Perkahwinan dengan WARGA ASING

Perkahwinan bukan sahaja memenuhi naluri manusia iaitu dari segi perhubungan fizikal dan psikologi tetapi ia juga merupakan satu perjanjian atau persefahaman yang kuat (Surah Nisa(4) Ayat 21).

pernikahan-ikhwan-akhwat-paket-hemat-nikah

Seperti perjanjian yang lain, ia juga perlu memenuhi syarat-syarat yang diperuntukkan seperti persetujuan wanita yang akan dikahwini, pemberian mas kahwin dan lain-lain. Dari segi perundangan, syarat-syarat yang diperuntukkan oleh pemerintah juga harus dipatuhi.

Perlu diingatkan bahawa syarat-syarat ini adalah bertujuan untuk melindungi hak-hak pasangan yang akan berkahwin.

Ia bukan bertujuan untuk menyusahkan atau memperlekehkan niat pasangan.

Perkahwinan di antara rakyat Malaysia dan warga asing atau di antara dua warga asing adalah boleh dan dibenarkan untuk dilakukan di Malaysia.

Bagi perkahwinan di antara rakyat Malaysia dan warganegara asing, prosedur yang harus diikuti adalah berlainan daripada prosedur perkahwinan di antara sesama rakyat Malaysia.

Prosedur yang berlainan ini juga tergantung kepada situasi warga tersebut.

Secara amnya apabila warga asing dan rakyat Malaysia ingin berkahwin, mereka wajib untuk memohon kebenaran berkahwin dari Jabatan Agama.

prosedur kawin

Borang permohonan perkahwinan haruslah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut:-
(i) Salinan pasport atau salinan kad pengenalan (lelaki dan perempuan);
(ii) Surat kebenaran dari kedutaan negara pemohon (bagi kes saudara, Kedutaan Indonesia);
(iii) Surat keterangan dari Jabatan Imigresen Malaysia;
(iv) Surat Akuan Cerai atau Surat Akuan Kematian (jika pernah berkahwin atau kematian pasangan sebelumnya);
(iv) Surat Kebenaran Poligami dari Mahkamah Syariah di Malaysia (jika berpoligami);
(v) Surat wakalah wali (bagi wanita); dan
(vi) Salinan Sijil Kursus Perkahwinan.

Borang permohonan dan dokumen-dokumen ini haruslah dikemukakan kepada Penolong Pendaftar Nikah Kariah di mana wanita tersebut bermastautin.

Ini adalah untuk mendapatkan kelulusan bernikah dari Pendaftar Nikah. Permohonan ini haruslah diserahkan dalam tempoh sebulan atau tidak kurang dari tujuh hari sebelum tarikh perkahwinan yang dirancang.

Adalah baik sekiranya ia dilakukan dengan awal bagi mengelakkan penundaan perkahwinan.

Sekiranya bakal isteri/suami adalah penduduk tetap negara ini atau pemegang Kad Pengenalan Merah, dokumen yang lain harus disertakan.

Sila kemukakan juga salinan Kad Pengenalan Merah dan permit masuk; dan Surat Pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara atau pengesahan permit masuk dari Jabatan Imigresen.

Kedua-dua situasi di atas adalah bagi warga asing yang mempunyai pas masuk secara sosial atau perniagaan.

Situasi adalah berbeza bagi warga asing yang dibenarkan masuk ke negara ini melalui permit pekerjaan.

Perlu dimaklumkan bahawa pekerja asing yang memegang permit kerja adalah tidak dibenarkan memohon untuk berkahwin di negara ini.

Sekiranya perkahwinan ini berlangsung dengan tidak mematuhi undang-undang maka ia akan memberi implikasi kepada permit kerja yang telah diberi kepadanya.

Hanya warganegara asing yang mempunyai kelayakan masuk secara sosial atau perniagaan sahaja yang boleh membuat permohonan tersebut.

Baca PROSEDUR PERKAHWINAN ISLAM DI MALAYSIA 

541 thoughts on “Perkahwinan dengan WARGA ASING

Add yours

  1. Assalamualaikum Saya Aina Ingin berkhawin dengan lelaki warga negara malaysia, masalah Saya Sekarang ni Saya lahir malaysia dan mempunyai sijil lahir malaysia,,oleh di sebabkan ibu bapa Saya menghilang diri waktu Saya masih bayi susah untuk Saya Dapatkan kad pengenalan diri,,,jadi satu² nya Jalan adalah dengan mengambil passport…Sekarang Saya pemegang passport Philippines yang beralamat malaysia sebab Saya lahir malaysia,,,jadi soalan Saya macam Mana Saya nak Dapatkan kebenaran berkhawin dari kedutaan sedangkan Alamat passport Saya malaysia… kedutaan dari Philippines pun Tak boleh keluarkan apa² kebenaran berkhawin sebab Saya bukan lahir Philippines,,,apa Saya nak buat?

    Like

    1. Waalaikumsalam, solusinya nikahlah di Sokhla Thailand dan daftarkan pernikahan di Kedutaan Malaysia yg berhampiran Majlis Agama Islam Sokhla

      Like

  2. Saya mahu tanya .. Jika ingin menjamin passport isteri apakah betul isteri kena menetap d indonesia selama 6 bulan dulu baru bisa d jamin .. Maksd saya perlu cop 1x bulan d indonesia sehingga 6 bulan baru bisa d jamin passport isteri .. Betul ka .. Minta tlg penerangan nya .. Tq

    Like

  3. Assalamualaikum sis,
    Ada beberapa soalan yang ingin saya tanyakan..saya berasal dri sabah dan saya
    Warganegara malaysia…saya ingin bernikah dengan pasangan saya yang mempunyai surat lahir malaysia tetapi bukan warganegara malaysia pasangan berbangsa filipine yang lahir di sabah…pada bulan 12 tahun 2018
    Pasangan saya telah buat passport sekarang pasangan saya sudah menerima passport tersebut, dan persoalan nya sekarang
    Yang ingin saya tanyakan adalah
    Bagaimana prosedur di imegrsn jika saya ingin jamin pasangan saya ini passport pasangan saya belum ada apa apa cop hanya buku passsport….

    Liked by 1 person

  4. Assamualaikum…
    Sy Nora dan telah lama berhasrat nikah dengan lelaki warga bangladesh yg memegang pas lawatan kerja sementara..banyak kali kami cuba utk nikah di thailand dan ke pejabat agama di Malaysia namun tak jadi. Bulan january 2019 suami sy telah tamatkan permit kerjanya sendiri di Imegration dan kami berdua ke negaranya dan nikah disana dan awal bulan february suami saya apply visa tourist utk daftar nikah di Malaysia. Namun gagal utk apply visa nya. Jika sy ingin dftar nikah di Malaysia suami wajib ada untuk naik mahkamah syariah nanti untuk dapatkan daftar nikah kami. Sekarang saya berada di Malaysia dan suami ada di Bangladesh. Bolehkan sy buat rayuan utk suami sy masuk ke Malaysia menggunakan visa sementara untuk daftar nikah di pejabat agama..saya sedih sebab hal nikah yang wajib dibuat ditangguh jadi begini.apakah yang sy harus lakukan utk membawa masuk suami sy secepat mungkin ke Malaysia. Pejabat agama mengatakan wajib daftar dalam tempoh 6 bulan daripada bayar denda..

    Like

    1. Waalaikumsalam Nora,

      Cuba niat rayuan di immigration terdekat. Bawa smua surat² sokongan yg ada. Semoga urusan Nora di permudahkan.

      Like

  5. slm kak, sy nak tanya, ayah saya orng malaysia dn ibu sy orng indonesia. Dlu ayah sy yg jamin passport ibu sy, Tapi sekarang ayah saya sudah meninggal, boleh ke anak jamin passport ibu warganegara indonesia? Last ayah saya jamin passport ibu saya pada 2005 kalau tak salah, slpas itu ibu saya balik ke indonesia, dan 2018 ini baru ibu saya balik semula ke malaysia dan tinggal bersama kami (anak)

    Like

  6. Hi sis… saya nak tanya … saya mahu berkhawin dgn warga afghan yg bermastautin di germany… selepas semua prosuder lengkap dan bernikah.. pihak imigren bg visa 30 hari .. lepas kami bernikah boleh tak dia buat visa jangka masa panjang … apa prosedernya.. ataupun dia kena pulang ke negara asal dulu.

    Like

  7. Salam.. Saya warganegara nak kawin dengan warga bangladesh.. Dia sudah dekat 11 tahun kat sini.. Saya nak kawin kat Thailand sebab kawin kat sini terlalu banyak syarat… Tapi masalah nya kalau kawin kat Thailand.. Kemudian hari ada masalah ke tak.. Dan kalau nak daftar kat malaysia nanti ada masalah tak.. Saya dah kenal dia sudah 3 tahun.. Dia ada permit kerja.. Adoi.. Buntu lah saya macam mana nak kawin.. Tak kawin dosa.. Nak kawin pom susah.. Boleh Tolong jelas kan kat saya.. Satu lagi.. Saya ibu tunggal…

    Like

    1. Assalamualaikum… Akk.. Saya warganegara nak kawin dengan warga bangladesh.. Dia sudah dekat 11 tahun kat sini.. Saya nak kawin kat Thailand sebab kawin kat sini terlalu banyak syarat… Tapi masalah nya kalau kawin kat Thailand.. Kemudian hari ada masalah ke tak.. Dan kalau nak daftar kat malaysia nanti ada masalah tak.. Saya dah kenal dia sudah 3 tahun.. Dia ada permit kerja.. Adoi.. Buntu lah saya macam mana nak kawin.. Tak kawin dosa.. Nak kawin pom susah.. Boleh Tolong jelas kan kat saya.. Satu lagi.. Saya ibu tunggal…

      Like

      1. Waalaikumsalam.

        Klo nk nikah kat Thailand, pergi ke Majlis agama yg di iktiraf malaysia.. Majlis Agama Sokhla, sebelah dia kedutaan Malaysia di sokhla.. Selesai nijah kat majlis agama sokhla, truz daftar kat kedutaan. Tak akan ada masalah apa² kerana majlis agama sojhla diiktiraf dan prosedur pernikahannya di terima di Malaysia

        Like

  8. Assalammualaikum..akak blh tnya ke,blh ka sy menjamin bakal suami sy wrga pilhipin…kmi bru mmbuat ikatan prtunangan 27.02.18..bakal berkahwin awal bulan 7 ne..tpi bakal suami sy tda dockumen lngsung..perluka dya kmbli ke pilhipin utk membuat pasport..

    Like

    1. Waalaikumsalam.. Jamin utk apa ni.. ? Klo xde passport macamn nak buat urusan resmi kat negara lain.. Kena ada passport

      Like

  9. salam kak, saya warga brunei dan ingin menikahi dgn org sabah yg tidak memiliki apa2 document, cuma ada surat lahir, ibu bapanya asal indonesia dan lari masuk ke sabah, dia di lahirkan di sabah, mcm mana saya ingin mengahwini nya?

    Like

    1. Maaf dek, itu kena refer Majlis Agama Brunei dek.. Sebab oasangan bukan Malaysia, akak tak dapat nak berikan jawaban terbaik.. Ssbab masing² negara ada kebijakan sendiri.. Maaf ye dek

      Like

  10. Saya warga negara malaysia, teman saya org sabah tetapi wujub masalah smsa di lahirkan dia di daftar org indon tetapi stay sabah jgk , masa umur 15tahun pakcik dia jual surat lahir dia jdi ? Kalau saya nak kawin ? Saya kena bt apa? Bolehkah saya kawin dgn dia?

    Like

    1. Nak kahwin boleh jer dek.. Xde masalah.. Yang masalah nya saat nak buat permohonan kahwinnya .. Klo xde dokumen resmi macamana nak buat surat² dek.. ? Klo nikh nanti ada anak.. Anak ni nak di daftarkan macamn xde surat nikah plak.. Panjang cerita dia.. Kesian kat anak…

      Status dia kena jelas dlu ni org indonesia ke org malaysia.. Klo org malaysia ada saksi tak… Kena bawak saksi plak ke JPN buat rayuan pendaftaran.. Klo org indonesia kena lapor kat kedutaan dia.. Kena deportation plak dlu.. Dll..

      Like

  11. Assalamualaikum. Saya nak tanya myanmar dan bangladesh yang ada long term pass (isteri atau suami kpd warganegara) boleh masuk ke Malaysia ikut jalan darat tak.

    Like

    1. Waalaikumsalam .. Ikut jln darat ? Dr Thailand.. Mak ooii.. Baper hari di perjalanan tu dek ooii.. Larat ke…

      Like

  12. salam sis…

    saya sudah berkahwin dan suami saya warga indonesia..tapi belum buat daftar perkahwinan sebab ada masalah dan saya juga kurang faham tentang prosedur pati,ni.masalahnya ialah suami saya pernah kena tangkap dan dah kena cop jari masa kena hantar balik indonesia.so apa prosedur yg perlu saya lalui utk membuat visa suami saya?

    Like

    1. maaf saya tak dapat nak jawab salam anda. next time kasi salam yang betul ok

      masalah imigresen ni. kena tanya pihak imigresen, sebab tahun 2016 ni banyak undang2 imigresen yang di rombak ulang.

      Like

  13. Assalamualaikum kak, perempuan warganegara malaysia tunang saya warga filipina…dye masuk pkai visa lawatan ..tapi sudah tamat tempoh..km merancang ingin menikah…jadi tunang saya akan ambil surat dari kedutaan filipina utk balik dan thumbprint di imigresen dan beli tiket balik utk kluar malaysia ..dan nk masuk pkai visa dan pasport baru dan ambil surat kebenaran kawen dari negara asal ..perlukah sewaktu cop di imigresen utk dpt kebenaran kluar malaysia menyatakan ingin kawen rakyat malaysia ada tunang…dan bukti salinan ic sya…dan ingin balik malaysia setelah siap dokumen dari filipina …ada org ckp x boleh masuk 5 tahun kalau cop di imigresen …tapi ada ckp boleh kalau mau kawen ada surat kebenaran kawen dari negara asal dan salinan ic ..minta oenjelasan supaya boleh urus dgn cpt ..terima kasih

    Like

    1. waalaikumsalam…

      iya betul, tak boleh enter malaysia sebab ada cooling period utk WNA yang melanggar udg2 imigresen.

      masuk guna visa lawatan sosial, kenapa tak kluar malaysia g singapore ke sebelum tamat tempoh lawatan ??? kan dah ada tertulis valid date sampai bile kat passport…

      smua WNA dan pasangan WNM kena alert dengan udg2 imigresen kalau tak susah sendiri.

