SURAT WAKALAH DALAM HAL PERWALIAN – Panduan Mengisi Surat Permohonan

PANDUAN MENGISI BORANG IZIN DAN WAKALAH WALI

ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM

[ SubSeksyen 13 (a) ]

——————————————————————————

 

 1.  Pendahuluan

Borang Izin dan wakalah wali ini hanya digunakan apabila wali tidak dapat hadir dalam majlis akad nikah, dan ia disertakan bersama “BORANG PERMOHONAN BERKAHWIN (PEREMPUAN)”

2.  Borang Permohonan

 2.1 Borang Izin dan wakalah

  wakalah1-loveinglass

 (PERMOHONAN SURAT WAKALAH) boleh didapati:

a)  Di Pejabat Agama Islam Daerah atau

Muat Turun melalui laman sesawang Jabatan Agama Islam berdekatan tempat tinggal anda

3.  PANDUAN MENGISI BORANG

3.1 LAFAZ IZIN BAGI AKAD NIKAH

3.1.1  Bahagian  ini  hendaklah  dilengkapkan  oleh  bakal  pengantin perempuan.

3.1.2  Maklumat-maklumat  yang  telah  dilengkapkan  oleh  bakal pengantin  perempuan  akan  dilafazkan  di  hadapan Pendaftar/Penolong pendaftar.

3.1.3  Lafaz  tersebut  akan  disahkan  oleh  Pendaftar/Penolong pendaftar dengan menandatangani di ruangan yang ditetapkan.

3.2  SURAT WAKALAH

3.2.1   Bahagian ini hendaklah dilengkapkan oleh wali bakal pengantin perempuan.

3.2.2   Maklumat-maklumat yang telah  dilengkapkan  oleh  wali  bakal pengantin perempuan akan dilafazkan di hadapan Pendaftar.

wakalah2-loveinglass wakalah3-loveinglass

3.2.3   Lafaz  tersebut  akan  disahkan  oleh  Pendaftar  dengan  menandatangani di ruangan yang ditetapkan.

3.2.4   Wali hendaklah  menentukan secara khusus individu yang  hendak diwakilkan.

Contoh :  

“Wali berada di Cameron Highland dan beliau  tidak dapat hadir  semasa  akad  nikah  dijalankan.  Bakal  pengantin perempuan berada  di   Kampung  Mengkasar  Pekan.  Wali hendaklah  menyatakan  nama  secara  khusus  individu yang  akan  diwakilkan  untuk  akad  nikah  bakal pengantin  perempuan  seperti  nama  wali  hakim  atau nama orang lain yang hendak diwakilkan.”

3.2.5  Borang  izin  dan  wakalah  ini  hendaklah  disertakan  bersama dengan  borang1  (Borang  permohonan  berkahwin  )  semasa dihantar ke Pejabat Agama Islam Daerah.

PERINGATAN

Borang  izin  dan  wakalah  ini  tidak  akan  diterima  sekiranya ia  tidak disahkan oleh pegawai yang diberi kuasa dari Pejabat Agama Setempat

CONTOH SURAT WAKALAH / BORANG PERMOHONAN WAKALAH

SURAT WAKALAH ATAU LAFAZ WALI pengesahan wali

8 thoughts on “SURAT WAKALAH DALAM HAL PERWALIAN – Panduan Mengisi Surat Permohonan

  1. Assalamualaikum wbt.. sy ingin bertanya.. bagaimanakah prosedur untuk memohon menggunakan wali hakim bagi ank yg tidak sah taraf. untuk pengetahuan, ibu sy telah pun meninggal dunia. saya ada terbaca tentang wakalah..boleh kah wakalah tersebut sy buat sendiri tanpa di wakili mana2 peguam syarie.

    Like

    • waalaikumsalam…

      anak tidak sah taraf, pernikahan mereka akan diuruskan oleh wali hakim, waktu submit form, cakap ngan pihak NRC , bahwa anda adalh anak tdk sah taraf.. nanti mereka akan uruskan.

      Like

  2. Assalamualaikum,

    soalan ni bg pihak rakan sy sendiri sbb simpati dengan keadaan dia. begini, beliau sepatutnye dinikahkn pd disember ni. tp selepas setahun bertunang, keluarga bakal pengantin perempuan tidak berkenan ngn bakal menantu mereka atas alasan si lelaki tersebut tidak pandai begaul.. dan mereka (keluarga si perempuan) memutuskn pertunangan tersebut tnpa persetujuan si bakal pengantin perempuan. ape tindakan yg bley diambil untuk mereka meneruskan pernikahan tersebut kerana ayah si perempuan enggan menjadi wali..?

    Like

    • Waalaikumsalam…truskan smua prosedur. Nanti wakyu submit smua dokumen di kaunter NRC. Cakap dgn pihak Pejabat Agama bahwa wali enggan menikahkan mereka dan memutuskan pertunangan sebelah pihak.

      Nanti, pihak jabatan agama akn bantu menikahkan kalian menggunakan kebijakan mereka dlm masalah WALI ENGGAN,

      cik boleh baca artikel di blog saya ttg wali enggan dan sampaikanlah kpd kwn cik itu

      Like

  3. Assalamualaikum,

    ibu dan bapa sy sudah bercerai. Bapa sy berada di seri iskandar perak & sy menetap dan akan bernikah di kuantan. Adakah lafaz wakalah wali perlu/wajib dilafazkan oleh bapa sy.. hal ini kerana, sy boleh pergi ke seri iskandar utk mendapatkan tandatangan bapa.. tp sy rasa agak mustahil utk dia dtg ke kuantan utk lafaz dpn pendaftar/penolong pendaftar..

    Like

    • Wa’alaikumsalam… iya, wakalah itu berbentuk surat yang dilafadzkan dengan bersaksi. maka dr itu, bawa ayah ke Pejabat Agama Seri iskandar untuk melafadzkan wakalah jg menandatangani surat tersebut dengan disaksikan pihak majlis agama sebagai saksi.

      setelah itu, surat wakalah tersebut akan disahkan benar oleh pihak majlis agama seri iskandar sebelum anda bawa ke Kuantan.

      Like

  4. Assalamuailakum,..saya ingin bertanya satu masalah yang sedang saya hadapi,..saya akan mlgsungkan perkahwinan pada bulan 12 ni…insyaallah,..segala borang pernikahan Tlh lengkap diisi termasuklah tndatangn wali…tapi last minute sblm sy htr Borg, wali saya iaitu bapa saya mngubah pikiran untuk enggan mnjd wali,..tuk pengetahuan, ayah saya telah bercerai dengan ibu saya,dan mnghadapi konflik dan xberbaik..dan wali telah berdendam dan mngatakan ingin mnyushkan pihak sy dan kluaga saya..msj juga dhtr kepada saya yg mnyatakan die berdendam dan ingin mnyushkan…apa yng perlu saya buat skrg?segala persiapan telah dibuat…berapa lamakah permohonan untuk wali hakim?

    Like

    • Waalaikumsalam….

      hantar form nikah, dan cakap ngan pihak kerani tu nanti, ayah awak taknak jadi wali. beritakan semua itu kepada mereka dengan sejujur-jujurnya

      dont worry… mereka pasti akan bantu awak dan keluarga

      jangan bimbang,semua akan baik2 saja,

      Like

Jom Komen...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s