KEMANDULAN —– KENAPA???

Arti :

“Mandul”…. perkataan ini amat menakutkan bagi pasangan yang telah berumahtangga . Lebih-lebih lagi kepada mereka yang sangat menginginkan cahayamata.

29-boost-fertility-290812

Apa itu mandul ?

Mandul adalah ketidakmampuan sepasang suami isteri untuk mencapai kehamilan setelah selama 1 tahun melaksanakan hubungan seksual secara teratur dan tidak menggunakan alat pencegah kehamilan.

Kemandulan sangatlah komplek dan harus di tangani dengan secara serius, kerana penyebab kemandulan boleh terjadi dari kedua belah pihak samada dari pihak si suami , atau pun dari pihak si isteri.

Dengan itu, untuk menanganinya, kedua-dua belah pihak harus menjalani pemeriksaan kesuburan dengan doktor pakar perbidanan; Pemeriksaan Sperma Suami dan Sel Ovarium Isteri. Atau dengan cara lainnya iaitu prihatin terhadap perubahan kesihatan diri sendiri.

bank sperma-mselim3

Bagi Suami

Ada dua kemungkinan mengapa si suami mengalami azoospermia. “Azoospermia” ialah air mani yang tidak mengandungi benih :

Kerosakan pada testis (buah zakar).

~ Kerosakan buah zakar, khususnya pada bahagian yang menghasilkan sel spermatozoa, boleh terjadi oleh beberapa sebab, antara lainnya ialah infeksi penyakit tertentu, kekurangan atau gangguan keseimbangan hormon, kekurangan gizi berat dan gangguan fungsi hati.

2. Terjadi sumbatan pada saluran keluar sperma.

~ Sumbatan saluran keluar sperma yang disebabkan infeksi atau gangguan bawaan. Suami yang mengalami sumbatan saluran sperma sebenarnya mempunyai sel spermatozoa. Namun, kerana tidak dapat dikeluarkan bersama cairan sperma, suami itu tidak dapat memberi “benih” kepada isterinya. Dalam hal ini, si suami itu bukanlah golongan mandul.

Dengan pemeriksaan fizikal melalui pemeriksaan hormon, dapat ditentukan masalah yang menjadi penyebab azoospermia.

Bagi kedua-dua kes di atas, dalam kaedah tradisional, tubuh badan terutamanya bahagian buah zakar perlu diurut bagi meransang aliran darah supaya dapat berfungsi dengan normal semula.

penyakit-penyakit-yang-bisa-bikin-pria-dan-wanita-mandul

Penyebab mandul

Kira-kira 30-40% kes mandul disebabkan oleh faktor lelaki, seperti: Masalah pada sperma

Bagi lelaki dewasa, sperma dibuat terus menerus di dalam testis (buah zakar). Proses pembuatan sperma disebut spermatogenesis. Sel yang belum subur memerlukan waktu sekitar 72-74 hari untuk berkembang menjadi sel sperma yang matang.
Dari testis kiri dan kanan, sperma bergerak ke dalam epididimis (suatu saluran berbentuk gulungan yang terletak di puncak testis menuju ke testis belakang bahagian bawah) dan disimpan di dalam epididimis sehingga terjadinya ejakulasi. Dari epididimis, sperma bergerak ke vas deferens dan duktus ejakulatorius. Di dalam duktus ejakulatorius, cairan yang dihasilkan oleh vesikula seminalis ditambahkan pada sperma dan membentuk semen (mani), yang kemudian mengalir menuju ke uretra dan dikeluarkan ketika ejakulasi. Kesuburan seorang lelaki ditentukan oleh kemampuannya untuk menghantarkan sejumlah sperma yang normal ke dalam vagina wanita.

kemandulan-pria

Ada beberapa faktor yang mempengaruhi proses tersebut sehingga terjadi kemandulan:

a.Peningkatan suhu di dalam testis akibat demam berpanjangan atau akibat panas yang keterlaluan boleh menyebabkan berkurangnya jumlah sperma, berkurangnya pergerakan sperma dan meningkatkan jumlah sperma yang abnormal di dalam semen (air mani). Pembentukan sperma yang paling efsisien adalah pada suhu 33.5⁰C (lebih rendah dari suhu tubuh). Testis boleh tetap berada pada suhu tersebut kerana terletak di dalam skrotum (kerandut zakar) yang berada di luar rongga tubuh.