      Like

  14. Salam,

    Saya nk Tanya, Adik lelaki sy Warga malaysia, ber kahwen dgn wanita Warga Indonesia. Bernikah pd 22feb2016, 23febuari2016 sudah pulang ke malaysia. Dan telah daftar ke jawi dan telah di interview di jawi dan kad nikah Akan siap 21 mac ini.

    Persoalannya :
    1. Utk mendptkan visa tetap di malaysia, Blh ke mohon di malaysia Atau kena balik ke Indonesia?

    Sbb sy baca link cik di 👇
    saya lampirkan link utk cik baca dengan teliti… silahkan…
    https://loveinglass.wordpress.com/2012/09/20/syarat-masuk-ke-malaysia/

    Kena pergi ke Jakarta utk mohon visa. Tetapi PENGANTIN perempuan sudah dtg ke malaysia pd 23hb February 2016 dan Blom lg 28 hari, apa Yg patut dia Buat? Sbb Esok cadang mahu bawa ke imigresen

    Like

    1. maaf saya tak dapat nak jawab salam anda ni. next time bagila salam yang baik dlm islam … baru bleh saya jawab

      iye VDR kena buat waktu WNA ada di wilayahnya sendiri. bukan saat berada di Mlaysia

      Like

  15. Aslmkm……..wrt….wbt…saya Ada satu Soalan disini di mana melibatkan diri saya sendiri,saya dilahirkan di Malaysia di daerah Tawau dinegeri Sabah.kedua Ibu bapa saya Sekarang ini merupakan warganegara Malaysia.saya memiliki sijil lahir dan dilahirkan pada 31 ogos 1976.Kesemua adik beradik saya memiliki status my pr dan warganegara tetapi nasib malang menimpa diri saya kerana mendapat status pemastautin sementara kenapa?..sesat di bumi sendiri!!!..sekarang ini genap umur sya 40tahun dan telah mempunyai keluarga sendiri.saya belajar sehingga tingkatan 5,dan mempunyai cita-cita untuk berjaya seperti org lain.bgmn nasib anak-anak saya jika mendapat nasib sepeti sya??????….sesat dibumi sendiri???..Kalau ikut peraturan Dari segi undang-undang 40tahun lebih daripada jangkamasa yang telah diperuntukkan oleh jabatan imigresen untuk memohon MY PR

    Like

    1. encik boleh tanyakan masalah ini ke pihak berwajib, Imigresen di Tawau…

      Maaf saya tidak dapat membantu

      Like

  16. Hai kak….sy ada sorg kawan org seberang.dia janda kepada warganegara.layak ke nak dapatkan visa untuk jangkamasa panjang?

    Like

  17. Assalamualaikum. Puan. kalau overstay n nak clearkan. Biasanya apa proses yang dikenakan di immi nanti? kemudian bagaimana kita boleh check orang itu memang betul2 sudah keluar malaysia?

    Like

    1. waalaikumsalam….

      ada proses, bayar denda, deprtation then ada cooling period 5 tahun.

      kalau dah masalah imigration, laporkan ke imigration, pasti org tu di hantar balik dgn paksa …

      Like

  18. assalam..

    Sy lelaki berasal dari Indonesia. Sekarang tinggal di malaysia & telah mendapat taraf penduduk tetap Malaysia.
    Saya ingin menikah dengan perempuan warganegara Indonesia di Indonesia.

    Boleh saya tahu prosedur lengkap & tatacara yang perlu dilakukan (berkait Imigresen & Jabatan Agama) supaya seteleh menikah nanti, saya boleh mendaftar pernikahan kami di Malaysia & boleh membawa isteri tinggal di Malaysia. Kerana dari bacaan & pertanyaan, sy agak keliru degan cara & pendapat yang berbeza..

    terima kasih

    Like

  19. Salam kak, saye warga indonesia, menikah dengan warga tempatan di songkla thailand dan sudah mendaftarkan di jpn kedah.. karena masalah keuangan suami sampai sekarang belum menguruskan visa saya.. sekarang kami dah ada anak 2 th, dan belum bisa menguruskan surat beranak karena pasporpun dah habis mase.. apa masih bisa menguruskan surat kelahiran anak saye? Apa status warga negara anak saye kelak? Terima kasih.

    Like

    1. ya Allah….

      surat beranak tu bayor 10 ringgit ja.. knapa tak pi buat ??

      pegi buat, kesian lah kat anak… takde kena mengena dgn visa mak dia valid ka dak ke.. kan suami awak tu warganegra.. pegi buat cepat, bawak surat keterangan lahir anak2, bawak sijil nikah. itu saja. bawak duit denda kalau tak salah saya rm100

      Like

  20. Hai natasia. Sy nk bertanya. Sy sudah berkahwin dan skrng sy berada di luar negara di India. Suami sy asal sini dan saya malaysia. Jika anak sy di lahirkan di india dan menjadi warga sini apa cara untuk saya dapatkn ic merah utk anak saya?

    Like

    1. semua wanita warganegara malaysia yg berkahwin dgn warganegara asing .. status anak yg lahir akan mengikut warganegara bapak dia… klo lahir kat malaysia, boleh urus kewarganegaraan sbb mak dia malaysia. cara dia pi JPN, t7unjukkan surat keterangan lahir anak +apply anak urk jd warganegara. bayor mahal skit dr pendaftaran biasa.

      klo lahir kat india, kn register anak kat Kedutaan dan tanya macamn nak daftarkan anak sbg warganegara malaysia

      Like

  21. salam. istri saya indonesia. passport lawatan sosial. sekarang jadi istri kpd warganegara
    1. ape pandangan kak klu dia nak cari keje di malaysia.
    2. kdang2 ade yg tulis nak spm. adakah boleh kita masukkan dlm resume setaraf spm. dlu keje kantor polisi sbgai kerani.
    3. apakah masih ramai majikan tak tahu yg mereka boleh gaji orang luar yg kahwin dgn warganegara. takut mntak kerja tak lepas

    Like

    1. boleh kerja apalg klo dia ada visa jangka panjang,

      mmg kebanyakan majikan takut nak hire wargaegara asing, mereka tak tahu udg2 imigresen.

      Like

  22. Salam . Sya warga indonesia ,suami warga malaysia . Tidak ada buat sijil nikah. Kmi sudah punya ank 1 baru 4bln lahir dimalaysia , trus kmi sdh buatin paspor yg didapati itu paspor indonesia (warga negara indonesia). Yang saya mau tanyakan kalau nanti kami sudah buat sijil nikah, dapatkah anak sya jd warga negara malaysia (passpor malaysia)? Thank😊

    Like

    1. buat pendaftara nikah dlu, dapatkan sijil nikah … anak awak tu spesial coz indonesia saja yg ada dual warganegara, anak awak boleh sandang dua warganegara dgn cara memohon afidavit… nanti dah daftarkan pernikahan, baru g JPN

      Like

  23. Assalamualaikum sis,sy pemegang imm13 yg brmastautin d sabah.. sprti yg sy thu pmegang imm13 tdk dbnarkn kluar dri sbah tnpa visa dan tempoh visa pon smemangnya dlm tmpoh yg singkat.. sy bru brtunang dn akan brkhawin x lama lg dgn wrganegara mlysia yg brasal dri perak.. sy tidak tahu bgaimna prosedur nya utk sy tgl lbh lama d luar sbah… hrap sis blh tlg…

    Like

  24. Assalamualikum,

    Saya bercadang untuk bernikah bersama pasangan saya dari indonesia pada 2017 kerana sekarang ni pasangan saya itu masih bekerja dlm kontrak sehingga april 2017… yang saya risau kan..saya tak tahu ape2 prosedure macam mana kalau saya nk nikah dengan dia..alhamdulillah…restu keluarga tidak menjadi masalah buat kami..sementara ada masa lagi sebelum 2017…saya betul2 perlukan pertolongan ..

    saya harap pihak tuan/puan dapat membantu.

    Liked by 1 person

  25. Salam kak,. saya bercadang untuk mennikah dengan warga brunei, Insyaallah Hujung Mac ini. Krusus perkhawinan hujung Dec ni akan ambil. Selain pasport dan sijil Kursus Perkhawinan apa lagi yg perlu saya ada?

    Liked by 1 person

  26. Assalamualaikum cik NATASIA MAIZA. Sy pemastautin tetap disini, sy berasal dr indonesia, isti sy pun org indonesia. Kami dikurniakan 2 org anak, lelaki dan perempuan, keduanya sdh dapat mycad dan mykid, tp istri sy pemegang pasport [ permit kerja ] dibidang, cleaning cervice selama kurang lebih 10 thn, pertanyaan sy, bagaimana cara sy nak dapatkan visa ikut suami ataupun pengikut anak dan apa syara2nya sekian terima kasih,

    Like

    1. waalaikumsalam…

      apply lah visa dengan rujukan, pergi imigresen tanya pihak imigresen. yg penting pasport / permit istri masih valid

      Like

  27. asalamulaikum aka saya kahwin dengan warga asing asal dari negara india saya mohon ic untuk dia boleh ke sudah 5 tahun kahwin dengan dia sekarang dia duduk visa kahwin tapi saya nak mohon ic tapi tak tahu peraturan macam mana

    Like

    1. waalaikumsalam…

      dah 5 tahun kawin, g imigresen, tanya macamn nak apply taraf penduduk tetap, nak apply ic, ic apa plak.. nak tukor warganegara kenalah lucut kewarganegaraan india dia dlu..

      Like

  28. Assalamualaikum, saya nak tanya sikit. mama saya orang malaysia ,bapa saya orang indonesia..
    dah lama mama sy ikut bapa saya ke indonesia… sekarang dia mau balik indonesia tapi IC dia masih lama punya (bungaraya) .. bolehkah dia tukar pigi mykad sekarang ni???

    Like

  29. Assalamualaikum kak…sy nak tanya..kwn sy warga indonesia..dye nak berkahwin dgn org malaysia..so dy nak ke ad partport sosial…bagaimana cara dy nak buat partport sosial???

    Like

  30. Selamat petang tuan di sini saya ingin mengetahui apakah prosedur yang saya perlu lalui untuk menjamin pasport ibu saya yang merupakan warganegara philipines. Penjelasan dari pihak tuan adalah amat dihargai. Terima kasih.

    Like

    1. maaf. warga asing tidak boleh menjamin keberadaan keluarganya di luar negara. dan tidak ada prosedur untuk menjamin orang tua.

      Like

      1. Assalamualaikum sis…Pada 2016 ini visa janda atau bekas isteri kepada warganegara masih boleh apply ke sedangkan tidak punya zuriat? Pernah berkahwin selama 8thn da sudah 2 tahun bercerai.

        Like

  31. sis…..numpang tanya bagi yg warga malaysia.saya boleh tak apply IC merah?saya sudah kawin selama 4 tahun tapi,sudah cerai……terus saya selama dah 2 tahun pakai VISA JANDA….saya boleh apply tak IC.merah?

    Like

  32. assalam sis…
    sy nak bertanya…sy sdh berkahwin dgn org desh..perkahwinan sy di bangladesh dan sy sudah daftar sini dan surat nikah srmua dh dpt..mslh sy skang..suami sy tk dpt visa lg.disbbkan blacklist multie indentity..selama brp bln nie die ulang alik dtg malaysia..tp dgn tiba2 kali nie die tak bole msk..sbb blacklist tue..
    seblm nie kami ada jumpe satu agent nie..die beritahu bole selesaikan.kami dh byr rm1800,tapi dh 3 bln tkde jawapan.biase la..org ckp..ada kabel senang settle.
    mcm mn sy nk selesaikan masalah nie..

    Like

    1. Blacklist multi identity ? Puan pergilah ke Immigration Putrajaya, disana puan boleh buat rayuan utk clearkan blacklist suami. Jgn lupa bw smua dokumen pernikahan.

      Like

  33. aslkm sis…saya warga mlysia . bakal suami dr indonesia..betul ke..jika saya mjamin suami(pemegang pasport lawatan jangka panjang) dalam tempoh jaminan .suami x blh kembali ke negara asalnya. ..

    Like

  34. Assalamualaikum
    Saya faisal warganegara malaysia pasangan saya warga indonesia..dah selesai melangsungkan perkahwinan di indonesia mengikut prosedur..untuk pendaftaran semula perlukah saya kembali bersama pasangan ke malaysia atau boleh di lakukan di kedutaan malaysia kerana isteri saya mahu melahirkan anak di indonesia dulu sebelum mengikut saya ke malaysia…dan jika anak saya lahir di indonesia boleh kah saya mendapatkan kewarganegaraanmalaysia untuk anak saya nnt

    Like

    1. Waalaikumsalam
      1. Utk pendaftaran di Malaysia, encik boleh melakukannya sendiri tanpa membawa istri

      2. Semua anak yg lahir akan mengikut kewarganegaraan ayahnya walaupun lahir di negara lain. Boleh mendaftarkan surat kelahiran ank di KONSULAT JENERAL MALAYSIA di Indonesia yg berhampiran dgn tempat tggal istri

      Like

  35. salam… saya warga indonesia telah berkahwin dgn warga malaysia. smua prosedur petkahwinan saya buat ikut prosedur. tapi masa nak buat visa ikut suami dulu suami saya tak mampu. sampai skarang dah nak masuk 10 tahun saya duk malaysia tak pernah blik. saya ada 5 orang anak, anak yg sulung hingga yg no 4 smua ada surat beranak dan mykid. tapi anak yg kelima dah tak boleh buat, sbab diorang ckap kena blik indonesia dulu sebab visa dan pasport telah tamat tempoh. saya mohon tunjuk ajar daripada puan yg lebih arif tentang benda nie… bagaimana cara saya nak balik??? saya nak kene jumpa siapa dulu??? mohon tunjuk ajarnya…

    Like

  36. assalamualaikum kak.sy dah berkahwin dgn lelaki warga china.tapi x bukak fail di imegresen putrajaya lagi.utk buka fail tu..bayaran personal bond ikut status warganegara tu…wajib bayar waktu mohon buka fail tu ke?atau bayar dulu..proses buka fail rm500 +visa 6bulan rm90 je?dan bayar utk kadar personal rm1500 tu dikemudian kan?ok..terima kasih

    Like

  37. assalamualaikum… saya seorang warga indonesia dan menikah dgn warganegara malaysia. skarang telah mempunyai 5 cahaya mata. masalah saya skarang visa dan pasport saya telah tamat tempoh. anak yg pertama sampai no empat ada surat beranak. tapi yg no last nie x blh buat dah sebab jpn suruh saya balik dulu baru nlh buat. mcm mana cara saya nak balik??? sedangkan visa dan pasport telah tamat tempoh??? mohon nasehat nya…

    Like

    1. Waalaikumsalam..
      Pergi ke kedutaan besar indonesia di tempat anda dan minta bantuan mereka utk mengembalikan anda ke negara asal. Nanti ada cooling period. Ini masalah immigration bkn masalah JPN.

