akan mewalikan Cik nanti?

      Menikah itu harus dengan wali yang sah, dengan izin Ayah kandung Cik. Tanpa izin dari wali, Surat izin menikah dimluar negara pun tidak akan dikeluarkan oleh Majlis Agama

      Semua prosedur akan bermula di Malaysia, dan beraklhir di Malaysia juga Cik

      Like

  82. As Salam,
    Persoalan saya, jika seorg perempuan itu tidak pernah berkahwin dan telah mempunyai anak tidak sah taraf ingin berkahwin dengan seorg duda yang telah 2 kali berkahwin. adakah prosedur utk berkahwin akan menjadi rumit?
    1. apa yang perlu pihak perempuan lakukan dan sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan.
    2. pihak lelaki juga perlukan dokumen-dokumen yang apa yang diperlukan.

    Wasalam, Syukran…

    Like

    1. W/Salam

      Jawaban bagi persioalan yang Anda kemukakan

      1. Apakah proses pernikahan sulit seandainya seorang wanita mempunyai anak tidak sah taraf?
      – jawaban saya tidak : prosesnya sama seperti umumnya.

      2 & 3. Dokumen untuk lelaki dan wanita smua ada disini, silakan dibaca dan di teliti dengan baik :
      -https://loveinglass.wordpress.com/2013/03/21/prosedur-perkahwinan-islam-di-malaysia-update/

      Jazakillah…

      Like

  83. jika saya lahir di Kedah, tetapi telah menetap di selangor selama 23 tahun, perlukah ke negeri asal untuk meminta kebenaran berkahwin?

    Terima Kasih.

    Like

    1. Ikin, baca prosedur dengan baik & teratur… disitu ada jawaban bg pertnyaan Ikin tersebut…

      – tidak perlu, cuma minta surat tinggal menetap dr ketua kampung di tempat tinggal sekrang

      Like

  84. saya telah brkahwin di indonesia dan telah mndaftarkn prkwinan kpada msia tetapi blum di sahkan lg di malaysia dan tiada di daftarkan lg dlam msia sistem..dan telahpn brcerai dgn suami.sekiranya saya brkahwin lagi cmna saudara apa prosedur yg perlu saya ambil skiranya saya berkahwin lagi

    Like

    1. Cik emalisa,

      Anda sudah menikah di Indonesia? Dan mendaftarkn pernikahan tersebut di Malaysia..

      Soalan saya :

      1. Siapa yg berwarganegara Malaysia, Anda/suami?

      2. Saat Anda menikah di Indonesia, apkh mengikut smua prosedur pernikahan pemerintah?

      3. Berapa lama mendaftar & siapa yg mendaftarkan pernikhan Anda di Malaysia?

      4. Bila perceraian terjadi?

      Like

  85. Assalamu’alaikum.

    Seorang lelaki (bujang),ingin berkahwin dengan seorang wanita (janda).

    Mohon pencerahan tentang prosedur yg berkaitan.

    Terima kasih.

    Like

    1. Waalaikumsalam…

      InsyAllah, di dalam artikel saya ini sudah lengkap semua prosedur pernikahan keluarga islam…
      even antara wanita yang sudah bergelar janda vs lelaki bujang atau sebaliknya.. ataupun sama2 bujang.. ataupun berlainan warganegara….

      silahkan dibaca dengan teliti

      wassalam

      Like

    1. aien, walaupun awak tak tinggal dengan mak kandung awak… awak boleh dapatkan sijil nikah orang tua awak tersebut. mintalah baik-baik dengan mak awak…

      Like

    1. W/salam..

      Puan, silakan puan urus perceraian & jalani smua syarat2 serta hukumnya setelah itu baru fikir tentng pernikahan, baru urus tentang pernikahan.. itu lebih baik menurut hukum islam… tentang hukum iddah atau hukum wanita yg diceraikan ada dlm blog ini… silakan puan amati baik2 spya puan tdk menyalahi sisi hukum..

      Like

      1. sy nk brtye jikalau sy sudah brpisah dengan bkas suami selama 6thun dan suami tidak pernah membr nafkah zahir dan batin..apakah status prkahwinn sy
        dan apakah yg sy harus buat

        Like

      2. Setelah akad nikah dijalankan… suami akan membacakan taklik…? Apakah Anda ingat akan itu…? Bagaimana dia menyebutkan taklik Anda yang ditandatangani dan di sahkan oleh Pejabat Agama? Taklik tersebut ada di bagian belakang sijil nikah… ms4..

