Cemburu

CEMBURU

Oleh : Natasia Maiza 

 

cemburuCemburu adalah ketidaksukaan diatas bergabungnya orang lain pada haknya. Cemburu  juga menurut kamus adalah ketakutan berpindahnya rasa kasih sayang terhadap orang lain, atau ketidakpercayaan akan kesetiaan orang yang dicintai, seperti suami, isteri atau kekasih. Kecemburuan juga boleh wujud dalam persahabatan atau antara adik-beradik seperti kakak dengan adik kandungnya.

Ditinjau dari nilainya di sisi Allah SWT, cemburu itu terbahagi kepada 2. Dalam sebuah hadits disebutkan : bahwa Nabi SAW bersabda: 

“Ada jenis cemburu yang dicintai Allah SWT ada pula yang dibenci-Nya. Yang disukai, iaitu cemburu tatkala ada keraguan, sedangkan yang dibenci, adalah cemburu yang tidak dilandasi keraguan.”

Dari sisi yang lain, cemburu itu terbahagi kepada dua. Pertama, ghirah lil mahbub (cemburu membela orang yang dicintai). Kedua, ghirah alal mahbub (cemburu membela agar jangan sampai ada orang lain yang juga mencintai orang yang dicintainya.

Ghirah lil mahbub adalah pembelaan seseorang terhadap orang yang dicintai, disertai dengan emosi demi membelanya, ketika hak dan kehormatan orang yang dicintai diabaikan atau dihinakan. Dengan adanya penghinaan tersebut, ia marah demi yang dicintainya, kemudian membelanya dan berusaha melawan orang yang menghina tadi. Inilah cemburu Sang Pencinta yang sebenarnya. Dan ini pula ghirah para Rasul dan pengikutnya terhadap orang-orang yang menyekutukan serta melanggar syariat Allah SWT. Inilah ghirah yang seharusnya dimiliki oleh sosok muslim untuk membela Allah SWT, Rasullullah SAW dan agama-Nya.

Adapun ghirah alal mahbub adalah kecemburuan terhadap orang lain yang ikut mencintai orang yang dicintainya. Inilah yang ingin saya kupas disini.

Cemburu dapat dikesan apabila seseorang itu mempunyai perasaan terhadap orang yang dicemburuinya. Oleh itu seringkali kita mendengar orang berkata ‘cemburu tandanya sayang’ yang seolah-olah menggambarkan bahawa cemburu adalah satu standard untuk menilai kasih sayang sesuatu pasangan. Mungkin ini ada benarnya kerana jika kita tidak sayang pada seseorang mengapa mesti kita merasa cemburu terhadapnya.

Sesungguhnya sifat cemburu adalah naluri manusia yang amat sukar untuk dibendung  dan merupakan fitrah yang tercipta pada diri setiap manusia, sesuai dengan tabiat manusiawi yang dipupuk dengan nilai-nilai keimanan. Lantaran ia adalah disebabkan oleh sikap ‘possesive’ seseorang terhadap pasangannya. Di mana dalam dirinya ada satu pengakuan jelas (tetapi tidak secara langsung) bahawa pasangannya itu hanya untuk dirinya sahaja dan tidak boleh sama sekali diambil atau dikongsi dengan orang lain.

Islam sendiri ada menyebut bahawa salah satu sifat lelaki yang soleh itu adalah “pencemburu”. Kerana hal itu mengisyaratkan wujudnya perasaan cinta. Islam amat memuji lelaki yang memiliki rasa cemburu dan mencela orang yang tidak memilikinya.

Namun begitu sifat terlampau cemburu yang mencapai tahap ‘cemburu buta’ amat tidak digalakkan kerana ia boleh menggugat hubungan sesebuah rumahtangga begitu juga ketiadaan langsung sifat cemburu pula sebenarnya boleh membawa akibat buruk kerana ia boleh menjadi punca pasangan ‘mudah dikebas orang’.

Selain menganjurkan rasa cemburu, Islam juga menggariskan batas-batasnya. Yang mana bila batas-batas ini dilanggar, maka akan rosaklah kebahagian rumah tangga yang dibina. Suami yang soleh haruslah benar-benar memahami hal ini agar dapat mewujudkan kehidupan yang sakinah, mawadhah, dan wa-rahmah seperti dalam sabda Rasulullah SAW dari Abu Hurairah :

”Allah itu pencemburu dan seorang mukmin juga pencemburu. Kecemburuan Allah itu bila ada seorang hamba datang kepada-Nya dengan perbuatan yang diharamkan-Nya. (HR. Bukhari).