      Surat beranak anak tak ada kena mengena dgn visa yg dah tamat tempoh, bukankah ayahnya warganegara Malaysia, otomatis ank akn ikut warganegara ayah dia. Suruh ayah dia urus surat beranak ank tu segera. Tinggal bwk surat nikah, copy passport awak dan ic suami. Tak ada yg susah

      Like

  38. salam kak. sya nak tanya. skrg ni sya nak brkahwin dgn tunang sya warga pakistan. masalahnya dia dh d hantar balik ke pakistan n kena banned 5 thn. mcm mna sya nak bwa dia masok msia n kawin d cni.

    Like

      1. Assalamualaikum. Kak saya ingin bertanya adakah susah untuk warga asing mendapat ic setelah berkahwin dengan warga malaysia? Saya berminat menikah dengan warga indon dan kenal hati budi masing2, cuma sedihnya keluarga tidak setuju dengan alasan dia warga indon. Warga asing payah untuk diurus dan cost lebih tinggi untuk urusan kewarganegaraan, PR dan perkerjaan. adakah ini benar?

        Like

      2. Waalaikumsalam…

        Semua negara ada prosedur utk warganegara asing yg ingin mendapatkan tarad kependudukan tetap.. klo kat malaysia heboh nak dptkan ic merah (mypr). Itu bkn mykid, tp taraf kependudukan tetap. Klo nak dptkan mykid kenalah tuko warganegara. Dan syarat nak tuko warganegara masing2 berbeza di tiap negara. Ada yg kena tinggal 10 thn pulang pergi, br boleh apply utk mngganti warganegara

        Like

  39. cik saya warganegara indonesia suami warga malaysia kmi dah ada sijil nikah original tingal nk buat jminan suami saya nk tanya brapa yh d kna kn bayaran untuk jaminan tu?

    Like

    1. Cik utk sponsor, tak perlu byr, yg perlu bayar adalah izin tinggal sementara di malaysia, atau VDR, visa dengan rujukan

      Like

      1. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh..kak natasia maiza
        Semoga selalu dalam lindungan Allah Yang Maha Esa

        Kak sya org indonesia dan telah berkahwin dg org malaysia di Indonesia pada oktober 2014 menggunakan permit kerja,.
        Bulan desember 2014 sy balik indonesia untuk mematikan permit kerja saya,
        Kemudian pada januari 2015 sy masuk malaysia tanpa sebarang visa ,tujuan sy untuk mendaftarkan pernikahan sy dipejabat agama mlysia
        Sy ingat minta pass lawatan di malaysia boleh ,ternyata takboleh
        Akhirnya bulan March2015 sy kena pulang ke indonesia lagi ,pihak imigresen kata sy kena tggu 6 bulan untuk masuk balik malaysia
        Tpi skrg dah lbh dari 6 bulan sy blm juga balik mlysia sbb passport sy expired bLn July 2016 nanti ,rasa tanggung nak bolak balik malaysia, sedangkan 6 bulan sblm expired kena buat perpanjangan passport di indonesia
        Planning sy bulan Januari2015 nanti sy nak perpanjang passport dan minta visa di jakarta
        Yg sya nak tanya ada sebarang masalah x bila saya balik malaysia dg passport baru mengingat dlu menikah menggunakan passport lama dan masih aktif permit kerjanya?

        Apakah sy dapat kebenaran dan kelayakan untuk bekerja dimalaysia?
        Terimaksih atas bantuan kak

        بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِيْ خَيْرٍ.

        Like

      2. waalaikumsalam..

        tak ada masalah, asal passport yang lama dilampirkan bersama nanti.
        boleh, asal memojon visa/permit kerja sebelum masuk ke Malaysia.

        Like

  40. Assalamualaikum..saya ingin berkahwin dengan lelaki warga filipina..tetapi sekarang dia berada dalam tahanan imegresen dan menunggu waktu untuk dihantar pulang ke negara asal..bagaimanakah cara supaya bakal suami saya membuat pasport di filipin untuk kembali ke malaysia..bakal suami saya lahir di malaysia manakala ibunya bertaraf pemastautin tetap..bakal suami saya juga pemegang sijil banci..dia juga mempunyai isteri pertama warganegara malaysia dan mereka telah berkahwin selama 11 tahun dan dikurniakan 5 cahaya mata namun mereka tidak mempunyai sijil nikah cuma mempunyai surat pengesahan kawin..apakah prosedur yang perlu saya buat supaya bakal suami dapat membuat pasport di filipin dan kembali ke malaysia untuk kami melangsungkan perkahwinan

    Like

    1. waalaikumsalam, suruh dia buat passport kat negara dia lah nanti dik, waktu dah dihantar pulang, nanti dah ada passport, dtg ke malaysia dengan visa sosial,leh lah urus prosedur.

      Like

      1. Assalamualaikum, Saya Nak Tanya, pasal Saya memegang kad pengenalan merah mypr, dan Saya ingin berkahwin dgn warga asing Dari negara Yemen, Dia memegang passport lawatan sosial, dan bercadang selepas berkahwin Akan ikut suami melawat negara Yemen, tetapi Bagaimana Saya Nak dapat Kan passport?tolong bagi petunjuk Dari Anda, terima kasih,

        Like

      2. waalaikumsalam…

        Mypr Philipine kah ? kalau mau apply passport, silakan ke kedutaan negara asal, bawa semua dokumen mypr cik. insyaaAllah nanti dpt passport

        Like

      3. Assalam.. Kak saya ni bertanya sedikit tentang Surat Lahir anak saya yang baru sahaja kelmarin dilahirkan, kami awalnya dah lama kahwin sah dalam agama Islam.. Cuma ada kesulitan sedikit yang menyebabkan urusan Surat Nikah kami lambat keluar.. Sekarang ni saya betul2 risau kalau2 anak kami ni akan di bin kan dengan Abdullah.. boleh tolong beri saya cara yang mudah tak untuk settle kan masalah saya ni?

        Like

    2. kaka minta tolong i warga malaysia bangsa cina. i nak kahwin sama girl friend i. dia sudah ada baby. tapi dia blacklist malaysia. apa cara i boleh buat untuk dapat kan slip kahwin?

      Like

      1. Maaf, u boleh pergi bagian perdaftaran perkahwinan dkat JPN slalu ada, itu utk non muslim. U boleh tanya kat sana

        Like

    3. Assalamualaikum, Saya asal Filipina Nak Tanya, pasal sya memegang mypr, tetapi Saya mempuyai tunang, warga asing dri negara Yemen, Dan merancang selepas menikah Akan megikuti Dan melawat negara suami, cik, apakah Yg patut Saya lakukan utuk mendapatkan passport tolong la cik bagi pendapat, Dan bagaimana Cara mendapatkan pasport,, terima kasih,

      Like

      1. Waalaikumsalam. Passport anda hanya boleh dikeluarkan oleh Kedutaan Filipina. Atau anda kembali ke Filipina dan mengajukan permohonan passport di imigresen Filipina.

        Like

  41. Asallammualaikum puan…saya merancang nak kawin dengan seorang perempuan balu beranak lima…tapi masalahnya dia bukan warganagera malaysia.. tapi dia punya ic hijau…..apa yang perlu saya lakukan dan apa langkah pertama saya..?

    Like

  42. salam. saya ada bbrp persoalan berkenaan perkahwinan dgn warga asing.

    Saya merancang untuk mendirikan rumah tangga dgn lelaki warga Ireland dan menetap di sana. Dia sudah masuk Islam di Malaysia dan menerima kad akuan Islam. Namun, kami tidak ada jangkamasa lg utk perkahwinan dijalankan atas sebab2 tertentu. Pada masa ini, kami ingin cuba selesaikan apa2 dokumen yg diperlukan oleh pihak dia. Persoalan saya,

    1. Adakah dia perlu sediakan dokumen yang menyatakan dia masih bujang dr badan bertanggungjawab negara nya?
    2. Adakah dokumen seperti surat imigresen Malaysia ttg status dia dan surat keterangan dr kedutaan dia mempunyai ‘expiry date’. Contohnya, boleh kalau kami apply dlm bulan Mac tahun depan dokumen2 tersebut tanpa tahu bila nak kahwin?
    3. apakah jangkamasa kasar untuk menyelesaikan semua urusan memandangkan kos perjalanan dia agak tinggi untuk dtg ke malaysia bbrp kali setahun.

    Sekian.

    Like

  43. assalamualaikum.sya ingin bertanya.negara asal sya dari filipin.sya masuk ke sabah secara legal.situasi sya skrg pemegang pasport lawatan sosial.sya ingin na benikah ngan tunang sya yg mempunyai ic merah.apa ka yg harus kmi buat supaya dapat sijil nikah.mohon jelaskan…

    Like

  44. hallo sis natasia yg terhormat..
    saya ada sikit soalan.
    untuk tahu berapa lama cooling period krn overstay di malaysia,,kena tanya pada kedutaan atau emigration.trimakasih untuk jawabanya sis.

    Like

  45. DAN SAYA SUDAH MEMILIKI ANAK STATUS WARGA NEGARA.SUDAH HAMPIR 2 BULAN SAYA DI INDONESIA .MACAMANA NI KAK SAYA MINTA PENDAPAT AKAK

    Like

    1. anak ada ibunya, takde rayuan kalau sudah di dapati bersalah melanggar UU Imigresen. tunggu cooling period anda berakhir

      Like

  46. aslmualaikm. mints informasi.sya pmgang my kas ic hijau. dn sdh berkhwin dn istri saya warga melysia bergitu juga dgn ank sya. baru2 ni my kas sya sdh pn hbis tmpo 5 thn bila sya p tukr ic msi juga status yg sma trik luput 2020. soalan sya 1. knpa sya msi status yg sma. ada kah sya blh memohn tuk mntap di sbh. dn mcm mna dgn istri dn ank sya sdgkn merka pn warga melysia dn betgntung hidp ats pencarian sya. kmi khwin pn ikut perosedor muis dn sah tuk berkhwin. 2 ada kah sya bolh memohn status tuk mntp di sbh. 2 ada prlu sya membwt surt rayuan tuk mntap di sbh. skian trima kasi.

    Like

    1. Bagi seseorang warganegara asing yang berhasrat untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan Malaysia perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan sepertimana yang telah ditetapkan di dalam Bahagian 3, Perlembagaan Persekutuan.

      Secara amnya, mestilah telah bermastautin di Malaysia untuk tempoh yang tertentu, berkelakuan baik dan mempunyai pengetahuan dalam Bahasa Melayu.

      Bermastautin di Malaysia untuk tempoh yang tertentu, bermaksud seseorang itu perlu terlebih dahulu bermastautin tetap di Malaysia bagi tempoh yang semuanya berjumlah tidak kurang daripada sepuluh tahun dalam masa dua belas tahun sebelum sahaja tarikh permohonan itu di buat iaitu genap 12 tahun dari tarikh cop bujur di Permit Masuk yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia sepertimana yang dinyatakan dalam peruntukan di bawah Perkara 19(3) Perlembagaan Persekutuan.

      Lain-lain syarat dan prosidur permohonan, tuan boleh dapatkan maklumat terperinci dengan melayari laman web rasmi JPN

      Dimaklumkan juga bahawa memenuhi syarat-syarat tersebut adalah hanya bagi melayakkan permohonan taraf Kewarganegaraan tuan dibuat. Ianya bukanlah bermakna permohonan tersebut mesti diluluskan kerana taraf kewarganegaraan adalah merupakan anugerah tertinggi Kerajaan Malaysia dan ianya bukanlah hak yang mesti diperolehi oleh seseorang yang memohon Warganegara.

      Like

  47. saya nak tnya ni cik ntasa saya dah bkwin skrg dah ada dua org ank…suami saya bkn wrgqnegarq mlysiq jd bole ka saya jamin suami syq untuk mdpatkan ic…suami syq ada sjil lqhir tpi bstatus bkn wrganegara

    Like

    1. Ada syarat yang dikeluarkan pihal imigresen tentang ink, silakan cik berhubung lansung dgn pejabat imigresen setempat.

