POLIGAMI

Ramai yang bertanya mengapa saya setuju dengan POLIGAMI?

Pernyataan saya ini pastinya terbuka pada kesilapan dan kritikan. Ungkapan maaf terlebih saya hatur andai ada coretan keterlaluan yang menyinggung perasaan mana-mana pihak. Terutama wanita yang berada disekeliling saya.

Maaf juga kalau ini membuatkan tangis pilu di hati kalian…

Tulisan ini saya coretkan buat kekuatan saya, buat menjaga dien saya sebagai seorang muslimah. Bukan untuk mengatakan saya tergolong dari golongan ilmuwan, ataw cendekiawan yang penuh dengan ilmu, saya juga mesih belajar. Belajar untuk menjadi diri sendiri.

Walau banyak yang ada di benak ini, namun tidak berarti saya tidak perlu untuk belajar lagi. Lalu ini saya tulis. Untuk berkongsi apa yang membuat saya cenderung mempersetujui POLIGAMI itu di segenap hati.

poligami-1

betapa ketika itu saya cenderung menyokong poligami atas beberapa faktor, dan kini setelah setahun enam bulan bergelar isteri, Alhamdulillah saya masih cenderung melihat syariat poligami disuburkan.

Poligami itu umumnya berat diterima isteri. Kerana apa ya? Di sana ada rasa dan alasan yang berbeza bagi isteri yang tidak menyenangi hasrat suami untuk berpoligami.

Secara peribadi, bagiku ia terasa berat kerana dirasakan seandainya suami kahwin lagi, suami akan membawa pergi sayang dan kasihnya meninggalkan diri ini. Kasih sayang suami akan beralih kepada isteri baru yang mungkin lebih baik daripada kita dalam banyak aspek.

Rasa dilupakan. Rasa tidak disayangi seperti sebelumnya. Itulah antara yang datang membolak balik hati dan perasaan.

Sedangkan kalau suamiku kahwin lagi, mungkin itu ubat yang terbaik untuk hati ini. Suamiku adalah kurnia ALLAH yang besar, benar-benar untuk menguji diri ini.

Saat yang aku lalui tika ini dilimpahkan kesenangan yang ALLAH berikan melalui usaha seorang suami. Perhatianku dan sayangku banyak tertumpu pada suami. Rasa bersemangat dengan hadirnya suami di sisi. Rasa sepi dan sunyi apabila suami meninggalkan diri.

Melalui suami  dan perkahwinan juga, kadangkala ALLAH datangkan ujian yang selalu  membawa diri ini bermujahadah untuk terus mendahulukan redha Tuhan daripada kepuasan perasaan.

Rindu. Lumrah bila rasa rindu menjelma pada suami. Lumrah jua merasa bahagia dan gembira dengan hadirnya pasangan yang setia di sisi..

Namun apa khabar dengan rindu pada Ilahi? Di mana gembira dan bahagia bercinta kerana Ilahi?

Ku tercari-cari rindu dan semangat yang pernah subur dalam cintaku pada-Mu, Ya Rabbi.

Orientasi hidup sedikit sebanyak berubah di waktu indah melalui alam rumahtangga. Berbuat dan tidak berbuat sesuatu itu hanya kerana suami. Ada suami jadi baik, suami tak ada rasa biasa-biasa.

Wahai diri, inikah erti ikhlas kerana ALLAH?

poligami 3

Moga poligami menjadi wasilah meluruskan hati. Supaya hati tidak terlupa, suami yang disayangi ini hanya pinjaman Ilahi. Supaya hati tidak terleka, cinta yang murni itu benar-benar milik Ilahi.

Tak perlu takut kehilangan cinta sayang manusia, kerana selama ini adakah rasa cinta di bawah naungan pernikahan itu suami yang bagi? Atau cinta itu percuma saja kita temui, bila-bila masa datang dan pergi?

Tidak. Cinta dan kasih sayang itu ALLAH yang bagi. Seperti pesan Baginda Muhammad S.A.W, tatkala ALLAH mencintai, ALLAH menjadikan suami mengasihi diri ini. ALLAH mengikat hati suami isteri dengan rindu dan kasih sayang. ALLAH juga yang menjadikan insan-insan lain mengasihi kita bila kita mentaati-NYA.

Jadi cinta ALLAH itulah yang perlu dicari gali. Dengan mencintai ALLAH, rasa bersemangat melangkah mencari redha dan bimbingan-NYA. Rasa bahagia berbuat baik kerana ikhlas mengharap rahmat-NYA.

Lalu poligami akan dirasakan sebagai syariat yang indah suci. Pernikahan itu bukankah memang indah. Di sana ada ruang berkasih sayang dalam ketenangan dan keselamatan.

Kita gembira memiliki suami, apakah kita tidak merasa bahagia jika saudara perempuan kita juga berbahagia ada lelaki halal lagi baik yang menyayangi?