Dari Ibnu Mas’ud ra. Berkata, sa’d bin Ubadah berkata,

“Kalau ketahuan ada seorang lelaki bersama istri saya, akan saya potong lehernya dengan pedang sebagai sangsinya” Bersabda Rasulullah SAW. : “Hairankah kalian dengan cemburunya Sa’ad itu ?, ketahuilah bahwa saya lebih cemburu dari padanya. Demi Allah saya cemburu kerana kecemburuan Allah terhadap perbuatan keji, baik secara terang-terangan maupun sembunyi-sembunyi” (HR. Bukhari)

Begitulah harusnya agar seorang mukmin itu mempunya sifat dan berperangai ilahiyah dan nabawiyah ini. Adapun mereka yang tidak mempunyai rasa cemburu, maka tidak dapatlah mereka menjaga kehormatan pasangan masing-masing. Suami bersikap tidak acuh ketika istrinya berdandan serta memakai wangi-wangian ketika berpergian ketempat umum, mepamerkan helaian rambut, memperlihatkan tubuh, dan berbicara lembut kepada yang bukan mahramnya.

Perbuatan seperti itu adalah perbuatan yang tercela sebagaimana dalam Sabda Rasulullah SAW :

”Tiga golongan yang tidak bakal masuk syurga : orang yang derhaka terhadap orang tua (ibubapa), Duyuts ( Orang yang tidak mempunyai rasa cemburu), dan perempuan yang menyerupai laki-laki”

( HR. Nasai dan Hakim).

Bila berbicara tentang cemburu juga, ramai menuding jari mengaitkannya dengan kaum hawa di mana mereka beranggapan bahawa kaum wanita ini sangat kuat cemburunya. Dalam soal ini, sebenarnya sama ada lelaki mahupun wanita masing-masing mempunyai sifat cemburu. Cuma yang membezakannya ialah tahap cemburu tersebut dan sejauh manakah perasaan cemburu itu berjaya dikawal. Ini juga dialami oleh Istri-istri Rasulullah SAW dan shahabiyyah yang lain. 

Cemburu tak hanya milik lelaki, tapi juga milik kaum wanita. Dan perasaan cemburu ini paling banyak muncul pada pasangan suami istri (Fathul Bari, 9/384).

Cemburu (1)

Dahulu istri-istri Nabi juga cemburu, apalagi wanita-wanita zaman sekarang yang lebih banyak dikuasai oleh sikap negatif dan sebahagiannya kurang iman serta kurangnya pendidikan agama. Terdapat banyak hadits tentang kisah cemburunya istri istri Rasulullah SAW di antaranya:

Disebutkan dalam sebuah riwayat, Dari Anas r.a berkata:

Suatu hari ketika Rasulullah SAW sedang di rumah salah seorang isteri beliau. Tiba-tiba isteri baginda yang lain mengirimkan sebuah mangkuk berisi makanan. Melihat itu, isteri yang sedang bersama baginda memukul tangan pelayan pembawa makanan tersebut, maka jatuhlah mangkuk tersebut dan pecah berkecai.

Baginda Rasulullah mengumpulkan serpihan mangkuk yang pecah serta makanannya, lalu Baginda berkata :

”Ibu kalian sedang cemburu” kemudian beliau menahan pelayan yang membawa mangkuk berisi makanan tersebut dan memberikan sebiji mangkuk milik isteri yang sedang bersama beliau untuk diberikan kepada pemilik mangkuk yang sudah dipecah. Serpihan mangkuk yang sudah pecah tadi beliau simpan di rumah isteri yang sedang bersama beliau.

Ibnu Hajar menjelaskan bahwa isteri baginda Rasulullah SAW; Aisyah Ummul Mukminin yang memecahkan mangkuk berisi makanan tersebut. Sedangkan pengirim mangkuk yang berisi makanan itu adalah isteri baginda yang lainnya iaitu Zainab binti Jahsy.

Dalam hadits yang lain diriwayatkan:

Dari Aisyah:

”Aku tidak cemburu kepada seorang wanita terhadap Rasulullah sebesar cemburuku kepada Khadijah, kerana beliau selalu menyebut namanya dan memujinya.”

Dalam sebuah riwayat disebutkan, Aisyah berkata:

Ketika suatu malam tatkala Rasulullah berada di sampingku, beliau membalikkan badan, dan meletakkan sepatunya di sebelah kakinya dalam keadaan masih terbaring.