      Like

  48. assalamualaikum.. saya hendak bertanya.. jika saya org warganegara malaysia. ingin berkahwin dengan warga indonesia dengan menggunakan wali hakim.. boleh ke saya mendaftar perkahwinan saya di malaysia dan boleh ke pasangan saya itu mendapat status ber ‘mastautin ikut isteri’ di malaysia? tolong bantu saya.. saya takut anak saya tidak dapat status warganegara malaysia.. saya amat buntu sekarang ;'(

    Like

  49. assalamualaikum,

    saya warga indonesia menikah dgn warga malaysia dah 4 tahun ada anak 1, mase tu kami menikah tanpa kebenaran karna suami baru masuk islam dam belum dapat kad akaun masuk islam, tapi kami menikah ada sijil nikah dan ada surat pengesahan dari konsulat di jakarta.
    sekarang kami na mendaftarkan pernikahan kat malaysia, cam mana caranya?? mohon bantuannya saya dah buntu,,, tolong,,,,

    Like

      1. ASSALAMUALAIKUM KAK ANASTASIA .DULU SAYA BERKAHWIN DG PEREMPUAN WARGA NEGARA MALAYSIA MENGGUNAKAN PERMIT KERJA (INI MEMANG SALAH) DAN SAYA TELAHPUN MENDAFTARKAN KE JABATAN AGAMA DAN SUDAH MEDAPATKAN SIJIL DAN KAD NIKAH .SEKARANG PERMIT KERJA DAH HABIS DAN SAYA SUDAH BALIK KE INDONESIA .YG INGIN SAYA TANYAKAN BOLEHKAH MASUK KE MALAYSIA LAGI ATAU MENUNGGU HABIS MASA COOLING PERIOD

        Like

      2. wa’alaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh..

        tunggulah masa cooling period anda berakhir

        Like

  50. Assalam…pn natasia…
    saya ada permasalahan dan minta pandangan puan…saya bakal bertunang dengan duda 2 anak…duda ini sebenarnya dilahirkan di indonesia tapi selepas 4tahun dibawa ke malaysia oleh ayah dan ibunya…tapi ayahnya tidak membuat apa2 pendaftaran disebabkan kesukaran dan ada yg menolong tapi menipu sehinggalah duda nie dewasa…ayahnya balik ke indonesia semasa umurnya 15thn…jadi bakal tunang saya nie tiada identiti dan pernah buat ic dan rupanya kena tipu juga…semasa dia ada ic tu dia berkahwin dengan warganegara malaysia ada anak 2 tetapi dia tidak boleh daftarkan anaknya kerana dia menggunakan ic palsu…sekarang dia tidak menggunakan lg ic palsu tu dan telah bercerai dengan isterinya….jadi dengan tiada identiti tu bagaimana saya nak berkahwin dengannya…adakah dia perlu balik indo cari surat lahir dan bagaimana dia nak masuk ke sini semula..sekarang dia da berumur 39tahun…saya nak sangat membantu dia keluar dari masalahnya…

    Like

    1. suuh dia ke konsulat indonesa di malaysia,bawa surat beranak dia, nanti disana ceritakan masalahnya. semoga mrk bs membantu

      Like

      1. Thanks puan…sekarang dia da buat keputusan utk balik ke sana ambil dokumen dan surat lahir…balik melalui laluan tikus dan merbahaya…datang semula ke sini sebagai warga asing walau dia dibesarkan disini dan bersekolah di sini…setakat ini itu la jalan penyelesaian terbaik yang boleh membantu utk menyelesaikan masalahnya..dengan tiada identiti dia tidak bole balik melalui jalan biasa….

        Like

      2. Klo balik pun, ikutlah jaan yg selamay dan tak berbahaya.. tak perlulah ambil jalan berisiko… semoga berhasil

        Like

  51. Hi kak…

    Sya leya warganegara malaysia n pasangan sya warga myanmar… sya bukan muslim dan pasangan beragama Buddha… perluka sya membuat permohonan ke jabatan agama or terus pergi ke imegration… terima kasih..

    Like

      1. Salam,
        Hi kak, sy x tau mcmn nak start comment. So sy reply dri yg org pny comment.

        Sy dh berkahwin dgn wrga cambodia. Pasport akan mati hujung oct. Perlukah sy bw dia balik cambodia utk renew passport? Or blh bt di kedutaan cambodia di malaysia…? Brp cost nye ya..

        Like

      2. Buat di kedutaan cambodia je. Cost akak tak pasti. Bleh googling cambodia passport renew cost

        Like

      3. salam kak
        sye wana dari indonesia, sye nk tnye sikit, sye akan brkawin dngan warganegara malaysia, perangcangan kami akan brrkawin dia malaysia all document permohonan dh settle, tpi ada satu lgi masalah sbb nama sye dh blacklist 5 tahun, ape yg sye patut buat akk, rayuan pe yg sye kne buat?

        Like

      4. tunggu cooling period selesai after 5 years br boleh enter malaysia lagi. klo awak ada masalah imigresen memang susah saya nak bantu, belum ada solusi/ rayuan utk mereka yang melanggar udg2 imigrasi

        Like

      5. lamanya sis, 5 taon, harito sye ade tnye kawan sye yg kje kat imigresen tpi dia suruh pegi bahagian keselamatan n pasport, untk buat rayuan kat sana, tpi bakal suami laa yg warganegara malaysia kne buat rayuan..

        Like

      6. dah gi ke belum?? kalau boleh buat rayuan, saya ucapkan tahniah.. share kat sini macamn awak buat rayuan tu.. boleh tolong kawan2 yg lain… kalau tak boleh saya nasehatkan supaya ikutlah prosedur imigresen untuk mengelakkan kesulitan di belakang hari…

        semoga berhasil

        Like

      7. Assalamualaikum kak saya xtau nak start komen dari mana… Saya nurul dari sabah pasangan lelaki saya orang Bangladesh.. Kami berdua ingin berkawin d Bangladesh d sebabkan keluarga tidak mengizin.. Ibu saya sudah meninggal 2008.. Kami perhubungan sejak 2013 sehinga sekarang.. apa yg saya perlu buat?
        Boleh ka kami berkahwin d Bangladesh?

        Like

      8. Waalaikumsalam, daripada kamu pergi Bangladesh, nanti klo apa² terjadi kat kmu, susah, siapa nak bantu? lebih baik kamu ke Sokhla, pergi majlis agama sokhla, nikah, truz daftarkan pernikahan kamu di kedutaan Malaysia di sokhla, sebelah menyebelah jer bangunan Majlis Agama Sokhla dengan Kedutaan Malaysia. Jalan kaki tak sampai 10 menit lah rasanya.

        Like

      9. assalamualaikum…saya baru je kawin ngan isteri saya Indonesia..isteri baru habis kerja bulan 1..tapi dalam masa 6 bulan memang tak boleh datang malaysia ..premit nya dah mati…boleh ke bawak balik ke Malaysia pakai visa pelancong…janji Ada ticket pergi Dan balik

        Like

      10. Waalaikumsalam..
        Boleh lah dek.. Suh di buat passport jer lagi passport kunjungan sosial.. Bukan pasport permit keje.. Beza.

        Like

  52. Assalamualaikum,saya Muhammad Issyam berasal dari Malaysia. Saya bercadang ingin bernikah dengan teman saya yang berasal dari Jordan. Saya sudah pun membuat kursus pra perkahwinan,ujian HIV dan telah pun mendapat sijil kebenaran untuk berkahwin. Visa pun sadah siap. Saya ingin tahu apa lagikah yang saya perlu?Mohon jawapan yang lengkap please sebab saya akan pergi ke sana bulan depan.

    Like

      1. surat izin berkahwin jangan lupa bawa, tikjet kembali ke malaysia jgn lupa beli, biasa imigrasi akan tanya tiket kembali.

        nyali dan doa

        Like

  53. assalamualaikum.

    kak. sy perempuan warganegara berumur 20 tahun dari klang. sy ingin menikah dengan lelaki warga indonesia. jadi ape yang perlu sy buat dulu ye? dia masuk semula ke malaysia dengan sebab melancong.selepas habis tempoh permit kerjanya.sebagai tukang masak di hotel port dickson . “jadi dalam tempoh sebulan ni apa yang perlu kami uruskan? pergi ke jabatan agama islam dulu atau imigration dulu? ” mohon akak bantu, sebab susah jugak tak penah pengalaman pasal warga asing . nak nikah usia muda ni buatkan sy kadang kadang tertekan. tapi daripada sy lakukan perkara yang berdosa, sy buat keputusan untuk menikah je. mohon akak bantu tentang pertanyaan sy tadi.

    Like

      1. salam..natasia maiza..
        sy adilah baru bernikah dengan warga indonesia 25 12 14 dan sekarang menunggu masa cooling time buat suami sy memohon pas kerja..sebelum nih suami sy ad permit kerja n telah resign untuk mebuat passport pelanconh bg bernikah dgn sy.skg compny yg suami sy sudah resign mahu kan pas kerja dr imigresen jima i gin kembali bekerja..

        setakat nih syarat i.imigresen ny mahu kan
        .sijil nikah
        .surat permohonan.
        .surat akuan sumpah

        menurut sis ap yg boleh share kan untuk panduan kami berdua

        Like

      2. ikutlah semua prosedur dari imigresen, nanti step by step, akan dberitahukan oleh pihak berwenang…

        Like

      3. Salam sy nora dr Malaysia..suami saya warga bangladesh..sebelum ni dia tinggal di malaysia menggunakan pas lawatan kerja sementara.kami ingin bernikah tapi di pejabat agama visa kerja katanya x boleh nikah.so suami saya telah cancelkan permit kerjanya dan kami berdua telah balik ke negaranya dan nikah disana.sekarang sy ingin dftar nikah itu diMalaysia sebelum 6 bulan.tetapi visa utk suami sy mengikut isteri ke Malaysia tidak dapat. Apakah yang saya perlu buat.bolehkan sy buat rayuan di imegration utk dapatkan visa dtg malaysia utk suami sy.sebab daftar nikah suami wajib perlu untuk hadir ke mahkamah syariah.apa sy perlu buat ye.saya buntu.sy di Malaysia sekarang manakala suami saya dinegara nya.

        Like

  54. sy perempuan warganegara malaysia. dan bakal suami sy adalah warga indonesia, jadi macam mana proses untuk kami lakukan ya? dari proses yang pertama sekali apa yg patut kami lakukan. pergi ke jabatan agama atau imigrasion dulu?

    Like

  55. Saya nora tinggal di kelantan. saya berkawan dengan lelaki pakistan selama 5 tahun dan ingin berkahwin. Masalahnya keluarga tidak merestuinya kerana berpendapat takut saya ditipu. Boleh bagi pendapat

    Like

    1. Cik Hasnora, jawaban Kak Nor di sini dapat membantu Hasnora.

      Nasehat saya sama seperti Kak Nora, jadi silakan Hasnora baca semua penjelasan beliau…

      Like

    2. U lebih kenal dia dari keluarga dan orang lain. kawan 5 tahun rasanya tempoh tu dah cukup lama kenal walaupun true color tu sebenarnya tahu bila dah sebantal serumah. tanya hati u mahu teruskan dengan dia atau tidak. kalau mahu teruskan pastikan jangan ikut perkara illegal untuk kawin even plan nak kawin di Siam pun pastikan perkahwinan itu oleh kadi yang bertauliah.

      Like

      1. boleh kawin kat siam / thailand.. tapi pergilah ke pejabat agama sokhla… dan kemudian registerkan perkahwinan di kedutaan malaysia yg ada tak jauh dr pejabat agama sokhla.. itu lebih aman

        Like

  56. As’salam… Sis, saya nak tanya… Saya risau…
    Ibu saya kenal dengan lelaki pakistan akhir bln disember 2014… Dan awal bln januari 2015 dh decide nak kahwin… Die kerja kat malaysia… So, awl bln februari, die balik pakistan untuk sediakan document2 untuk kahwin & batalkan permit kerja… Sekarang ni, apa yang buat saya confius ialah saya nampak status whatsapp ibu saya, dia letak nama dia & seorang lelaki yg saya xpernah dengar… Nama lelaki pakistan tu, malik ahmad tetapi di whatsapp ibu, dia letak muhammad idrees… Saya rasa pelik… So, saya log on facebook ibu saya dan baca msg antara ibu dan malik… Bila saya baca, malik cakap kat ibu saya nama dia sekarang muhammad idrees, malik dah xda & jangan panggil dia malik lagi… Mungkin ibu saya risau, jadi dia tanya, sah ke kahwin guna nama lain & nama sebenar yang parents bagi apa… Malik jawab, nama sebenar malik tapi sekarang muhammad idrees, kat passport pun guna nama idrees… Ibu saya pun ikut je ckp dia… Xpersoalkan dah tentang tukar nama… Saya risau ibu saya ditipu… Hope sis dapat beri sedikit info tentang tukar nama & pendapat or kemungkinan kenapa dia tukar nama & adakah dia berkemungkinan seorang penipu…. Tq

    Like

    1. Sofia, maaf saya tak tahu macamana cara nak jawab salam sofia tu.

      tapi saya akan berikan sedikit pencerahan disini…

      Sofia, adalah lebih baik meminta ibu sofia untuk tidak meneruskan perkahwinan tersebut…

      1. sebab dah banyak wanita malaysia tertipu dengan pernikahan dengan rakyat pakistan. kebanyakan dari mereka hanya mahu tinggal di Malaysia dan mendapatkan PR utk menetap di Malaysia.

      2. tentang nama asal dan tidak. pernikahan sah seandainya nama pasangan betul seperti yang tercatat di passport beliau. bahkan nanti sewaktu pihak imigresen membuat pengesahan kerakyatan, (seandainya beliau menggunakan nama dan passport palsu) beliau pasti akan di tindak lanjut.

      3. pastikan ibu sofia mengikuti semua prosedur untuk mengelakkan kejadian yang tdk diingini berlaku

      Like

      1. Assalamualaikum sofia…
        Makcik ingin membantu.
        izinkan makcik untuk memperkenalkan diri, untuk makluman sofia makcik dah 15 tahun berkahwin dengan seorang warga Pakistan. Alhamdulilah beliau sgt baik bahkan makcik bersyukur mempunyai suami seperti beliau.

        Tetapi sejak akhir2 ini, 5,6 tahun kebelakangan ini, makcik dberitahu oleh suami makcik bahawa ramai warga Pakistan yg mahu berkahwin dengan rakyat Malaysia kerana ingin mendapat taraf penduduk tetap (PR) kerana ketidakstabilan ekonomi di Pakistan. Jadi mereka mengambil kesempatan untuk berkahwin dengan rakyat Malaysia. Jadi minta ibu Sofia berhati2….
        Kebanyakan warga Pakistan yg dtg ke Malaysia ni sudah mempunyai isteri di Pakistan. Jangan lah hendaknya ibu Sofia terbeban dengan masalah mereka. Pertama masalah ekonomi kerana kebanyakkan yang datang ke sini berkerja bukan lah org yg senang dan mampu untuk beristeri dua, mereka org susah sbb tu jauh merantau mencari sumber pendapatan. Kedua masalah untuk mendaptkan visa dan pas kerana kene berurusan dengan pihak Imigresen x henti2… apatah lagi ibu tunggal seperti ibu Sofia mempunyai banyak urusan lain untuk diuruskan.
        jadi nasihatkan ibu sofia…. kalau perlu beritahu ibu sofia apa yang makcik beritahu ini.