        Klo sudah berpisah, tapi blom resmi bercerai, Cik pergilah ke Pejabat Agama dengan segera, buatlah laporan tentang perpisahan tersebut. Dan tggu panggilan dr mahkamah syariah.

        Insy-a-Allah semua akan berjalan dengan lancar.

        Like

  86. bulan desember tahun lepas…adik kepada kawan saya (perempuan) juga diminta sijil nikah ibubapanya oleh pihak pej.agama…sedangkan adiknya itu bukan anak perempuan pertama… boleh jelaskan mengapa? sehingga mereka terpaksa meminta saudara lain berpura2 menjadi saksi kerana ibunya sendiri tidak ingat siapa saksi pernikahan dan ayahnya pula telah meninggal dunia…

    Like

    1. Cik..

      Tidak mungkin ada asap klo tidak ada apinya..

      Tidak mungkin pihak Majlis Agama berbuat sesuatu tanpa sebab…

      Pihak Majlis Agama berhak menanyakan segl sesuatu yang berbaur mencurigakan. Mereka juga berhak memastikan segala sesuatu. Apalagi meluruskan permasalahan yg berkaitan dgn nikah kahwin dan agama..

      Itu semua mereka lakukan supaya pernikahan yg bakal terjadi menepati semua syarat sah menikah dan tidak bertentangan dgn Hukum Nikah.

      Like

  87. salam, saya ader terdengar bahawa, pihak imegresen suruh ke kedutaan malaysia di jakarta, untuk tujuan cop 3 bulan? betul ke? ader ke cop 3 bulan?

    Like

    1. W/salam..

      Maaf cik carmail? Saya tak faham maksud pertanyaan cik disini..

      Cik ingin bertanyakan soal cop imigresen dalam perihal apa?

      Apakah tentang – Prosedur Pernikahan di Malaysia?? Kalau iya, tidak ada yg namanya cop 3 bulan… Anda/pasangan Anda (WNA) sahaja yg di minta untuk ke Imigresen utk tujuan pengesahan pasport.

      Kalau ke kedutaan Malaysia di Jakarta adalah bertujuan melegalisir semua dokumen pasangan yg berasal dari Malaysia juga menterjemah semua dokumen tersebut, itupun seandainya Anda memilih untuk menikah di Indonesia.

      Like

  88. Salam.. sy baru berkhawin dan telah ikut suami. Sy nikah di Pahang (daftar khawin di Pahang, belah perempuan). Sekarang di Selangor. Tapi, kami masih belum buat Pendaftaran dan Borang Permohonan Kad Perakuan Nikah sebab tidak mempunyai masa. Hmm, bole daftar di mana2 pejabat agama berdekatan yg lain?

    Like

  89. as salam, saya nak tanya..kalau bakal suami adalah warganegara asing cth: indonesia dan isteri adalah warganegara malaysia… yang mana satu yang patut bakal suami lakukan dan penting untuk dilakukan? adakah mendapatkan pengesahan dari konsul dulu dan boleh buat urusan pernikahan yang lain atau wajib keluar dari malaysia untuk mendapatkan pas lawatan sosial..?harap bantu..

    Like

    1. W/salam,

      – Keluar dari malaysia,
      – dapatkan pas lawatan sosial dr imigresen di negara beliau
      – urus surat pengakuan bujang/ duda dari RT/RW
      – urus surat ijin menikah di luar negara di KUA
      (Semua di buat di kantor urusan pemerintah terdekat di kota tempat tinggal di indonesia, setelah mendapatkan semua surat2 tersebut, bawa dokumen asli : KTP, PASPORT, SURAT PENGAKUAN BUJANG/DUDA, SURAT IJIN MENIKAH DI LUAR NEGARA KE KONSULAT KBRI DI MALAYSIA UTK PENGESAHAN DOKUMEN2 TERSEBUT, KEMUDIAN BARU URUSKAN URUSAN PERNIKAHAN, JANGAN LUPA BUAT PENGESAHAN PASPORT DI PEJABAT IMIGRESEN TERDEKAT.)

      Like

      1. Bagaimana pula kalau pasangan saya mempunyai permit kerja yg masih belum dibtalkan ttp majikannya telah bangkrap Dan tidal dpt dikesan? Apakah prosedurnya?

        Like

      2. Sama saja prosedurnya, harus batalkan dulu permit kerja… tidak ada sangkut paut dengan majikan yang bankrup…

        semua perkara bisa diselesaikan dengan baik seandainya semua diceritakan apa adanya, tidak ditambah2 atau dikurang2kan….

        ceritakan saja kepada kerani yang bertugas, mereka akan cek samada benar atau tidak majikan pasangan anda itu sudah bankrup.