Kemudian beliau menyingkirkan ujung kainnya ke pembaringannya. Sesaat beliau tetap dalam pembaringannya, sampai beliau mengira bahawa aku sudah tidur. Setelah itu dengan perlahan beliau mengenakan sepatu yang berada disebelah kakinya tadi. Dengan perlahan juga beliau mengambil kain selendangnya, membuka pintu dan akhirnya keluar.

cemburu 2

Akupun kemudian mengenakan pakaianku mulai dari atas kepala, aku kenakan kerudungan ku dan aku tutupkan kain ke tubuhku lalu aku berjalan mengikuti jejak Baginda. (Aku menduga beliau akan pergi ke salah satu isterinya kerna itu aku mengikutinya) hingga akhirnya beliau sampai di (kuburan) Baqi’. Lalu saya selidiki beliau, ternyata beliau sedang berdo’a sebanyk 3 kali.

Setelah itu beliau bergeser pergi, akupun menuruti baginda. Beliau mempercepat langkahnya, akupun mempercepat langkahku. Beliau berlari-lari kecil, akupun ikut berlari -lari kecil, beliau tergesa-gesa, maka akupun tergesa-gesa, sehingga aku dapat mendahuluinya. Selanjutnya aku masuk rumah dan berbaring kembali. Kemudian Rasulullah masuk pula seraya bersabda:

”Kenapa kamu, wahai Aisyah, dadamu berdetak kencang”

Lalu aku mengabarkan kepada beliau kejadian yang sesungguhnya, beliau bersabda:

“Sesungguhnya Jibril datang kepadaku ketika engkau (tadi) melihat(ku). Ia (Jibril) tidak datang kepadamu kerna engkau sudah melepaskan pakaianmu. Jibril memanggilku, maka aku bersembunyi-sembunyi dari pandanganmu. Aku suka jika menyembunyikan diri darimu,

Kemudian aku mengira bahawa engkau sudah melelapkan matamu (tidur), maka aku tidak suka membangunkan tidurmu dan aku khawatir jika nanti kamu ketakutan. Jibril memerintahkan aku supaya datang ke kuburan (Baqi) untuk memohonkan ampun kepada Allah SWT buat mereka (orang-orang yang dimakamkan di Baqi)”

Aku (Aisyah) berkata: “Wahai Rasulullah apa yang harus aku ucapkan (ketika datang ke kuburan)?”

Beliau bersabda: “Ucapkanlah doa:

”Keselamatan hendaknya tercurah kepada penghuni kubur dari kalangan kaum mukminin dan kaum muslimin, semoga Allah memberi rahmat kepada orang-orang yang mati terdahulu dan yang mati kemudian. Dan kami insya Allah akan menyusul kemudian.”

Hadits `Aisyah mengatakan, yang ertinya:

Pada suatu malam saya kehilangan Rasulullah. Saya menyangka beliau pergi ke istri yang lain. Lalu saya selidiki beliau, ternyata beliau sedang ruku’ atau sujud sambil berdo’a:

“Maha suci Engkau dan MahaTerpuji Engkau, tiada sesembahan yang benar melainkan Engkau.”

Maka saya berkata:

“Sungguh-sungguh anda dalam keadaan (ibadah), sedang saya dalam keadaan lain (digoda oleh rasa cemburu).” (Hadits shahih yang dikeluarkan oleh Muslim: I/351-352; Abdul Baqi, An-Nasi’i VII/72, ath-Thayalisi 1405 dan Iainnya).

Dalam hubungan suami isteri, sifat cemburu wajib dikawal. Jika tidak klimaksnya nanti boleh membawa kepada putusnya sesuatu ikatan perkahwinan itu (bercerai). Dalam hal ini rasa cemburu acapkali membuatkan seseorang berubah menjadi orang yang selalu curiga dan sentiasa berprasangka buruk Hakikatnya dia sedar bahawa sikap cemburunya itu kurang menyenangkan pasangannya tetapi dia tidak mampu mengawalnya.

Dia merasakan bahawa apa yang dilakukan semuanya betul dan sentiasa ingin tahu apa yang dilakukan oleh pasangannya hatta perkara yang kecil sekalipun sehingga mencetuskan pertengkaran demi pertengkaran yang menggugat kemesraan yang terjalin
sebelumnya. Oleh itu untuk menyelamatkan keadaan, seseorang itu apabila dapat melihat tanda-tanda awal cemburu pada pasangannya, hendaklah bertindak segera agar tidak merebak.

Ikutilah tips berikut tentang bagaimana untuk mengawal keadaan sekiranya mendapat pasangan yang kuat cemburu.

Jika pasangan kita mula menunjukkan rasa cemburu, jangan terbawabawa dengan sifatnya itu. Mungkin kita tidak perlu menjawab setiap soalan yang diajukan. Sebaliknya lebih baik berdiam diri sahaja daripada terus menyemarakkan kemarahannya.

Anggaplah bahawa dia sebenarnya tidak berniat untuk melukai hati kita. Mungkin ini tidak disedarinya dan jangan ambil hati.