        Mengenai masalah yg sofia utarakan di atas ialah bermakna kawan ibu sofia itu tidak jujur, dia tidak mempunyai permit yg sah sewaktu tinggal di Malaysia. Isu membatalkan permit tidak wujud kerana dia tinggal secara tidak sah di Malaysia. Dia pasti pulang ke Pakistan dengan cara membayar denda, ambil fingerprint 10 jari untuk program pengampunan dan beliau dilarang untuk memasuki Malaysia selama tempoh 3 tahun. sekiranya beliau hanya membatalkan permit, dia tidak ada masalah untuk masuk ke Malaysia semula dengan nama dan rekod yg sama. disebabkan dia ingin masuk semula ke Malaysia dalam tempoh kurg 3 tahun dia menukar identitinya agar tidak dapat dikesan oleh pihak Imigresen. jelas dia begitu berani melanggar undang2. harap ibu sofia berhati2

        Liked by 1 person

  57. salam.. mendiang pakcik sy memegang myPR (pemaustatin tetap) dan isteri mendiang memegang passport jaminan suami(mendiang pakcik). skrg isteri mendiang ingin menyambung jaminan passport beliau, anak perempuan beliau dan mendiang memegang mykad(warganegara). isteri mendiang ada pergi ke JPN untuk mengambil borang untuk menyambung jaminan tetapi malangnya pegawai JPN kata borang untuk jaminan balu bagi pemaustatin tetap tiada yg ada hanyalah borang untuk balu bagi warganegara. sy nk tnyalah bagaimana cara supaya anak mendiang dapat menyambung jaminan passport ibunya

    Like

    1. encik kevin, seharusnya borang balu untuk warganegara tersebut boleh diisi oleh istri mendiang pakcik anda. kerana mendiang mempunyai mykad?

      encik tanyakan kepada kerani JPN tersebut bagaimana cara utk urus masalah tersebut. dan minta bantuan dari mereka.

      Like

  58. Assalamualaikum

    maaf kak sy nk tanya,,sy ni org indonesia nk kawin dg org malaysia
    selepas kita nikah nti, sy nk ikut suami balik mlysia. Apakah sy hrs buat visa ikut suami dlu br blh msk mlysia
    syarat apa je yg sy kena siapkn tuk buat visa tu, sblm nikah buat visa pa blh… Tq

    Like

  59. assalamualaikum…
    sy dan suami da berkhawin 3 tahun,dan d kurnia kan seorang caya mata,sy berkhawin di pilipina,boleh ka sy mendaftarkan perkhawinan sy d pilipina?
    adakah sy akan di denda?

    Like

    1. wa’alaikumsalam…

      kalau di filipina, saya tidak tau hal ehwal negara tersebut. saya anjurkan agar cik bertanya lansung kpd pihak berkuasa disana.

      Like

  60. Salam sis
    sya lahir sabah.. tapi sya tiada surat lahir d sebbkn yah dn ibu sya tak surat nikah, dan sya ingin kawin dngn bf sya org warga negara malaysia.. mcm mna nak buat pasport Philippines tanpa kluar malaysia..sbb sya takperna pun pergi Philippines lagi..

    Like

    1. Kalau masalah keimigrasian spt ini, saya anjurkan agar cik lansung bertanya pada pihak Imigrasi

      Supaya saya tidak salah memberikan informasi.

      Like

  61. Assalamualaikum sis saya seorang warga indonesia dan sya berkawin dengan warga malaysia sejak 2012 tapi sekarang kmi da tak tinggal sebumbung sebb dia da jatuhkan talak tapi alhamdulillah dia madi mau tolong saya jamin pas saya tapi dia cakap sampai masa saya akan lepaskan kau betul2 (urus sijilsurat cerai.dalam masa yang sama sya seorang mualaf saya lahir sini besar sini tpi langsun takda sijil lahir bole tak saya uply ic merah ibu ngan ayah saya da takda saya bergantung pada diri sendiri Allah jew yg tau kepayahan yg sya lalui kadang2 sya betul2 putus asa nak hidup kat malaysia banyak kepayahan nak balik indonesia rasa nya tu mustahil sebb kampung sya semua kristian takkan saya nak balik sana setia saat sya mampu berharap semoga dapat kemudahan hidup sini lepas ni tak tau apa yg saya mampu buat bila suami da urus surat cerai kmi sya betul2 buntu

    Like

    1. wa’alaikumsalam….

      hari tu menikah pakai dokumen apa?
      pernikhan sah dari hukum syarak atau tidak?

      Like

      1. menikah hari tu pakai dokumen apa ika?a

        siapa yang menikahkan kamu, dan apakah kalian mengikuti semua prosedur dengan baik.?

        Like

      2. Saya nikah menggunakan wali hakimdan alhamdulillah semua prosedur nikah kami ikut .

        Like

      3. baik, kalau begitu ika boleh mengajukan permohonan IC penduduk sementara di JPN, bawa semua dokumen yang ika gunakan waktu nikah hari tu.

        cakap kat kerani Ika nak buat permohonan penduduk tetap/sementara.

        Liked by 1 person

      4. Assalamualaikum sis hari tu saya da pergi jpn tapi dia kata nak kena buat permohonan permit masuk and bila saya p imigresen tanya trus dia ckp da cukup 5 tahun k saya ckp belum lagi and dia cakap tak bole lagi maaf kak mungkin akak ada cadangan lain

        Like

      5. waalaikumsalam.. klo mcm tu tak ada cara lain ika, kn tggu sampai smua selesai atau setelah 5 tahun, br ika boleh uruskan yg lain…

        Like

  62. salam…mohon bantuan…sy ingin nikah dgn gadis filipine,skrg die di filipine dan kami rancang nikah disana…apa yang perlu saya lakukan n stadby???sy belum pegi kursus kawin,sy pikir nk ke kursus kawin slps blk dr filipine n pegi dgn pasangan boleh ke??mohon bantuan n pencerahan please…

    Like

  63. salam, sy nk tnye, kalau pemegang pas pelajar boleh ke kwin? sbb sy pelajar asing dri indon but stay sni lame dh dgn family sjak umo 5 tahun. now tngh blajr dkt Segi College. kekasih sy tu wrganegara malaysia. kite org brhasrat nk kahwin. bleh ke kahwin klau pegang pas pelajar??

    Like

    1. boleh …

      menikahlah di Indonesia…
      atau di Songkhla Thailand

      sebab Malaysia tidak mengeluarkan kebenaran berkahwin kpeda pemegang pas pelajar

      Like

  64. askum kak..saya ida warga malaysia saya nak tanya saya sudah bernikah di pakistan hendak daftar pernikahan di malaysia apa dokumen2 yang perlu saya disedikan?kak harap balas terima kasih…

    Like

    1. assalamualaikum ida sy ank bertanye sikit dengan awk bole? sy pon aku berkahwin dengan warga pakistan macam mane awk uruskan semua ni bole bagi pendapat dan jalan pada sy saya dah buntu bole bagi no fon awak senang sy call awk je terus 🙂

      Like

      1. Assalamualaikum. Sis, saya nak tanya bagaimana sekiranya saya ingin berkhawin dengan pemegang pas lawatan kerja sementara(plks) apa yang saya harus lakukan?? Sedangkan kita sedia maklum bahawa plks tidak boleh berkhawin dengan warganegara.

        Like

    2. Salam sis…sy nak tnya sy ingin berkhwin dgn wrga bngladesh tp dia masih memegang pasport permit keje..sy brcadang mhu mnikah di thailand…adkh mnjadi mslh jka sy ingin mndftar d mlysia

      Like

      1. Setiap pernikahan yang memenuhi hukum syarak, tidak kira di mana sahaja ia berlaku, akan menjadi sah. Penikahan di selatan Thailand adalah sah asalkan SEMUA HUKUM SYARAK DIPATUHI.

        Dan menurut pernyataan : Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla telah menetapkan bahawa tempat nikah di dalam Wilayah Songkhla, bagi penduduk asing, hanya satu tempat, iaitu Pejabat Majlis Agama Islam Songkhla itu sendiri.. Ini adalah jaminan bahawa setiap perkahwinan di Wilayah Songkhla adalah sah dan mengikut peraturan, yang memenuhi hukum syarak.

        Pemegang permit kerja yang menikah dgn warganegara Malaysia di Thailand adalah sah. Tetapi tidak akan mendapat stampel/pengesahan dr Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla Thailand. Jadi saya menasihatkan agar permit kerja dibatalkan terlebih dahulu.

        berikut saya lampirkan prosedur pendaftaran yang saya tulis di blog peribadi saya : https://munajahcinta.wordpress.com/2015/01/14/isu-pendaftaran-pernikahan-luar-negara-tanpa-izin/

        Like

  65. Assalamualaikum
    Saya nak tanya selepas memegang IC hijau. Bolehka seseorang individu tersebut memohon IC merah (permastautin tetap). Kalau ya,mcmna prosedur memohon dan syarat2 nya. Dan kalau tidak, apakah perkara yg perlu dilakukan berserta prosedur bagi membolehkan beliau terus menetap di Malaysia?

    Like

    1. Waalaikumsalam….

      silakan encik rujuk JPN … saya kurang arif tentang masalah yang ersangkutan dengan IC pendatang.

      Like

  66. Assalamualaikum.. Sister.
    Saya warga asing,suami warga malaysia.menikah 2008.Anak saya lahir di indonesia 2012.
    Sedari lahir tak pernah ke malaysia.Dalam pandangan kami dia masih terlalu kecil untuk perjalanan jauh.
    Minggu depan kami akan bawa dia untuk tinggal di malaysia sekalian nak daftarkannya.
    Baru saya perasaan kalau anak itu harus didaftarkan sebelum usia 1 tahun.
    Apakah denda yang akan diberi Karena lambat daftar pasal kami tak tau menahu hal ihwal daftar ini Sister..
    Harap sister sudi memberi penerangan. Wassalam.

    Like

    1. Waalaikumsalam…

      kenapa lama betul baru nak daftar?
      kan ke, nak daftar anak tu ayah boleh buat…. dpt surat kelahiran dr Indonesia tu, bawak gi JPN… 1 hari siaplah surat beranak….

      skrg anak dah 4 tahun? Allah….
      puan bawaklah anak puan ni, dengan surat keterangan kelahiran (original) kat Indonesia hr tu ke JPN Malaysia… Jangan lupa surat nikah (original & fotokopi) …. photocopy ic suami & passport puan…. then nanti bawak semua tu ke JPN. Kena denda, tapi saya tak pasti berapa… klo dah 4 tahun, anak kena bawak…

      Like

  67. Salam sy pemegang kad pengenalan sementara(mykas) dan ingin bertanya boleh kah sy berkahwin dengan warga indonesia dan bagaimana caranya apakah sama dengan penduduk tetep….terime kasih

    Like

  68. isteri saya org indonesia,sekarang sy bermasalah untuk membawa isteri sy ke malaysia kerana dia kene blacklist dr masuk kemalaysia.ade x cth surat rayuan untuk membatalkan blacklist tu..dan apa lagi yg perlu sy lakukan??

    Like

      1. Salam kak. Suami sy warga Bangladesh. Semasa suami sy pulang ke Bangladesh, kami telah membayar RM2100 kompaun. Pegawai tersebut maklumkan pada sy, blacklist suami sy akan dibatalkan. Malangnya, info tersebut salah. Sudah hampir setahun sy cuba merayu pada pihak imegresen utk membatalkan blacklist ini. Blacklist selama 5 tahun. Rayuan kemudahan imegresen sy sudah lama diproses tanpa sebarang keputusan. Setiap mggu sy akan hubungi pegawai tersebut. Jawapan mereka kesemuanya menghampakan. Bagaimana nak selesaikan masalah ini? Terima kasih

        Like

      2. Nurul, bayar kat imigresen waktu tu ada resit resmi tak..? ke awak bayar bawah meja ? klo awak bayar tapi takde resit awak kena tipulah tu. sebab cooling period nin mmg takde ampun utk WNA. kena ikut syarat imigresen, klo 5 years cooling period means 5 years lah suami awak takleh nak enter mlaysia.

        Like

  69. assalamualaikum.. saya nk tnya.. kalau sy wanita warganegara malaysia ingin berkahwin dengan org indonesia.. tetapi ibu bapa sy tak bagi saya berkahwin dengannya sbb status indon tu sahaja.. apa yg saya boleh buat ye? saya tak nak bergaduh dengan keluarga dalam masa yg sama sy tak nak kehilangan org yg sy cinta.. apa yg sy boleh buat ye?? tolong bantu saya..

    Like

      1. assalamualaikum.. saya ingin bertanya.. jika saya bernikah dengan warga asing menggunakan wali hakim di luar negara ( cth.thailand songkla) kerana saya tidak di benarkan berkahwin dengan pasangan saya atas sebab status warga asing itu… bolehkah saya mendaftar perkahwinan itu di kerajaan malaysia? adakah pasangan saya boleh menerima status mastautin di malaysia? tolong bantu saya.. saya tidak mahu tersalah langkah…

        Like

  70. assalamualaikum…
    saya lelaki warganegara malaysia,ingin berkawin dengan warga thailand..
    soalan saya:
    macam mana status anak saya?bagaimana dengan kelahirannya?sekolahnya?.dengar crita,susah anak2 nanti klau kawin dengan orang siam.
    2. apakah prosedur yg perlu saya ikut.
    3.saya ingin minta pendapat tentang berkawin dengan orang siam?perlu ke saya teruskan niat atau batalkan saje..*tapi kami sama2 suka,dah lama kenal*….banyak kebaikan atau keburukan? yang lain pun klau bace boleh bagi pendapat juga….saya buntu nih…

    Like

    1. wa’alaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh..

      klo susah tak ada mix blood di Malaysia encik…

      Tak ada yang susah kalau faham dan ikut semua prosedur dengan baik.

      Status anak ikut AYAH… klo ayah dia Warganegara Malaysia… anak otomatis warganegara Malaysia

      kalau melahirkan, terserah orangtuanya… nak lahir kat jerman pon anak tetap berwarganegara Malaysia, dan silap2 anak boleh memiliki warganegara ganda.

      sekolahnya tergantung orang tua, nak sekolahkan dia di skolah mana… yang mahal ke murah… tak ada pengaruh pada status kewarganegaraan anak… (anak2 saya berwarganegara ganda, satu lahr di Malaysia dan dua lahir di luar negara, dan sekarang semua bersekolah di Luar negara dengan baik tanpa ada halangan sedikit pon)

      klo prosedur, silakan encik baca di blog saya ini : https://loveinglass.wordpress.com/?s=prosedur+pernikahan+UPDATE

      kalau suka sama suka… dah kenal pulak hati budi…. kenapa tak perjuangkan saja semua itu dengan menuju alam pernikahan…. saya juga menukah dengan warganegara asing, tidak merasa susah dlm pengurusan, bahkan kami enjoy saja… jadi kalau sudah berniat utk berkahwin, urus ikut prosedur yang saya tuliskan di sini.. semoga berhasil !!