Realiti hidup waktu ini, ramai wanita mampu berdikari – punya rumah dan kereta sendiri, punya kerjaya dan jawatan tersendiri, hebat dan cemerlang potensi diri sebagai anak dan pekerja.

Namun itu semua tidak memenuhkan keinginan fitrah insani – yang ingin bercinta dan dicintai. Ingin punya pasangan halal dalam memperoleh separuh kebahagiaan beragama.

Jiwa tabii yang ingin bermanja dan dimanja. Setiap hati terdetik dan merindui kehadiran keluarga sendiri didahului seorang insan bernama suami.

Perkahwinan bukanlah segalanya. Perkahwinan hanya wasilah yang menghantar diri merintis jalan baru dalam perjalanan pulang kepada kepada Ilahi.

Namun ada banyak kebaikan duniawi dan ukhrawi dalam medan pernikahan ini, insya-ALLAH. Kemanisannya tak terungkap dengan perkataan. Namun kesulitan yang datang juga sama berat dengan kebaikan.

Pernikahan dan poligami hal yang amat manusiawi. Jika diriku redha dan menerima poligami, mudah-mudahan kerana diri ini berusaha membina cinta Mukmin yang tulus. Cinta pada saudara perempuan yang mengharap kehadiran teman bernama suami.

Lelaki yang bujang zaman ini, ramai yang lemah tanpa jati diri. Ramai juga yang baik, tapi mungkin lebih baik suami-suami kita yang matang dan lebih berpengalaman turut tersenarai dalam barisan yang layak dinikahi…

(hmm… rasa beratnya nak berkongsi suami.. kemesraan dan perhatian suami yang eksklusif pada kita akan beralih pada isteri seterusnya…)

Telah ku rasakan sakinah wa mawaddah dalam hati, ku ingin juga berkongsi dengan saudara-saudara perempuanku indahnya hidup di sisi seorang suami. Bahagia luar biasa dalam perkongsian rasa di dakapan dan belaian suami.

Apatah lagi bila kalian memiliki suami yang baik, berilmu dan bertanggungjawab. Suami yang berilmu dan mengenal ALLAH dan Rasul akan melayani isteri dengan makruf – penuh cinta dan kelembutan. Menjaga kebajikan  luaran dan keperluan perasaan.

Namun kita yang bernama isteri perlu telus melihat realiti dan bersabar menghadapinya. Jua membantu suami bersabar menghadapinya. Tanggungjawab suami berat sekali, apatah lagi jika punya isteri lebih dari satu. Moga diri ini bersungguh berbakti, memahami dan pandai mensyukuri.

Jika isteri-isteri dalam poligami tak tabah, suami akan rebah penuh resah.

Perlu saling melengkapi, saling menghulur tangan dalam melangkah mencari keredhaan. Ada masa gembira mendaki kehidupan, ada masa sakit terjeropok di bawah. Komunikasi suami isteri yang dibangunkan dan hubungan dengan Tuhan akan terus menyinarkan kekuatan.

Tidak perlu dibahas poligami dengan data dan hujah tanpa henti jika suami dan isteri-isteri tidak mengerti tujuan dan cara hidup yang diredhai. Kerana bagi yang bertaqwa, pasti ada jalan keluar, itulah janji ALLAH di dalam al-Quran. Iman dan taqwa itulah sebenarnya yang perlu dicari.

Iman yang kurang, tidak akan mampu rasa senang dan tenang dalam perkahwinan. Walaupun tidak bermadu, keindahan pernikahan terasa hanya mimpi yang jauh untuk dikecapi, andai Iman selalu menghilangkan diri. Apatah lagi poligami, suami sering jauh di sisi, tanpa Iman dan ketaqwaan – hati dan jiwa akan kosong dan sepi.

Ohh… panjangnya tazkirah untuk diri sendiri. Jadi harus sudah redha dan bersedia andai suami bertemu jodoh lagi.

Insya-ALLAH redha.

Andai suami orang yang harithun ‘ala waqtihi (menjaga waktu), insya-ALLAH akan mampu menyusun waktu dengan baik untuk para isterinya.

Andai suami orang yang arif memantau ekonomi, insya-ALLAH ekonomi keluarga kan terjaga dengan baik.

Andai suami orang yang jelas tujuan dan wawasan, mudah-mudahan para isterinya kan jua bermotivasi untuk maju ke hadapan.

Jangan lupa, suami kita juga insan biasa miliki kelemahan dan kesilapan, jadi para isteri harus siap untuk memaafkan dan ikhlaskan semua melakukan perbaikan.

Tidak cukup jika hanya seorang dua suami yang mahu, berusaha dan bersedia untuk menambah isteri. Untuk kita melihat poligami ini menciptakan kemajuan, jom para isteri, kita teguhkan perasaan, permudahkanlah perkahwinan, agar ummah ini berjaya dengan poligami dan institusi pernikahan.

Jom Komen...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s