Cuba sedaya upaya untuk membina keyakinan diri padanya. Pujilah pasangan atau mintalah nasihatnya bila perlu dan sentiasa luahkan perasaan cinta yang membuktikan bahawa kita menyayanginya. Malah sebaiknya berikanlah dia sokongan yang berterusan agar dia merasa sentiasa disayangi dan dihargai.

Jangan membabitkan diri dalam situasi yang boleh membuahkan perasaan cemburu bagi pasangan seperti suka berfoya-foya, berbual-bual mesra atau bergurau senda dengan orang lain.
Berbincanglah dengan pasangan tentang perasaannya. Jika kita telah berusaha sedaya upaya tetapi pasangan tetap tidak boleh mengawal rasa cemburunya, kaunseling mungkin jalan terakhir untuk menyelamatkan keadaan.

‘Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri’. Begitulah antara bait-bait lagu yang menceritakan asam garam kehidupan dalam rumahtangga. Cinta dan cemburu adalah seperti isi dengan kuku bagi mana-mana pasangan suami isteri. Yang penting adalah kesederhanaan.

sedangkan lidah lg tergigit

Maksudnya seseorang itu harus mempunyai rasa cemburu terhadap pasangan tetapi mestilah berpada. Jangan sampai pasangan merasa terkongkong dan dikongkong. Sebaliknya jadikanlah rasa cemburu itu sebagai alat untuk dapat memperbaiki sikap atau muhasabah diri terhadap sikap yang selama ini diamalkan.

Contohnya, bagi seorang isteri mahupun suami, adakah penampilan atau layanan yang selama ini diberikan memuaskan atau tidak. Adakah berlaku sesuatu kekurangan dalam diri yang sebenarnya mampu kita mengadakannya tetapi tidak kita adakan. Dengan sikap ini, kita akan sentiasa memperbaiki kualiti diri dan sentiasa memberikan layanan yang terbaik untuk pasangan supaya ia tidak terpikat kepada yang lain.

Akhirnya, tidak perlu lagi terjadi perbalahan atau pertengkaran yang hebat antara suami isteri gara-gara sifat cemburu kerana tentu sekali tidak ada pasangan yang rela diperbodohkan atau diambil kesempatan akibat ketiadaan sifat cemburu dalam hatinya yang membuatkan dia tidak peka dengan kehendak sebenar pasangannya.

Ataupun dalam keadaan lain, seorang suami boleh berbohong kepada istrinya dalam rangka membuat perasaan istrinya lega dan dalam rangka memperdalamkan hubungan kasih sayang antara keduanya. Hal itu didasarkan pada hadits Ummu Kultsum binti Uqbah yang manyatakan:

Saya belum pernah mendengar Rasulullah membolehkan dusta sedikitpun melainkan pada tiga keadaan, di mana Rasulullah mengatakan:

“Aku tidak menganggapnya berdusta yaitu seseorang melakukan perbaikan hubungan antara manusia, ia berkata dengan perkataan yang tujuannya tidak lain untuk perbaikan hubungan itu, juga seseorang yang berkata dalam peperangan dan seseorang yang berkata pada istrinya, serta seorang istri kepada suaminya.”

Menanggapi hadits di atas, Imam Nawawi mengatakan dalam Syarh Muslim:

“Adapun bohongnya seorang suami kepada istrinya dan bohongnya seorang istri kepada suaminya, maksudnya ialah dalam kaitan melahirkan kasih sayang, memberikan janji-janji yang tidak mengikat dan sebangsanya. Adapun bohong yang berisi tipu daya untuk tidak memenuhi hak salah satu pihak, atau mengambil sesuatu yang bukan kepunyaannya, maka ini adalah haram berdasarkan ijma’ (kesepakatan) kaum muslimin.”

Dengan itu ‘cinta dan cemburu hendaklah diambil ‘sesedap rasa’ sebagai perencah kebahagiaan rumahtangga. Cinta biarlah ikhlas dan cemburu biarlah bertempat. Kata orang,

‘tanpa cemburu rasa cinta terasa hampa’.

Ingatlah, sesungguhnya ‘ALLAH SWT Maha Cemburu’. Maksudnya? Ya, bukanlah Allah SWT sangat mencintai kita selaku hamba-hamba-Nya. Cuma kita yang tidak menyedarinya lantaran HATI kita yang telah ‘TERTAWAN DENGAN ‘CINTA YANG LAIN’!

 

——————————-

Merajut Cinta Dalam Buaian Pena…

Merangkai Kasih Dalam Pautan Kata…

Menyemai Sayang Dalam Untaian Bahasa…

 

Sumber : Seminar Bimbingan & Motivasi Keluarga Islam Hadhari 2005

Jom Komen...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s