      Like

  71. salam sis nak tnya ni sy dah khwin dngn wrga ngara indonesia..kami ada surat nikah tp bgai mna caranya untk sy jamin pasport nya.. sbp skrg pasport nya masih dlm jminan syarikat tmpt dia bkrja.. trima ksih..

    Like

      1. asalam sis.sya ada rak brapa phm.bakal suami saya orang indonesia.ketika dy dtg malaysia dy sudah msuk di malaysia .bila kmi nk nk uruskan hal khawin di imgresen ukt minta kebenaran bekhwin pihak imegren mgatakan tunang sya ada blacklist bagaimna kmi blh bekhawin atau tidak.kmi pn tak tahu knpa di black lust sedang kan tunang sya msk mlaysia secara sah mgunakan pasport sbulan

        Like

      2. mgkin pasangan anda itu overstay, dan harus lembali ke negaranya semuala.mtunggu cooling period tamat then nanti apply lagiassport sosial

        Like

  72. Assalamualaikum wr wb kak

    Sy nak tany..sya warga negara indonesia dan ingin berkawin dgn perempuan wrga negara malaysia..tp sy dah overstay selama sebulan d sebabkan penyambungan permit sya gagal..jd apa yg kna sy buat kak…sy xtau cmne nk balek indo yang rasmi..mohon bantuany kak..

    Like

  73. Asss kak

    Sy nak tany..sya warga negara indonesia dan ingin berkawin dgn perempuan wrga negara malaysia..tp sy dah overstay selama sebulan d sebabkan penyambungan permit sya gagal..jd apa yg kna sy buat kak…sy xtau cmne nk balek indo yang rasmi..mohon bantuany kak..

    Liked by 1 person

    1. pergi KBRI, buat report awak akan di deportasi keluar dr Malaysia. setelah cooling period selesai, awak boleh kembali untuk urus semua dokumen

      Like

      1. assalamualikum kak natasia berape lama tempoh colling period dalam kes alfin nie sebab kes dia sama macam sy jugak tolong bagi pencerahan 🙂

        Like

      2. wa’alaikumsalam….

        cooling period tergantung kesalahan…

        ada yang 6 bulan, ada yang 3 bulan, ada yang 5 tahun, ada yang 3 tahun…

        tak ada yang dpt bantu melainkan selesaikan cooling period dlu…
        klo nak menikah sangat, go to Songkhla Thailand, nikah kat sana, then daftar kat Malaysia… tapi pasangan tetap takleh enter Malaysia.

        Like

  74. salam sy ingin bertanya.
    sy warga indo. ibubapa sdh mnjdi warga mlysia. dan sy mmbesar di sana. selepas sy kuliah di nlaysia sy sllu ulang alik mlysia indo dan akhirnya sy ingin bernikah dgn warga mlysia. tp sewaktu sy nk keluar mlysia org imigrsn ckp msuk la blik slps 3bln. awk da sllu sgt msuk kluar ni. tp sy takda sesiapa di indo. dan sy dah berada di indo slma 2bln. sy uruskn smua surt. kalau sy keluar mlysia dlm 2 bln stgh ni boleh ke. dia tolak sy tak. sy sendiri. sy takut nt pihk imigrsn marah. apa jwpn sy perlu bg. bolehke sy keluar sy nk ckp nk urskn surt atau melawat ibubapa.

    Like

    1. kalau ibu bapa menjadi warganegara, kenapa kamu tidak mengajukan visa ikut orang tua?
      ajukan visa ikut orangtua agar awak boleh menetap di malaysia dan membuat perpanjangan visa / tahun…
      ajukan visa tersebut di Kedutaan Malaysia di Indonesia, lampirkan dikumen orang tua yang sah dan valid…

      Dia tolak saya tidak ?? Dia itu siapa? Pasangan awak ke?, dia pergi 20 mari, awak tinggal pilih…. kenapa takut pasangan tolak awak atau pergi dari awak…?
      awak masih muda lah….

      Like

      1. hehe bukan akk. pihak imigesen di klia tu. saya nak masuk malaysia saya takut dia tolak. sbb dah pernah overstay kat sana. huhu. skrg dah 3bulan di indo. saya nk pulang nak uruskan surat pernikahan. udah saya tanyakan ibu bapa saya warganegara. saya membesar disana saya nk mohon icpun tak boleh sehingga umur sekarang ni. pihak ikmigrsn cakap awak dah tak boleh ikut org tua. awk dah besar 😦 sdgkn sy perempuan. siapa lg nk bergantung kan.

        Like

      2. Waalaikumsalam..

        Maaf Malaysia tidak memberikan kebenaran berkahwin dgn warganegara asing yang memegang Surat Perjalanan Laksana Passpor saja. Wanita tersebut harus pulang ke negara asal dan kembali semula ke Malaysia dengan Paspor Perjalanan dengan Visa Perjalanan Sosial atau memohon Visa Perjalanan Jangka Panjang dari Embassy Malaysia yg berada di Indonesia

        Like

  75. Assalamualaikum w.b.t
    saya nak tanya sy akn bkhwin dgn warga negara asing dan bernikh di indo.
    surt keterangan yg sy perlu ambil di konsult mlysia adakah tmpt yg sama iaitu pekan baru yg sy perlu buat visa untuk isteri sykelak?
    berapa lama tmpoh visa akn disiapkan bg mengelakkan cuti yg terlampau pnjg.

    Like

    1. Wa’alaikumsalam wbt…

      Iya cik, silakan ambil di Pekan Baru
      benar cik,tempat yang sama….

      tempoh paling lama 1 mggu, paling cepat 3 hr

      Like

  76. Assalamualaikum. saya bercadang ingin berkahwin dengan rakyat syria yang menetap di turki sekarang ini. jadi apakah perkara yang perlu dilakukan untuk bernikah dengannya? dia ingin datang untuk berkahwin dengan saya di malaysia tetapi tidak jelas bagaimana procedure nya.

    Like

  77. Assalamualaikum Kak, nak tnya. Sya nk kawin dgn pompuan filipino. Masalahnya dia tiada apa2. Blehkh sya uruskan dia pasport di Malaysia tanpa kami pergi ke filipino. Dia lahir lama sudah sni…cuma x ada apa2 dokumen. Harap kak bantu

    Like

    1. Wa’alaikumsalam…
      Tak bolehlah, setiap negara ada undang2 imigresen. kena gi embassy filipina dlu, then psangan awak tu kena deportation dlu ke Filipina, ada cooling period yang ditetapkan. then nanti setelah cooling period berakhir, baru urus segala prosedur

      Like

  78. Assalamualaikum kak. Nak tanya ni kak. Saya nak kawen dengan seorang wanita filipina..islam..bajau. Dia tiada apa2 dokumen pon. Mcm mana saya nk jamin dia kak.? Adakh kami kena pgi filipina dulu. Bleh ke saya uruskan pasport di Malaysia tanpa ada butir2 wanita tersebut kak? Kak tlonglh lama uda kami bcinta. Mau kahwin pun susah lw cmni. Blehkh saya uruskan pasport ?

    Like

    1. Wa’alaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh…

      Kalau tak ada dokumen macamn nak urus passport dan segala macam urusan?
      Pergi Filipina Embassy, kat sana buat report dokumen hilang, setelah itu baru urus pembuatan passport dan dia pasti akan dihantar balik ke Filipina dulu.
      Setelah cooling period berakhir awak boleh urus semua prosedur …

      Like

  79. I memegang passport jaminan suami warganegara MSia..saya suda pernah pergi ke singapore..skrg buat perancangan nk ke thai..adakah passport saya itu bole ke sana Sperti ke singapore?

    Like

      1. Assalamualaikum…saya lina warga negara indonesia inshaallah 24 feb ’15 ini sy akan menikah dgn laki2 duda warga negara malaysia di indonesia…dokumen telah siap…sy ingin tanya jika nanti sy ingin masuk ke malaysia untuk tujuan melancong hanya untuk beberapa hari, wajibkah saya buat visa…untuk informasi saya belum pernah masuk malaysia..

        Like

      2. Assalamualaikum natasia….semoga selalu sehat sejahtera…
        alhamdulillah saya dan suami telah melangsungkan pernikahan di tanjungpinang indonesia 24 Feb 2015 dengan selamat…nanti nya kami akan mendaftarkan pernikahan kami di johor msia….yg ingin sy tanyakan masih wajibkah sy mengikuti prosedur kursus pra nikah selama 2hari d johor dan mengikuti tes hiv sebagai syaratnya sedangkan sekarang sy telah pun menikah atau prosedur tersebut tak perlu di lalui hanya lapor saja….terima kasih wassallam

        Like

      3. Wa’alaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh….

        بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِيْ خَيْرٍ.

        tidak wajib, tapi dianjurkan kalau puan bisa memahami bahasa malaysia dengan baik.

        kalau test HIV wajib dilakukan semua pasangan, sudah menikah / belum

        Like

  80. assalamualaikum..
    saya ada 1 soalan.saya perempuan warganegara malaysia ingin berkahwin dgn lelaki warga pakistan.tapi pasangan saya dah overstay 2 tahun.jadi saya nak tanya apa prosedur utk dia jadi legal dimalaysia untuk teruskan prosedur untuk nikah pula.
    terima kasih.

    Like

    1. waalaikumsalam warahmatullahi… suruh dia ke Imigresen dan bayar denda overstay, balik pakistan dulu, sampai cooling period tamat nanti baru buat prosedur pernikahan.

      Like

    2. dik.. akak nasihatkan jgnlah ambil keputusan untuk berkahwin dgn warga Pakistan.. kebykan dorg ni dh berkahwin di Pakistan dan tujuan perkahwinan mereka hanyalah untuk memudahkan urusan pekerjaan mereka di Malaysia, maksudnya untuk dapat visa dan seterusnya PR.. itu misi mereka…

      Liked by 1 person

      1. Kak nor, boleh cerita sikit x, ape kelebihan yang warga pakistan ni dapat dari segi pekerjaan, bila mereka kahwin dgn warganegara or pemaustatin tetap & kalau mereka xkahwin?

        Like

      2. sy pun ada berkawan dengan pakistan..dia bekerja disini..n ajak untuk berkhawin..sy pun komfius..niat dia sebenarnya….bila baca2 komen ttg org pakistan nie buat rasa takut nk teruskan berkawan dengan dia..kawan2 yg ada pengalaman tu blh kongsi..email…fieza_05@yahoo.com

        Like

  81. Assalamualaikum… sy warganegara m’sia n bkal suami memengang ic hijau asal sabah.sy nk tnye prosedure tetap sama ke mcm warganegara m’sia? Kena kursus kahwin x? N ape lg dokumen yg dperlukan?

    Like

  82. Assalamualaikum….

    Puan Natasia…saya nak ajukan beberapa soalan, sekiranya kita berkehendak ingin berkahwin dengan warga asing, misalnya asal dari Pakistan, sedang memegang Visa Pelajar,

    (1) permohonan untuk berkahwin tu memang dibuat mengikut prosedur, cuma adakah bakal suami/isteri kita tu di minta untuk kembali ke negara asal juga macam pemegang permit kerja?

    (2) sekiranya dalam tempoh belajar adakah bakal suami/isteri kita dibenarkan untuk memohon visa kahwin? dan apakah benar pemegang visa kahwin ni boleh menetap di Malaysia?

    (3) sekiranya tempoh belajar sudah tamat, adakah boleh sekiranya bakal suami/isteri kita itu memohon untuk bekerja di mana2 syarikat di Malaysia? dan boleh kahwin ke tidak?

    (4) apa kelebihan bagi pemegang visa kahwin?

    Like

    1. Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh….

      sebelumnya, saya nak kasi tau, Malaysia hanya memberi kebenaran bernikah dengan warga asing yang memegang dokumen perjalanan spt berikut sahaja :

      1. pass lawatan sosial

      2. permit profesional

      3. malaysia 2nd home project holder

      selain itu, kebenaran menikah tidak akan diberikan

      Namun ramai PELAJAR yang mengambil keputusan untuk menikah di luar negara TANPA KEBENARAN MAJLIS AGAMA MALAYSIA (pilihan lokasi utama Songkhla, Thailand) dengan memenuhi HUKUM SYARAK. berdasarkan pernyataan : Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla telah menetapkan bahawa tempat nikah di dalam Wilayah Songkhla, bagi penduduk asing, hanya satu tempat, iaitu pejabat Majlis Agama Islam Songkhla itu sendiri.. Ini adalah jaminan bahawa setiap perkahwinan di Wilayah Songkhla adalah sah dan mengikut peraturan, yang memenuhi hukum syarak.

      Setelah menikah, mereka pulang ke tanahair dan mendaftarkan PERNIKAHAN di MALAYSIA dan mengikuti prosedur pendaftaran di Malaysia.

      Cik boleh baca link dari blog saya : https://munajahcinta.wordpress.com/2015/01/14/isu-pendaftaran-pernikahan-luar-negara-tanpa-izin/

      Like

  83. assalamu’alaikum puan…sy nk tnya. wrga msia,berkhwin dngn suami di thailnd,seh ade srt pngsahan dri konsulat msia di thailnd…dah pn mndftrkn prkhwinan di pjbt agama,kes kami dlam pjabat agama skarng,mslahnya,suami sy dsurh pulang ke pakistan sblum 26 jan 2015,tapi suami sy tdk pulang dsbbkan sy tengah mngandung 6 bulan lbih skrang dan tiada sesiapa utk mnjga sy mmndngkan sy tdak mmpnyai ibu bapa.dia brhjat utk prbharui smula visa dan sanggup mmbyr kompoun bila mana kes kami selesai insyaallahh dlm bulan mac nnti mengikut perkiraan pjabat agama,so,bila bersalin nnti,mcm mne dngn proses pndftran mykid n srat branak sy?brjlan dngn lncar atau tdak?ape dkumen yg dperlukan utk proses trsbut?klau nk copy pssport suami,dia nk yg muka dpan jer ker atau nk yg muka dpan dngn visa tu skali?hrap dpt jwb..sy bntu sngat2.