        Like

  90. rakan saya adalah anak tidak sah taraf.dia adalah anak perempuan pertama.adakah ini akan merumitkan proses nikah beliau?

    Like

    1. tidak akan rumit, semua diselesaikan sesuai prosedur bahwa wali rakan anda tersebut nantinya akan di wali hakimkan kepada jurunikah.

      itu menjadi tugas ayah beliau tuk mengatakan kepada imam yang bakal menikahkan rakan anda tersebut mengenai status dia sebagai anak yang tidak sah taraf dan ayah nya itu tidak boleh mewalikannya.

      Like

  91. saya seorang duda yang berasal dari johor dan telah tinggal di sberang takir kuala tereganu lebeh 1 tahun.sekiranya saya ingin bernikah dengan pasangan yang berasal di tereganu,perlu kah saya meminta surat kebenaran dari jabatan agama negeri asal saya? t.kaseh

    Like

    1. Tak perlu karena status anda adalah bermaustatin (tinggal di suatu daerah melebihi 6 bulan)
      Surat kebenaran menikah akan dikeluarkan oleh jabatan agama setempat setelah smua prosedur dan dokumen permohonan perkahwinan anda completed.

      Yang perlu anda ambil adlh :
      – Surat perakuan tanda menetap dari penghulu,
      – Surat keterangan dr majikan,

      Like

      1. Salam,

        Saya Wahidah, bakal berkhawin dng pasangan saya dari SRI LANKA (ishfak fairoze). sekarang kami di SAUDI, RIYADH sedang bekerje. Keluarga kami sedang membuat persediaan untuk berkhawin october 2015. saya agak stress apabila membaca semua persediaan untuk bernikah dan khawin. plan kami adalah pulang ke kerje selepas berkhawin in KL. Maksudnye kami akan ke KL hanya pulang bercuti untuk berkhawin. kemudian pendaftaraan juga akan dibuat di SRI LANKA. soalan saya adalah, bagaimana nak memudahkan pendaftaraan ini supaya kami tidak perlu mengulang-alik dari SAUDI ke KL dan bolehkah keluarga saya menguruskan semua document tanpa kami? TERIMA KASIH

        Like

      2. w/salam… kenapa cik tak buat urusan pernikahan cik semua di saudi, riyadh sahaja? bukankah kita ada kaunter perurusan nikah kahwina di kedutaan besar malaysia di saudi?

        atau kenapa cik tak cuba buat permohonan nikah secara online, nanti balik tinggal datang bawak copy yang cik print dari permohonan online tu.

        buat semua pengurusan disana, kemudian nanti dah lulus and ok baru cik balik malaysia untuk menikah. setelah menikah, pendaftaran itu di buat oleh imam yang menikahkan, nanti dia kasi tau bila cik boleh ambil surat nikah tu, tak lamalah cik 2 hari jew.

        menikah senang janganlah cik merasa susah

        Like

Jom Komen...

Blog at WordPress.com.

Up ↑

.:: Love Is Cinta ::.

.:: Karena Cinta Kita Selalu Ada ::.

Manusia Jalang

Karyaku adalah aku. Aku adalah karyaku.

Life Photographie

Capturing still moment

ephyria

my life my world

My Pain, My Life, My Struggles, My Fight

Come walk with me, Down My Dark & Stormy Journey BUSINESS INQUIRIES & CONTACT EMAIL : GODSCHILD4048@GMAIL.COM

Dunia Penyair ~ Himpunan Puisi Klasik Dan Moden Sepanjang Zaman

~ Koleksi Puisi Klasik Dan Moden Yang Segar Sepanjang Zaman ~

dapurizzi.wordpress.com/

~ Freshly Homemade Food ~

IZZI BAKERY

The Greatest Homemade Products

.::Ketika CINTA Bertasbih::.

.... saat beralun qasidah KASIH....

YOEDA BIKE

Bengkel Sepeda Gowes

Bengkel Sepeda Gowes

- SEPEDA GOWES -

PUISI SURGA

Sekadar Merekam Suara Hati

yuliartivk

Smile! You’re at the best WordPress.com site ever

ISLAM SYIAH

Meluruskan Pemahaman Tentang Islam Syi'ah Imamiyah Itsna 'Asyariyah (Jakfariyah)

alangalangkumitir

Javanese Manuscripts

Lazione Budy

'Saoirse' is not a word, it's angel