b. Faktor lain yang mempengaruhi jumlah sperma adalah pengambilan marijuana atau ubat-ubatan (misalnya simetidin, spironolakton dan nitrofurantoin).

c. Penyakit serius pada testis atau penyumbatan atau tidak adanya vas deferens (kiri dan kanan) boleh menyebabkan azoospermia (tidak terbentuk sperma sama sekali. Jika di dalam semen tidak terdapat fruktosa (gula yang dihasilkan oleh vesikula seminalis) bererti tidak terdapat vas deferens atau tidak terdapat vesikula seminalis atau terdapat penyumbatan pada duktus ejakulatorius.

d. Varikokel merupakan kelainan anatomi yang paling sering ditemukan pada kemandulan lelaki. Varikokel adalah varises (pelebaran vena) di dalam skrotum. Varikokel boleh menghalang pengaliran darah dari testis dan mengurangi laju pembentukan sperma.

e. Ejakulasi retrograd terjadi jika semen mengalir melawan arus, iaitu semen mengalir ke dalam pundi kencing dan bukan ke penis (zakar).
Masalah ini sering terjadi kepada lelaki yang telah menjalani pembedahan prostat dan yang menderita diabetes (kencing manis).
Ejakulasi retrograd juga boleh terjadi akibat masalah fungsi saraf.

f. Impotensi (mati pucuk)

g. Kekurangan hormon

h. Pencemaran persekitaran

lone-sperm-fertililzing-ovum1

Bagi Isteri

Masalah yang dihadapi ialah :

1. Endometriosis.

2. Disfungsi ovulasi (kelainan pada proses pelepasan sel telur oleh ovarium/sel telur). Ovulasi adalah pelepasan sel telur dari ovarium (indung telur). Ovulasi biasanya terjadi 14 hari sebelum menstruasi hari pertama. Sel telur yang dilepaskan ini telah disenyawakan oleh sperma dari lelaki. Jika seorang wanita memiliki kitaran haid yang tidak teratur atau tidak mengalami menstruasi (amenore), maka dicari terlebih dahulu penyebabnya lalu dilakukan pengubatan untuk merangsang terjadinya ovulasi. Kadangkala ovulasi tidak terjadi akibat tidak dilepaskannya GnRHdonadotropin-releasing hormone) oleh hipotalamus. ( Kelainan hormon. Kekurangan gizi. Kista ovarium. Infeksi peranakan.

3. Tumor. Kelainan lendir servikal (lendir reher rahim). Lendir pada serviks bertindak sebagai penapis yang menghalangi bakteria masuk dari vagina ke dalam rahim. Lendir ini juga berfungsi memanjangkan kehidupan sperma. Lendir pada serviks adalah kental dan tidak dapat ditembusi oleh sperma kecuali pada fase folikuler dari kitaran subur haid. Selama fase folikuler, terjadi peningkatan hormon estradiol sehingga lendir lebih jernih dan kenyal dan boleh ditembus oleh sperma. Selanjutnya sperma menuju ke rahim lalu ke tiub falopii dan terjadilah pembuahan di tiub falopii. Kelainan sistem pengangkutan dari leher rahim ke tiub falopii (saluran telur). Kelainan pada tiub falopii.
Penyebab utama boleh terjadi kelainan struktur atau fungsi tiub falopii adalah:
a) Infeksi b) Endometriosis c) Pengikatan tiub pada tindakan sterilisasi.

Kira-kira sebanyak 10-20% pasangan mengalami kemandulan. Adalah penting untuk tidak mengguh kehamilan lebih dari 1 tahun; kemungkinan hamil pada pasangan yang sihat dan keduanya berusia dibawah 30 tahun serta melakukan hubungan seksual secara teratur adalah hanya 25-30%/bulan.
Puncak kesuburan seorang wanita adalah pada usia 20 tahun; jika usia wanita diatas 30 tahun (terutama diatas 35 tahun), maka kemungkinan hamil adalah kurang dari 10%/bulan.