    Like

    1. Wa’alaikumsalam warahmatullahi wabrakatuh…

      soalan saya, kenapa kena balik ke Pakistan? Untuk apa, dan masalahnya apa?

      bila bersalin, mcam biasa, mereka hanya maukan surat nikah yang sah.
      then Ic, Id ayah/ibu anak…
      klo passport untuk pendaftaran JPN, surelah dia nak yg muka depan, nak sahkan sama ke tak dengan yg tertulis dlm surat nikah tu jer…

      toksah buntu dgn masalah yg tidak ada masalah…. klo dah nikah resmi dan sah kenapa harus buntu ye kan?

      Like

      1. assalamu’alaikum….
        sy nk tnya…ape sbb seseorng wrga asing dpat special pass dr imgrsen?
        suami wrga pkistan n dpat special pass.
        kmi khwin di thailnd 8 bulan lpasn n dh rgister di pjbat agama..
        n bru2 ni dia dpat surat utk klua dri ngara sbulan…
        means kluar dri msia,
        boleh pegi mane ngara k?
        klau dia xkluar n nk prbhrui visa smula mcm mana?
        kami x ade duit nk urskn psal tiket sbb tiket ke pkistan mhal sngt…xmmpu…
        boleh explain n bgi pndapat skit mcm mane nk settle bnda ni?
        trime ksih:-)

        Like

      2. wa’alaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh…

        Spesial pass ni banyak cik, bukan utk WNA saja WM pun ada disediakan spesial pass.

        kalau pasangan cik tu pemegang permit kerja : means dia dapat Spesial pass dengan tujuan perkahwinan dengan WNA.

        surat tersebut adalah MEMO PERIKSA KELUAR dari Imigresen Malaysia — biasanya perintah kembali ke negara asal.

        untuk masalah biaya tiket saya tidak dapat bantu, kerana itu masalah perekonomian keluarga kalian berdua.

        Like

  84. Assalamualaikum..
    sy warganegara indonesia ingin berkahwin di indonesia bersama warganegara malaysia. soalan saya
    1) bila dah nikah dan saya nk ikut suami pulang ke malaysia adakan sy kne mohon visa ikut suami di indonesia?
    2) adakah suami sy perlu menemui kedutaan malaysia di indonesia untuk mendapatkan surt ktrgn sbb nya jauh.
    yg lain apa lg perlu sy lakukan untuk mengikut prosedur selepas nikah.
    terima kasih kerana membantu

    Like

    1. wa’alaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh…

      1) mohon VDR dari embassy malaysia di Indonesia
      2) apply online, nanti nak ambil baru dtg ke embassy di Indonesia

      Like

      1. 1) miss mohon vdr tu sblm nikh atau selepas nikah berapa lama kene tunggu. pihak lelaki tak boleh cuti lama.saya sorg boleh?tunggu di sini dulu?
        2) apply online di mana? ambil di pekan bru maksudnya?
        mf sy pening skrg masa tu sy tak tahu berapa lama diambil ya

        Like

      2. 1) selepas menikah, habis nikah 3 hr dah boleh urus VDR, tak boleh, coz memang suami yg kena urus as a sponsor, ye

        2) apply online suruh suami, lewat website imigresen malaysialah cik…. lewat mana lg…. ye ambil kat embassy malaysia di pekan baru….

        soal masa tu suami dh tau dh urusan MALAYSIA cm 1 hari, pagi apply petang ambik

        Like

      3. miss sy tak faham tentang surat surat dr pihak lelaki untuk bernikah di indonesia. bolehberikan langkahnya. adakah dia perlu meminta surt permohonan di imigresn?

        Like

      4. dan oh ya adakah sy perlu bersama dia untuk urskan surt dr pihak dia di malaysia baru pulang ke indonesia untuk bernikah. soalnya jakim mintak passport saya.

        Like

      5. setiap prosedur perkahwinan, kenalah ada bukti/dokumen asli sebagai rujukan pejabat NCR dan Imigresen, tak perlu, ckup kasi photokopinya saja, nanti nak submit borang baru bawa yg asli

        Warganegara asing (PEMEGANG PERMIT KERJA) TIDAK BOLEH MEMOHON KEBENARAN MENIKAH DI MALAYSIA

        Like

    2. missss.. saya di indonesia sekrang ni kalau saya amik pas lawatan sosial yg cop sebulan tu boleh dan sempat ke nk uruskan surat nikah?
      dari indonesia surat apa je yg sy kena bawak ke malaysia? supaya sy tak ulang alik?
      selepas nikah sy kena keluar semlua ke buat visa vdr?

      Like

      1. saya baca langkah dpt kan surt pengesahan pasport kan.. kalau pas sy hnya sebulan adakah imigresn mmbenarkn kami berkahwin dan apa kata jakim plk. boleh ke sy berkahwin mnggunakan pas masuk sebulan atau perlu buat vdr untuk dapatkan kbnrn berkahwin di sana?

        Like

      2. apa benda awak ni Eza? awak dah baca dengan teliti ke blom link yg saya attached kat awak????

        baca elok, jgn kelam kabut boleh tak??? klo kelam kabut, jangankan kahwin, buat benda lain pon takkan done dengan baik… so pls, read slowly, fahamkan, then baru tanya saya apa yg awak tak faham

        saya dah tulis dengan jelas…. PASSPORT ANTARABANGSA yang awak pegang tersebut, dan semua passport International dr semua negara diberikan VISA PERJALAN SOSIAL yang VALID 28 hari starting the dated awak masuk tiap negara.

        uruslah semua urusan dan prosedur perkahwinan di Malaysia dengan baik, makan masa 2 mggu untuk awk settlekan semua prosedur yg bersangkut paut dgn prosedur ini. dan permohonan harus dibuat at least 99 hari sebelum tanggal perkahwinan.

        setelah selesai, seandainya awak mau menikah di Malaysia, waktu yg diberikan tidak boleh kurang dari 20 hari (passport / VISA KUNJUNGAN SOSIAL)

        Like

      3. miss surat akuan diri tu saya dptkan di mana? di ketua kg indonesia ke? atau di tempat mastautin agak2 berapa lama siap semua dokumen ni. tolong jwb semua misss tq sgt sgt…sy dah buntu

        Like

      4. sebab tu saya suruh awak baca link yg saya kasi tu dengan baik. bukan main terkam saja.

        baca elok-elok. semua saya dah tuliskan dengan jelas dan dengan sangat terang.

        surat akuan diri, surat pengesahan bujang awak boleh dapatkan di RT/RW tempat awak tinggal di Indonesia

        Like

      5. yg terakhir sekali sy tanya sorry… kalau synak teruskan nikah di indonesia selepas nikah 3 hr mohon vdr kan. berapa lama vdr siap? sy buntu sama ada malaysia atau indonesia bernikah sbb kan pas sy kalau ke malaysia berapa bulan kalau disini vdr siap berapa lama.

        Like

      6. eza, boleh tak awak ni jgn kecoh????

        semua orang kat sini pon punya masalah dan penuh kebingungan, bukan awak sahaja… mereka punya masalah yg lebih serius… masalah awak adalah tidak membaca link yg saya berikan dengan baik!!!

        pass apa yg awak maksudkan? International passport boleh digunakan selama 5 tahun, dan ada yg valid 2 tahun… pass apa yg awak maksud kan???

        klo menikah di Malaysia, awak kena ada 3 srat dr KUA, klo di Indonesia, phak malaysia yg akan mondar mandir urus surat/dokumen kat imigresen dan embassy Malaysia di Jakarta.

        apa susahnya?

        Like

      7. u kena ambik 3 surat dari KUA. dan surat pengantar utk ke KUA ambil dr RT/RW setempat

        File VDR dibuka setelah MENIKAH

        Like

  85. Assalamualaikum sis . Saya nak tanya . Saya (rakyat malaysia)akan berkhawin dgn seorang rakyat Malaysia tetapi dia tidak mempunyai kad pengenalan kerana ibu ayah nya bkn warganegara malaysia. Dia cuma mempunyai sijil kelahiran dan tidak mempunyai apa2 kad (merah atau sebagainya) . Adakah dia buleh membuat kad pengenalan krn dia juga lahir d malaysia?

    Like

    1. Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh….

      kalau ibu bapa warganegara asing, pasti di dalam sijil kelahiran itu ada status kewarganegaraan dia… coba cik baca. kalau dia berstatus warganegara malaysia, pastilah dia mempunyak HAK sebagai Rakyat Malaysia. dan diperbolehkan memohon IC.

      klo memang dia berwarganegara Malaysia, suruh dia pergi JPN, buat aduan dan pemohonan kad pengenalan rasmi.

      Like

      1. Assalammualikum, saya narmi ingin bertnya klo pasangn saya hanya ada surat beranak yang tertulis waganegara,filipino je, bagaimana caranya kami boleh memohon berkahwin.

        Like

      2. Waalaikumsalam..

        Awak warganegara malaysia ? Suruh psgn pergi buat passport kat kedutaan philiipina, nanti dah ada passport, contact sy lagi, insyaaAllah sy bantu agr awk boleh berkahwin dan terdaftar resmi di Jabatan Agama

        Like

  86. Salam..
    sy gadis warganegara Malaysia.. manakala pasangan sy jejaka dari bangladesh. Telah bertunang dan kini tunang sy telah pulang ke negaranya selama 6bulan setelah matikan permit.. sy ingin bertanya apa yg perlu sy lakukan apabila dia pulang ke malaysia nanti untuk membolehkan kami bernikah.. terima kasih..

    Like

  87. Assalamualaikum…hari tu sy ada tanya puan tentang suami sy berkahwin dgn menggunakan permit kerja dan dikehendaki pulang ke negaranya selma 6 bln dan puan mencadangkan agar sy membuat pengesahan pasport bg memudahkan urusan kemasukan ke malaysia..masalahnya sy nk tahu mcmne cara nk buat pengesahan pasport dan bila masa sesuai sama ada selepas mematikan permit kerja atau sebelum..terima kasih…

    Like

    1. Wa’alaikumsalam warhmatullahi wabarakatuh…

      buat pengesahan passport terlebih dahulu…. kmudian baru matikan permit

      Like

    2. Assalamu’laikum puan,,
      saya nak tanya, saya indonesia saya akan bekahwin dengan orang pemegang kad UNCHR,
      bagaimana stts anak saya dan dia di jika dia menetap di negara saya ??
      Bagaimana dengan kad UNCHR nya kalau dia menetap di indonesia …
      Tolong puan beri saya penjelasan, terimakasih … 🙂

      Like

      1. wa’alaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh… pemegang kad UNCHR itu berasakl dr mana cik?

        Like

  88. Salam…saya org malaysia dh kawen dgn warga asing indonesia…kesilapan saya adalah tidak apply visa ikut suami di konsulat. itupun saya baru tahu setelah saya ke imigresen untuk membuka fail tapi gagal dan pas lawatan sosial isteri saya hampir tamat 18 januari dan saya telah memohon pas lanjutan. Saya disuruh pihak imigresen bawa isteri ke konsulat di medan untuk memohon VDR bagi membolehkan isteri saya menetap di malaysia selama 3bulan…sementara menunggu cooling period sehingga bulan jun baru dibenarkan membuka fail. Saya mahu tahu berapa kah pembiayaan visa itu dan hari bekerja untuk siap kan visa? Saya mahu rancang hari cuti dan modal untuk ke sane nanti sebab puas saya cari maklumat tapi tak jumpa. Terima kasih

    Like

    1. Visa Dengan Rujukan (VDR) bermaksud visa yang dikeluarkan oleh Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara kepada seseorang yang bukan warganegara bagi membolehkan individu berkenaan masuk ke Malaysia selepas visa diluluskan oleh Ibu Pejabat Imigresen.

      Syarat Dan Dokumen Isteri Kepada Warganegara :
      1. Borang Imm.12 (2 salinan)
      2. Borang Imm.38
      3. Salinan Kad Pengenalan penaja (suami)
      4. Salinan pasport suami (jika berkahwin di luar Malaysia) semua muka surat bercetak
      5. Salinan pasport pemohon (semua muka surat yang bercetak)
      6. Salinan sijil nikah/ kahwin di Malaysia (jika berkahwin di luar negara sertakan sijil nikah/ kahwin negara berkenaan)
      7. Gambar suami/ isteri berukuran pasport (2 keping)
      8. Gambar perkahwinan• Surat cerai/ sijil kematian (jika janda/duda)
      9. Borang temuduga VDR
      10. Security Bond : RM500
      11. Surat Akuan Sumpah

      Biaya :-
      Multiple Entry :RM15.00
      Transit Visa : RM3.50

      Like

      1. Assalamu’alaikum kak..
        Melanjutkan soalan dari saudara karim
        Istri saya balik indonesia pada bulan 12 dan masuk malaysia lagi pada bulan 1.pihak imigresen kata xbleh masuk mlaysia jika kurang dari 6 bulan dari tarikh keluar di malaysia. Sbb
        kami bg alasan untuk uruskan surat nikah jdi dpa bg masa 30 hari pass special. Masalahnya saya xapply lagi VDR di konsulat indonesia,sedangkan sy di malaysia dan istri dok indonesia.
        Boleh kah apply visa ikut suami di imigresen malaysia time istri sy balik selepas 6 bulan kemudian? Passport istri masih berlaku sampai jun 2016
        Terimakasih.

