Visa Dengan Rujukan (VDR) Dan Cara Permohonan

VDR

Visa Dengan Rujukan (VDR)

Visa Dengan Rujukan (VDR) bermaksud visa yang dikeluarkan oleh Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara kepada seseorang yang bukan warganegara bagi membolehkan individu berkenaan masuk ke Malaysia selepas visa diluluskan oleh Ibu Pejabat Imigresen.

Kategori:

A. Isteri Kepada Warganegara

  1. Borang Imm.12 (2 salinan)
  2. Borang Imm.38
  3. Salinan Kad Pengenalan penaja (suami)
  4. Salinan pasport suami (jika berkahwin di luar Malaysia) semua muka surat bercetak
  5. Salinan pasport pemohon (semua muka surat yang bercetak)
  6. Salinan sijil nikah/ kahwin di Malaysia (jika berkahwin di luar negara sertakan sijil nikah/ kahwin negara berkenaan)
  7. Gambar suami/ isteri berukuran pasport (2 keping)
  8. Gambar perkahwinan• Surat cerai/ sijil kematian (jika janda/duda)
  9. Borang temuduga VDR
  10. Security Bond
  11. Surat Akuan Sumpah

B. Suami Kepada Warganegara

  1. Surat permohonan dari Kedutaan/ Suruhanjaya Tinggi Malaysia
  2. Borang Imm.12 (2 salinan)
  3. Borang Imm.38
  4. Gambar suami/ isteri berukuran pasport (2 keping)
  5. Salinan kad pengenalan penaja (isteri)
  6. Salinan pasport pemohon jika berkahwin di Malaysia (semua muka surat yang bercetak)
  7. Salinan pasport isteri jika berkahwin di luar Malaysia (semua muka surat yang bercetak)
  8. Salinan sijil nikah/ kahwin di Malaysia (jika berkahwin di luar negara sertakan sijil nikah/ kahwin negara berkenaan)
  9. Pendapatan RM2,000.00 berserta slip gaji/ Borang J (jika tiada sila kemukakan penjamin)
  10. Security Bond (Cek Kadar Bayaran Security Bond)

C. Pemegang Pasport Afghanistan

  1. Memohon melalui Kedutaan/ Suruhanjaya Tinggi di Malaysia
  2. Borang Imm.47
  3. Gambar pemohon berukuran pasport (2 keping)
  4. Salinan pasport pemohon
  5. Kad Pengenalan Penaja
  6. Surat Akuan Penaja
  7. Security Bond (Cek Kadar Bayaran Security Bond)

D. Melawat Keluarga Bagi Warganegara India sahaja

  1. Borang Imm.12 (2 salinan)
  2. Borang Imm.38
  3. Gambar pemohon berukuran pasport (2 keping)
  4. Salinan pasport pemohon (semua muka surat bercetak)
  5. Bukti pendapatan – slip gaji/ Borang J (Jabatan Hasil Dalam Negeri)
  6. Bukti pertalian keluarga

E. Melawat Keluarga Bagi Warganegara China, Vietnam, Korea Utara dan Cuba

  1. Borang Imm.12 (2 salinan)
  2. Borang Imm.38
  3. Surat iringan dari penaja
  4. Gambar pemohon berukuran pasport (2 keping)
  5. Salinan pasport pemohon (semua muka surat bercetak)
  6. Surat menyurat (terjemahan yang telah disahkan dan asal)
  7. Umur 30 tahun ke atas
  8. Bukti pertalian :

a. Salinan sijil kahwin penaja dan anak

b. Salinan notarial Certificate

Permohonan Visa Dengan Rujukan (VDR)
Dokumen yang diperlukan bagi permohonan Visa Dengan Rujukan (visa akan dikeluarkan setelah pemohonan dirujuk dan diluluskan oleh Jabatan Imigresen Malaysia / Agensi Berkuasa) adalah:

a. Surat kelulusan asal Jabatan Imigresen Malaysia / agensi berkuasa dan dua (2) salinan fotostat
b. Pasport asal
c. Dua (2) salinan fotostat pasport
d. Dua (2) salinan fotostat borang permohonan visa (Form IMM.47)
e. Dua (2) keping gambar berukuran pasport pemohon
f. Tiket penerbangan asal dan dua (2) salinan fotostat
g. Bayaran visa (Cek Harga/Bayaran Visa)
Nota: Visa Dengan Rujukan diperlukan bagi pas pelajar, pas bekerja, pas tanggungan dan pas lawatan profesional

Jom Komen...

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s