121109127mmb6

GEJALA


Di antaranya :
Tidak ada tanda-tanda kehamilan akibat daripada emosi (baik pada isteri, suami maupun keduanya) kerana tidak memiliki anak. Kemandulan tidak menyebabkan penyakit fizikal, tetapi dari segi psikologi pada suami, isteri maupun keduanya mungkin sangat berat. Pasangan tersebut mungkin akan menghadapi masalah pernikahan (termasuk perceraian), depresi dan kecemasan.

konflik

DIAGNOSA
Dilakukan pemeriksaan fizika dan mendapatkan latarbelakang kesihatan dari suami dan isteri.
Pemeriksaan yang biasa dilakukan adalah:
1. Analisa semen untuk menilai volume dan kekentalan semen serta menilai jumlah, pergerakan, kecepatan pergerakan dan bentuk sperma. 2-3 hari sebelum menjalani pemeriksaan ini, suami tidak boleh melakukan ejakulasi. Pengukuran suhu tubuh badan.
2. Setiap pagi, sebelum beranjak dari tempat tidur, dilakukan pengukuran suhu tubuh wanita, jika terjadi peningkatan sebesar 0.5-1⁰ Celsius bererti sedang terjadi ovulasi.

3. Memperhatikan perubahan pada lendir servikal. Pada fase ovulatoir, lendir menjadi basah, elastik dan licin. Postcoital test (PCT). PCT dilakukan untuk menilai interaksi antara sperma dan lendir servikal dengan cara menganalisa lendir servikal yang dikumpulkan dalam waktu 2-8 jam setelah melakukan hubungan seksual. Ujian ini dilakukan pada pertengahan kitaran haid iaitu pada saat estradiol mencapai kadar tertinggi dan pada saat terjadi ovulasi.

Dalam keadaan normal, lendir servikal adalah jernih dan boleh diregangkan sepanjang 7.6-10 cm tanpa terputus. Bila dilihat dengan mikroskop, lendir nampak seperti pohon pakis. Kadar progesteron serum. Biopsi endometrium Biopsi testis (jarang dilakukan) Kadar LH (luteinizing hormon) untuk memperkirakan saat ovulasi dan membantu menentukan waktu untuk melakukan hubungan seksual. Progestin challenge Kadar hormon pada suami dan isteri. Histerosalpingografi (HSG) untuk menilai sistem ‘pengangkutan’ dari serviks melalui rahim sampai ke tiub falopii. Histeroskopi. Laparoskopi untuk melihat rongga peranakan. Pemeriksaan peranakan (pada wanita) untuk menentukan adanya cyst atau tidak.

—————————————————————-

TETAP YAKIN BAHAWA ALLAH ITU PEMEGANG ARASY YANG TINGGI, KALAU DIA BERKEHENDAK, SMUA BISA DIA LAKUKAN DALAM SEKELIP MATA—- GA ADA YG GA MUNGKIN—– HADIRKAN ALLAH DALAM CINTA ANDA DAN PASANGAN, SESUNGGUHNYA YANG MEMBERIKAN ZURIAT ITU ADALAH ALLAH SWT BUKAN YANG LAIN—

MAHU DI DIANOGSA SPERMA ANDA KURANG…

MAHU DI DIANOGSA SPERMA ANDA LEMAH….

MAHU DI DIANOGSA GA SUBUR…

KALAU ALLAH BILANG IYA— GA ADA SATU JIWA PUN YG BISA MENOLAK NYA——- INGAT….!!!! ADA SESUATU YG KITA GA ARIF, ALLAH MAHA ARIF —- ADA SESUATU YG KITA GA TAHU, ALLAH MAHA TAHU

JADI, LEBIH BAIK MENJALANI SEMUA APA ADANYA DARI MENEBAK2 JADI ATAU TIDAK…

NIKMATIN AJA LEBIH BAIK— IYA KAN

SEMOGA BERMANFAAT YA

Jom Komen...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s