        Like

      2. Wa’alaikumsalam….

        uruskan dlu passport istri… kalau kat indonesia nama dia perpanjang then apply VDR di Indonesia (taklehlah apply kat Malaysia) sebelum masuk Malaysia semula uruskan.. makan masa 3 hr jer taklama.

        encik boleh apply VDR tu secara online

        Like

  89. Assalamualaikum,
    Saya nak tanya macam mana nak dapatkan pas under isteri ya. suami saya berasal dari Nigeria. sekarang memegang pas profesional. Dia dah lebih lima tahun menetap di Malaysia dan tak.pernah keluar dari Malaysia. Boleh saya tahu apa yang diperlukan untuk memohon pas tersebut? Sekarang ni dia mash bekerja di Malaysia

    Like

    1. waalaikumsalam.

      silakan cik ke Jabatan Imigresen, bawa semua bukti pernikahan juga dokumen suami, passport dan pas professional tersebut

      nanti sampai disana , ckp ngan pihak kaunter cik nak apply visa ikut isyri utk suami WNA

      Like

  90. AsSalam, akak natasia tak silap fiza pernah coment nk thu pasal pasangan bgaimana nak uruskan perkhawinan dengan warga bangladesh..dia fiza tak pasti permit kerja sementara or sosial..nak berkahwin tapi jadi keliru macam bakal suami nie dia dah menetap di malaysia sudahh 10 tahun pada 2004 masuk mlaysia..tapi yang memeningkan bila saya bca nak bkan pass bekerja..sedangkan dah berkhidmat di mlaysia sudah 10tahun…nak uruskan bab ini fiza tak thu..boleh guna ke tak pasal yg fiza cakapkan nie..kursus pra perkahwinan dah ambk..borang nikah dah ambk..just nk tgu persedian lain..jdi masalah sekrg nie bila bca nk bukan pass bekerja kan bnyak..fiza pening..nak tapi proses nk gi inteiw di imegrsen kna pergi ke..tolong jelaskan pada fiza…fiza keliru selepas arwah abah fiza meninggal pada 29/8/2014..semua urusan jadi tengedala mcam na…maaf bayak pertanyaan pada akak natasia..kalau ikutkan bawah negeri kedah alamat majikan lama..tapi majikan lama serahkn pada kawan dia di kl..so yng kl nie bankrup..so sekrg bawah majikan lain kerja…supervior dia jdi bawah binaan..tapi perlu tukar dlu ke pass sosial ke nk berkhawin..tolong kongsi ilmu..saya dah buntu…terima kasih..
    email : fizafiq@rocketmail.com
    wechat : Fizanaz9384

    Like

    1. Fiza, pemegang pass yang boleh menikah di Malaysia hanya :

      di malaysia , hanya memberi kebenaran bernikah dengan warga asing yang memegang dokumen perjalanan spt berikut sahaja :

      pass lawatan sosial
      permit profesional
      malaysia 2nd home project holder

      coba Fiza baca pass dia tu betul-betul.. kalau dia pemegang 1 diantara 3 pass diatas, boleh urus pernikahan segera.. toksah pening lah…. perlahan-lahan… semua akan baik2 saja kalau Fiza & dia sungguh2… insya-a-Allah ….. Bismillah…

      Like

      1. terima kasih akak natasia..so permit kerja sementara nie tak boleh kan..so dia kena pulang ke negara dia dan apply pass sosial atau lawatan saja kan..

        Like

      2. sama-sama Fiza

        Yupz, baliklah sekejap tuk apply pass lawatan sosial tu, then nanti baru teruskan proedur selanjutnya

        Like

  91. Assalamualaikum wtb. Sya ingin memberitahu apakah syarat2 yg diperlukan tuk bernikah dgn warga indonesia yg sudah berkhawin.prempuan warga indonesia dan sudah berkhawin.dia ditinggalkan oleh suaminya sdh 6 thun.dan sya lelaki warga negara malaysia ingin mgambil kptusan nak ambil kursus kwin bersama wanita plihan sya ini yg berwarga indonesia.skg prempuan ini bkja di sbuah majikan dn passportnya di tanggung oleh majikan.apakah syarat2 yg diperlukan????

    Like

    1. wa’alaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh…

      sudah bercerai selama 6 tahun atau ditinggalkan tanpa berita? ini kena jelas dulu…

      kalau sudah bercerai, dapatkan kepastian surat hitam putih dari pejabat KUA negara beliau terlebih dahulu, dan kemudian baru urus prosedur permikahan di Malaysia. kalau tidak ada hitam putih atau bukti perceraian berlaku, saya tidak berani memberikan prosedur selanjutnya

      Like

  92. asalamuallaikum…puan,sy nak tanya,
    sy warga asing,telah menikah dengan
    warga negara Malaysia sudah 14tahun
    d karuniai seorang anak.sy sdh memohon penduduk tetap dan sy sdh
    pun enterpiu d balai polis. lepas tu sy rujuk pg imigresen, imigresen bg resit
    rujukan pada tahun 2008.dan sy tunggu sampai sekarang tiada tindak lanjutannya
    dan masalahnya sekarang pasport sy mati jaminan 2tahun.sebab suami sy
    tidak jamin sudah.suami lari dan membawa anak. jd sekarang apa yang
    harus sy buat puan?

    Like

    1. WAALAIKUMSALAM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH….

      Innalillahi wainna ilaihi rojiun….
      suami tidak lagi menjadi sponsor? atas alasan apa? apakah puan ada membuat laporan polis akan perihal suami melarikan anak?
      sebab perkara tersebut bersangkutan dengan kependudukan puan di Mlaysia

      Like

      1. mcm mana ya puan,nak cerita pun malu orang baca. memang slama sy menikah dengan suami sy,kami tak bahagia terutama sy puan.tapi sy bertahan demi anak sy.sy tdk buat laporan polis puan,
        sebab pasport sy mati jaminan dan klo
        sy buat laporan polis nanti susah lagi
        sy puan! mcm mana sy cari nafkah untuk
        anak sy,sementara sy tiada sembarang
        dokumen! Apa yang telah suami buat
        biarlah puan, yang penting sekarang
        mcm mana sy boleh dapatkan penduduk
        tetap sy dengan pas pelawat sahaja.
        denga izin alloh, mana tau puan boleh tolong sy.

        Like

      2. nafkah anak? itu bukan urusan puan, tapi itu urusan “suami” puan itu sendiri. dan Puan juga masih dalam tanggungjawab dia sepenuhnya. sebab Puan masih berstatus istri.

        bagaimana puan cakap tak ada dokumen??? puan ada surat beranak anak? puan ada surat/sijil nikah ? punya atau tidak?

        Like

      3. surat beranak anak potho copy nya sahaja ada sm sy! Surat kawin Ada, tapi puan, suami sy sdh jatuhkan”talag 1″sm sy, suami sy cakap (ko tiada surat)
        mcm mna ko menjaga anak, dia suruh sy balik indonesia sahaja.2tahun lebih sdh berlalu, sy keluarga suami sy, tiada respon. lepas tu sy berserah ja. 2tahun pasport sy tdk d jamin, sy pg imigresen minta perlepasan. pihak imigresen suruh bayar kompaun 1hari “rm 30.00 x 2 tahun lebih”kalau tdk mau bayar kompaun suruh bawa surat “cerai”sy pg mahkamah pmahkamah mau hidup sy punya pasport
        jd sy bingun,mau balik indon pasport dalam rekot imigresen,sy duduk di malaysia pasport mati jaminan,jd sy pun bingung sdh puan,tiada sdh jalan keluarnya sy pun berserah ja kepada
        “Alloh” alloh yng membuat semua ini, alloh jua lah yng memberi jln keluar.

        Like

      4. pergilah kedutaan indonesia di tempat tinggal puan sekarang dan buatlah aduan disana,..

        Like

  93. salam sis sye org malysia yg akn brkahwin tahun depan..tapi dlm mse laki sye brkja dibwh majikan yg akn tamat tmpoh bulan4 dan akn renew psopot dibwh mjikn..sye dah macam buat untuk pemohonan tapi ggal..tggu period scoriling pon xbole xdiluluskan sye nk brkhwin..knape malaysia undang2 begitu susah serdangkan dalam islam yg diwajibkn brnikah diharuskn yg nk brkhwin hnya wali saksi pengatin perempuan laki dan mahar. pun da cukup..benda yg halal harus dicepatkn oleh kerana kebanjiran syarat2 bnyk membuat kebuntuan dan banyak kemaksiatan yg melanda di malysia baik melayu or orang lain….maaf sye cme brkongsi pndpt..tolong berikan bantuan untuk selesaikan maslah nie..lilahitallah sye cinta n nk brnikah..

    Like

    1. MAAF SAYA TIDAK DAPAT MENJAWAB SALAM ANDA DENGAN PENGUCAPAN SPT YANG ANDA TULISKAN

      hehehehe….
      Bukankah setiap negara ada undang2 sendiri dalam merealisasikan pembangunan keluarga Islam yang terbaik di dunia… seharusnya kita menyokong dan mendukung usul serta undang2 yang di adakan di Malaysia dalam hal ehwal pernikahan…

      bukankah secanggih mana pon sistem yang di buat, tetap saja, membuat kesalahan yang melanggar hukum dalam Islam,,, contohnya, kes dimana seorang duda hampir menikahi wanita dalam iddah… terkadang lelaki bujang hampir menikahi wanita yang masih bersuami.

      kerana itu undang2 dan prosedur ditetapkan bagi meminimal kan kesalahan. jadi sebagai warganegara yang baik, kita perlu mendukung kerajaan untuk merealisasikan tanggungjawab mereka.

      saya dan banyak lagi teman2 disini yang melewati semua prosedur pernikahan ini dengan baik. begitupun anak2 generasi akan datang diajarkan utk tetap mengikuti prosedur supaya tidak susah dikemudian hari.

      cik, ada teman kita disini yang menikah dengan pemegang permit kerja, beliau mengikuti prosedur dengan baik dan akhirnya menikah dalam suasana yang baik juga. setiap sesuatu yang kita inginkan ada proses, nak anak pon ada proses, nak menikah apa lagi, nak jadi manusia pon ada proses… salah ke tidak? kalau tak salah bererti saya benar dalam berpendapat bahwa janji Allah itu benar….

      Mintalah kepadaKu pasti akan ku beri (ini peringatan supaya tidak memperduakan Allah SWT)
      Mintalah kepada Tuhan mu dengan sabar dan solat… (ini proses utk mendapatkan apa yang kita inginkan

      Nah, itulah kenapa ada PROSEDUR PERKAHWINAN ISLAM DI MALAYSIA… sabarlah dalam setiap urusan… jangan terburu2

      1.ambil dokumen dan borang pernikahan terlebih dahulu di pejabat agama di kawasan tmpt tinggal anda
      2.isi borang dan lengkapkan semua dokumen yg ada terlebih dahulu dan borang saringan ujian hiv juga di klinik kerajaan di mana mana
      3.kemudian bawa pasangan anda sekali ke pejabat imigresen berdekatan dan mintak surat pengesahan passport dan serahkan ke kaunter imigresen untuk cop,
      4.pasangan anda boleh pulang ke negara asal anda setelah pemotongan permit kerja, bawa surat pengesahan passport tersebut bersama sama untuk urusan visa ketika berada di negara beliau, tujuannya untuk memudahkan anda mendapat pass lawatan sosial. urusan pass lawatan sosial akan menjadi mudah dgn ade nye surat ini
      5..setelah mendapat pass lawatan sosial di negara beliau ,beliau boleh kembali ke malaysian dan bernikah di sini tanpa sebarang masaalah kerana di malaysia memang memudahkan pernikahan jika dokumen semua lengkap.

      SEMOGA BERMANFAAT DAN JANGAN TERBURU-BURU

      Like

      1. Assalamualaikum. Sis, saya nak tanya bagaimana sekiranya saya ingin berkhawin dengan pemegang pas lawatan kerja sementara(plks) apa yang saya harus lakukan?? Sedangkan kita sedia maklum bahawa plks tidak boleh berkhawin dengan warganegara.

        Like

      2. Waalaikumsalam warahmatullah..
        Cara dia suruh pasangan pemegang plks tersebut pulang dan membatalkan pas lawatan tersebut dn kembali ke Malaysia menggunakan pasport perjalanan dengan visa kunjungan sosial atau memohon visa kunjungan jangka pjg di embassy malaysia di negara asal beliau.

        Like

  94. assalamualaikum,

    saya warga indonesia muslim, suami saya warga malaysia. kami baru saja kahwin di indonesia tapi tak mengikut prosedur, pasal suami baru muallaf dan lom dapat kad akaun masuk islam.
    soalan saya, cam mana kami boleh mendaftarkan perkawinan kami kat malaysia?? mohon bantuannya,

    Like

    1. waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh…

      menunggu surat akuan masuk islam itu tidaklah lama cik… kenapa buat sesuatu tanpa ikut prosedur? Bukankah cik tau bahwa masing2 yang melanggar prosedur Lembaga Keluarga Islam di Malaysia akan didenda?? juga sabit kesalahan semuanya akan jadi sulit dan merugikan kalian berdua.

      then menikah di Indonesia? apakah punya surat sah menikah dari KUA? atau buku akuan menikah dari Indonesia? kalau tidak ada mohon maaf saya tidak dapat membantu.

      Like

  95. Assalammualaikum Kak,

    Sy bakal berkahwin dengan bakal suami seorang pemegang kad UNCHR berbagsa Rohingya.
    Soalan saya lepas kahwin, bagaimana status bakal suami dan anak kami nanti?

    Terima kasih

    Like

  96. assalamualaikum w.w sy nk tnya ne..
    sy ne orang asing dri philiphin dn memakai pasport imm.13 agama islm. sy da berkhwin dgn org wrga ngra malaysia yg beragama kristian tp dah msuk islam. kmi da ada stu ank tp blum ada surat khawin .. mcm mna nk urus sijil nikah itu yg sy nk tau. apakah perlu kursus lg dn berapa kah kos utk urs sume tu.. tq

    Like

    1. waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh….

      dulu khwin dimana? ada kelulusan pihak Pej nikah kahwin dan rujuk di Malaysia atau tidak?

      macamana cik menikah tak ada sijil nikah ni? coba perjelaskan kpd saya agar saya bisa membantu

      Like

Jom Komen...

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

.:: Love Is Cinta ::.

.:: Karena Cinta Kita Selalu Ada ::.

Manusia Jalang

Karyaku adalah aku. Aku adalah karyaku.

Life Photographie

Capturing still moment

ephyria

my life my world

My Pain, My Life, My Struggles, My Fight

Come walk with me, Down My Dark & Stormy Journey BUSINESS INQUIRIES & CONTACT EMAIL : GODSCHILD4048@GMAIL.COM

Dunia Penyair ~ Himpunan Puisi Klasik Dan Moden Sepanjang Zaman

~ Koleksi Puisi Klasik Dan Moden Yang Segar Sepanjang Zaman ~

dapurizzi.wordpress.com/

~ Freshly Homemade Food ~

IZZI BAKERY

The Greatest Homemade Products

.::Ketika CINTA Bertasbih::.

.... saat beralun qasidah KASIH....

YOEDA BIKE

Bengkel Sepeda Gowes

Bengkel Sepeda Gowes

- SEPEDA GOWES -

PUISI SURGA

Sekadar Merekam Suara Hati

yuliartivk

Smile! You’re at the best WordPress.com site ever

ISLAM SYIAH

Meluruskan Pemahaman Tentang Islam Syi'ah Imamiyah Itsna 'Asyariyah (Jakfariyah)

alangalangkumitir

Javanese Manuscripts

Lazione Budy

'Saoirse' is not a word, it's angel